<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/13557585?origin\x3dhttp://mawiaf3.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>





 
Image hosted by Photobucket.com
 

REZEKI MAWI

1Album

Album Solo

1) Mawi....Yang Tercinta

Image hosted by Photobucket.com

Komposer:
a) M. Nasir
b) Fauzi Marzuki
c) Ajai
d) Yassin

Lagu:
 

Album Kompilasi

1) Koleksi Lagu Terbaik Konsert AF3 - Best of Mawi World

Image hosted by Photobucket.com
 
2) Koleksi Lagu Terbaik Konsert AF3 - MTV Karoake
 
3) Salam Raya AF3

Ku Pohon Restu Ayah Bonda - MAWI

Image hosted by Photobucket.com

Lain-lain Album

1Anugerah

Akademi Fantasia

AF3: 6/8/2005
1) Juara AF3
2) Vokal Pilihan AF3
3) Persembahan Terbaik Konsert Akhir AF3

Anugerah Era (AE)

AE05: 17/9/2005
1) Artis Pilihan SMS DiGi

AE06
   

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP)

ABPBH 2005
1) Bintang Paling Popular 2005
2) Penyanyi Lelaki Paling Popular
3) Artis Baru Lelaki Popular

ABPBH 2006
1) Bintang Paling Popular 2006
2) Penyanyi Lelaki Paling Popular
   

Anugerah Industri Muzik (AIM)

AIM2006
   

Anugerah Planet Muzik (APM)

APM2006
   

Anugerah Sri Angkasa (ASA)

ASA2006
   

Anugerah Juara Lagu (AJL)

AJL 20 - 2005
1) Separuh Akhir
(
15/11/2005)
  Lagu: Aduh Saliha
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Loloq
Kategori: Etnik Kreatif dan Irama Malaysia
Layak ke Final
 
2) Akhir
(5/1/2006)
  Lagu: Aduh Saliha
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Loloq
Kategori: Etnik Kreatif dan Irama Malaysia
Juara Kategori Etnik Kreatif
Persembahan Terbaik
 
AJL 21 - 2006
   

Anugerah Hizt 1

Hitz1 2005 
1) Pusingan Ke-6
Lagu: Aduh Saliha
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Loloq
Juara Pusingan Ke6
Layak Ke Final
 
2) Akhir: 20/1/06
Lagu: Aduh Saliha
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Loloq
Lagu Paling Popular
 
Hitz1 2006
   
1Penghargaan
1) Anugerah Khas Generasi Peneroka Felda Cemerlang untuk Tokoh Kesenian 2005
-
Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Peneroka Felda Malaysia dan Penyerahan Anugerah Khas Kepada Generasi Peneroka Cemerlang
1Duta
1) Duta Biofeld (2005)
- FELDA Berhad
2) Duta Jenama Canon (Okt 2005)
- Canon Marketing
3) Duta Edaran Otomobil Nasional (EON)
(Okt 2005)
- EON Berhad
4) Duta M.Mobile
(Okt 2005)
- Telefon Bimbit Malaysia yang pertama
5) Duta Power Root
(2006)
1Iklan
1) Hotlink
2) Mamee

Image hosted by Photobucket.com

Credit to:
Image hosted by Photobucket.com

2 Oktober 2005
9 Oktober 2005
16 Oktober 2005
23 Oktober 2005
30 Oktober 2005
6 November 2005
13 November 2005
20 November 2005
27 November 2005
4 Disember 2005
11 Disember 2005
18 Disember 2005
25 Disember 2005
1 Januari 2006
8 Januari 2006
15 Januari 2006
22 Januari 2006
29 Januari 2006
 

 

"Kalau saya tidur, tolong kejutkan saya.
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya.
Kalau saya mati, tolong kuburkan saya"

:: World Inspirations ::

 

:: World Inspirations ::  

Wednesday, August 31, 2005

Salam Kemerdekaan Ke-48



Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-48

Keranamu Malaysia



Saturday, August 27, 2005

Mawi rindu kehidupan lampau

Credit to: HM - 21 Ogos 2005

Oleh ELLYNA ALI

HANYA Tuhan mengerti apa yang terbuku di lubuk hati juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani (Mawi), 24, tatkala menjejakkan kaki ke kampung halamannya di Felda Taib Andak, Kulai, Johor, Isnin lalu.

Biarpun hanya sebentar, kerinduan terhadap suasana dan keadaan di sekitar Felda yang mendewasakan dirinya terlerai juga.

Suasana ketika itu ‘tidak mengizinkan’ Mawi lama di rumahnya. Suasana yang menyebabkan Mawi ‘disembunyikan’ sementara waktu di rumah Ketua Pemuda Umno Felda Taib Andak, Ali Mazzat Salleh sebelum dibawa ke Masjid Nurul Sa’adah untuk kenduri tahlil kesyukuran kejayaannya bergelar juara AF3.

Bukan tidak mahu kembali semula ke rumah ibu bapanya, Ani Ahmad, 65, dan Ramlah Sarlan, namun keadaan tidak mengizinkan.

Sebahagian peminat mungkin menantinya di sana dan dia pasti menjadi mangsa serbuan mereka untuk kali yang entah ke berapa.

Buktinya sebelum berjumpa lebih 4,000 peminat yang membanjiri astaka padang awam Felda Taib Andak petang itu, sekumpulan peminat bertandang ke rumahnya.

Wajahnya nampak kepenatan, namun dia cuba melayan sebaik mungkin peminat yang ingin bersalaman serta bergambar dengannya. Begitu juga jiran serta saudara mara yang ada di situ.

Begitupun, Mawi mengakui belum puas hati dengan masa terhad itu.

“Kalau diikutkan hati, saya hendak tidur di rumah. Saya juga mahu duduk lama-lama di sini sambil baring-baring di depan TV seperti selalu saya lakukan sebelum ini.

“Rindu rasanya apabila tidak dapat berbuat demikian. Malah, saya rindukan suasana dulu sewaktu melepak bersama kawan baik,” katanya.

Kata Mawi, dia juga kasihan melihat ibunya apabila hanya berpeluang balik ke rumah untuk tempoh 10 minit.

“Ibu saya nampak sedih sangat bila mengetahui hal itu. Melihat wajahnya, saya terasa sayu. Namun saya cuba tahan. Lagipun selama ini saya puas menangis.

“Menang saja AF3, dua hari saya menangis. Macam-macam perasaan yang terbuku di hati saya lepaskan. Benda ini kalau tidak dilepaskan tidak boleh juga,” katanya.

Disebabkan rasa tidak puas di kampung halaman serta di rumah ibu bapanya, terdetik di hati Mawi untuk pulang sekali lagi ke Felda Taib Andak larut tengah malam itu.

Namun selepas dinasihati, dia mengundang lima sahabat baiknya untuk datang menjengah biliknya di Hotel M Suite yang menempatkan dirinya sepanjang di Johor Bahru.

Zainuddin Ibrahim, 41, dan Rohaizad Abdul Wahab, 33, antara yang hadir.

Banyak cerita dikongsi Mawi bersama lima sahabat baiknya. Sedar tidak sedar dari jam 1 pagi mereka berborak, ia membawa hingga ke subuh hari hinggakan Ketua Pengurusan Artis Maestro, Aman Ali, terpaksa meminta Mawi tidur untuk merehatkan diri kerana banyak lagi aktiviti perlu disertai keesokannya.

Rapat

Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Bujang berkata, sejak menang AF3, Mawi ada memberitahunya, jika pulang ke kampung, dia ingin sangat berjumpa dengannya.

“Memang kami sangat rapat. Rapatnya kami hingga Mawi sering tidur dan makan di rumah saya. Main catur dan dam bersama. Berkongsi segala cerita dan masalah bersama.

“Dia mahu bawa saya ke Kuala Lumpur sebagai penasihat peribadinya. Mungkin kerana di antara kami tiada rahsia dan saya selalu bagi nasihat padanya.

“Kami mula rapat sejak dia menyertai kursus motivasi yang saya anjurkan untuk belia kampung ini.

“Dia nampaknya minat dengan aktiviti sihat seumpama ini dan dia juga sering membantu melaungkan takbir atau azan setiap kali saya anjurkan kursus motivasi sebegini,” katanya.

Sementara itu, Zuliszman Zawilkepli, 24, rakan kelas Mawi sejak dari darjah satu hingga tingkatan lima, mengakui Mawi cukup disenangi di kalangan rakan mahupun guru.

“Budak perempuan di sekolah pun ramai yang meminatinya disebabkan latarnya yang pandai mengaji al-Quran. Namun di sekolah, dia pendiam orangnya. Hanya dengan rakan dia berlawak.

“Dia juga pandai melukis. Selain melukis potret wajahnya serta ahli keluarga, dia juga melukis potret kami,” katanya.

Sunday, August 21, 2005

Tirai AF3 - Bahagian I

Credit to: Astro

Saturday, August 20, 2005

Lagu raya dan pesanan Mawi

Credit to: UM -Kak Tim

Minggu ini Kak Tim mahu sentuh cerita Mawi lagi.Maaflah kepada mereka yang kurang senang bila cerita Mawi terlalu banyak dihebohkan sejak akhir-akhir ini. Satu saja Kak Tim mahu katakan, dunia hiburan ketika ini tengah dilanda Mawi Mania. Dan kerana kegilaan itu, Kak Tim tidak upaya untuk mengatakan `tidak' kepada rakan-rakan Maestro ketika diajak Kak Tim ke Scream Studio di Kelana Jaya, menyaksikan Mawi merakamkan lagu raya untuk album Salam Raya AF3 yang akan diedarkan pada bulan puasa ini.

Sempatlah Kak Tim mendengar Mawi mengalunkan lagu, Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Lagu itu mula dirakamkan oleh kumpulan Al-Jawahir pada tahun `80-an dan kemudian dipopularkan semula oleh Mamat (bekas penyanyi Exist) tahun `94.

Kini selepas 10 tahun, lagu itu dinyanyikan semula oleh juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi.

Ada kelainan lagu itu dibawakan Mawi. Kalau Seroja yang dilagukan Mawi pada pertandingan akhir AF3 itu, mampu menjadikan ramai orang berdiri bola roma, Ku Pohon Restu Ayah Bonda, Kak Tim kira akan menjadikan ramai orang menangis.

Lagu itu dialunkan Mawi dengan penuh penghayatan. Ada `jiwa' pada persembahannya. Paling tersentuh hati, pada pengakhir lagu itu, Mawi mengalunkan takbir raya. Memang syahdu habis.

Mulanya Eksekutif A&R Maestro Records, Othman Mahmood hanya minta Mawi berqasidah pada penghujung lagu. Tapi Mawi memberikan pendapatnya, ``Macam mana kalau aku buat takbir raya. Rasanya lebih feel.''

Begitulah Mawi. Caranya begitu tersendiri. Waktu Astro dengan kerjasama Maestro menganjurkan Malam Penghargaan Untuk Media, Mawi tampil dengan gayanya yang di luar jangkaan.

Sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Menuju Puncak bersama rakan-rakan AF yang lain malam itu, Mawi meminta penonton berdiri.

Ramai yang sangka Mawi mengajak penonton menyanyi bersamanya, seperti kelaziman dilakukan oleh kebanyakan penyanyi. Tapi jangkaan itu meleset. Mawi rupanya mengajak kesemua penonton melagukan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Dan saat Kak Tim berlegar-legar di Scream Studio, Kak Tim terpandang pada satu sudut dinding tandatangan Mawi.

`World2 jugak akhirat jgn. lupa Beb.' Begitu pesanan yang ditulis Mawi pada dinding itu.

Lalu tanya Kak Tim, ``Apa maksud Mawi?''

Selamba jawabnya, ``Menyanyi, mendengar muzik tu boleh. Tapi jangan sampai terlalai.''

Hah! Ingat tu wahai penyokong-penyokong Mawi. Kalau mendengar album Mawi World yang akan berada di pasaran Isnin ini (22 Ogos), jangan pula sampai terhayal. Album yang memuatkan kesemua lagu-lagu persembahan Mawi sepanjang Konsert AF3 itu, memang sedap didengar. Tapi ingat pesan Mawi!

Selepas Mawi World, akan muncul pula album solonya yang memuatkan kesemua lagu-lagu baru berkonsepkan world music. Di ikuti dengan album solo Felix dan juga tiga top five yang lain.

Konsep untuk album solo Felix, khabarnya masih dalam perbincangan tapi untuk Yazer, maintain dengan rock steady.

KAK TIM: Rindu untuk mendengar `susah susah aje' daripada Felix.

Friday, August 19, 2005

Akademik bukan ukuran

Credit to: HM


Oleh Ellyna Ali
elly@hmetro.com.my

APABILA Siti Nurhaliza dan Mawi digandingkan sebagai pasangan duet sewaktu sambutan pelancaran Bulan Kemerdekaan di Teluk Danga, Johor Bahru, malam kelmarin, timbul pelbagai tanggapan bahawa penyanyi nombor satu negara itu mahu menumpang populariti juara Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3).

Walhal, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang, Siti Nurhaliza Taruddin, 26, sudah lama mengecapi popularitinya sendiri.

Baik di dalam mahu pun di luar negara, Siti sudah ada kelasnya tersendiri dan tidak wajar disamakan dengan artis lain.

Manakala anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai Johor, Asmawi Ani atau Mawi, 24, baru hendak bertapak di dalam dunia seni.

Perjalanan Mawi masih terlalu jauh dan masih banyak perlu dibuktikannya jika ingin terus kekal bertakhta di hati masyarakat sebagai ikon remaja.

Namun, baik Siti mahu pun Mawi, kedua-dua selebriti ini mempunyai personaliti serta aura tersendiri yang mampu memikat hati masyarakat.

Sungguhpun begitu, ada segelintir pihak berpendapat Siti dan Mawi tidak wajar dijadikan ikon remaja disebabkan latar belakang mereka kurang di segi akademik.

Melahirkan pandangannya tersendiri terhadap isu, Ketua Pergerakan Puteri Umno, Noraini Ahmad, berkata dia melihat kemunculan dua selebriti muda itu sesuatu yang cukup positif kepada golongan remaja.

“Apa yang masyarakat lihat pada kedua-dua selebriti ini ialah dari sudut personaliti dan penampilan mereka yang masih lagi berteraskan kepada nilai Melayu dan ketimuran.

“Sebab itu mereka mudah diterima golongan remaja dan cara mereka juga turut menjadi ikutan golongan ini.

“Bukan remaja saja meminati mereka, malah golongan dewasa seperti saya juga suka cara penampilan mereka,” katanya.

Noraini bagaimanapun tidak menafikan tidak mudah seseorang itu menjadi ikon kepada remaja.

“Saya percaya apa yang dilalui Mawi hari ini pernah dilalui Siti satu ketika dulu. Namun, Siti sudah melepasi suasana yang menekankan itu dan sekarang ini giliran Mawi pula.

“Sekalipun berat untuk Mawi memikul tanggung jawab serta harapan tinggi peminat dan masyarakat terhadapnya, mahu tidak mahu dia harus menerimanya.

“Jangan anggap apa yang berlaku di sekelilingnya itu sebagai satu tekanan. Sebaliknya, anggaplah asam-garam yang perlu dilalui oleh seseorang yang baru hendak naik.

“Gunakanlah bakat, populariti serta aura yang ada itu sebaik-baiknya terutama dalam menarik generasi muda ke arah jalan serta gaya hidup yang positif serta sihat,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Khaidzir Ismail, pula berpendapat sikap remaja yang menjadi selebriti sebagai idolanya harus diterima secara terbuka oleh ibu bapa mahu pun golongan dewasa.

“Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang remaja suka dan mereka juga beritahu apa yang mereka suka. Kita kena fahami keinginan remaja jika ingin mereka memahami kita. Setidak-tidaknya merapatkan lagi jurang dan hubungan kita dengan mereka.

“Dalam hal ini juga, kita tidak boleh memaksa seseorang remaja meminati ikon mereka berdasarkan latar akademik mereka.

“Sebab apa yang mereka tengok dan apa yang mereka suka berdasarkan kepada cita rasa mereka. Bila mereka sudah suka mereka akan ikut pula,” katanya.

Kata Dr Khaidzir lagi, dia juga tidak melihat kesan tidak elok apabila remaja menjadi Siti dan Mawi sebagai ikon atau idola mereka.

“Siti bagi saya walaupun tidak mempunyai latar Islamik yang kuat seperti Mawi, masih terserlah dari segi keperibadian dan sifatnya yang baik.

“Kita tahu dia benar-benar menjaga tatasusila hingga ia turut menjadi bebanan buatnya.

“Manakala Mawi yang memiliki latar Islamik yang kuat pula mampu menarik remaja ke arah yang positif,” katanya.

Kata Dr Khaidir lagi, sekalipun Mawi berasakan harapan yang diletakkan ke bahunya amat berat dan membebankan, dia harus faham dia kini sudah menjadi milik masyarakat.

“Mereka mengundinya dan menjadikannya juara. Sudah tentu mereka mengharapkan sesuatu yang terbaik daripadanya.

“Secara peribadi, baik Siti mahu pun Mawi, mereka kena faham maksud seorang ikon atau idola yang diberikan kepada mereka.

Sementara itu, Mawi ketika ditanyakan mengenai Siti berkata, dia seorang diva yang cukup baik dan banyak memberikan tunjuk ajar kepadanya.

“Saya pernah jumpa dia sewaktu dia datang ke akademi. Saya masih ingat lagi kata-katanya, jadikan sorakan peminat sebagai pembakar semangat,” katanya.

Siti pula berpendapat Mawi seorang pemuda yang memiliki aspek agama cukup baik dalam dirinya.

“Saya harap dia kekalkan keperibadiannya itu. Namun, dia nampaknya masih terkejut dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya,” katanya.

Inspirasi Siti

Credit to: Berita Harian 19/8/05

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin Gambar Oleh Zaharin Hayon


Aura mereka memang tiada siapa dapat menafikannya. Siti Nurhaliza nampak begitu selesa walaupun sebelum ini agak keberatan bergambar dengan artis lelaki dan Mawi pula agak malu-malu. Namun demi pembaca, mereka sedia bekerjasama untuk dirakamkan dalam satu pose istimewa. Apa agaknya pandangan Siti mengenai bintang baru Akademi Fantasia ini?

BAKAT, kejayaan dan ketabahan yang ditempuhi penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin sepanjang 10 tahun dalam arena seni menjadi sumber inspirasi buat bintang Akademi Fantasia Tiga (AF3) Asmawi Ani atau Mawi.


Sebagai bintang baru, kecekalan dan kejayaan yang diraih penyanyi tersohor itu amat penting bagi artis yang sedang merangkak naik sepertinya untuk dijadikan panduan dan ikutan.

Nasihat yang diberikan Siti ketika mengunjungi akademi masih terpahat erat di dadanya dan kata semangat itu sedikit pun tidak pernah dilupa walau sesaat pun.

Sebagai pendatang baru yang belum biasa dengan situasi dikerumuni peminat sedikit sebanyak bisa menekan jiwa.

“Saya selalu ingat kata Siti, ambil sorakan orang sebagai semangat. Tanpa peminat kita tidak mungkin dapat berdiri di sini. Kata-kata itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk mengukir kejayaan seperti Siti.

“Saya mengagumi Siti kerana dia seorang penyanyi yang profesional. Siti tidak mudah melatah tetapi dia seorang yang cekal dan berjiwa besar.

“Sebagai pendatang baru kesempatan berduet dengan seorang diva adalah satu penghormatan besar buat diri saya. Ketika kami berlatih dia banyak memberi nasihat dan tidak kedekut dengan ilmu,” katanya pada jamuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Mawi dan Siti ditemukan buat pertama kali pada Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-48 2005 di Teluk Danga, Johor Bahru.

Dua penyanyi popular itu mendendangkan lagu yang pernah dinyanyikan Mawi ketika Konsert Akhir AF3 berjudul Seroja milik penyanyi Jamal Abdillah.

Mawi perlu pelihara peribadi.

SEMENTARA itu, Siti tidak menafikan berbesar hati dapat digandingkan bersama bintang AF itu. Sebagai penyanyi yang lebih senior Siti berasa perlu meniupkan kata semangat buat Mawi.

“Siti gembira digandingkan dengan Mawi, ini antara yang diaturkan pihak kementerian sebagai usaha untuk memeriahkan bulan merdeka. Pun begitu, kami tetap memberikan persembahan yang terbaik.

“Pada pendapat Siti, Mawi perlu mengekalkan keperibadian jika ingin kekal lama dalam bidang seni. Siti nampak dia agak terkejut dengan sambutan yang diberikan terhadapnya. Perkara ini biasa untuk penyanyi baru apatah lagi seperti Mawi yang mengecap populariti sekelip mata.

“Tanggungjawab itu terletak pada pihak pengurusannya, jika Mawi diuruskan dengan baik. Insya-Allah dia tidak akan tertekan, Mawi perlu ada kekuatan dan kesabaran. Satu lagi dia perlu ada matlamat dalam bidang seni, aset agama yang dimiliki sudah cukup baik untuk dirinya,” jelas Siti lagi.

Dalam pada itu, Mawi turut memasang impian merakamkan album bersama penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu sekiranya diberi peluang.

“Saya minta maaf kepada peminat”

KEPULANGANNYA ke kampung halaman mengundang kontroversi di kalangan peminat yang sanggup datang dari jauh semata-mata melihat wira Felda Taib Andak.

Wang ringgit dan masa yang diluangkan mereka terasa tidak berbaloi apabila bintang pujaan mereka hanya menjejakkan kaki di tanah kelahirannya selama 15 minit saja.

Sebetulnya Mawi tidak mahu perkara itu berlaku, seandainya badannya dapat dibelah dua mahu saja dia berbuat demikian untuk memuaskan hati peminat.

Mawi sedar jika tanpa peminat tidak mungkin dapat dia meraih kejuaraan pada AF3 lalu, dia juga sedar peminat banyak berhabis duit menghantar SMS untuk memastikan kejayaannya.

Namun kepadatan jadualnya, tidak memungkinkannya meluangkan banyak masa di kampungnya sendiri biarpun di hatinya meronta-ronta untuk tinggal lebih lama.

“Saya minta maaf kepada peminat kerana lewat tiba. Sebelum itu saya diundang Tunku Muna pada majlis minum petang di sebuah hotel.

“Niat saya hendak menghiburkan peminat satu atau dua lagu. Tetapi ketika saya tiba di padang hari sudah Maghrib, tak akan saya hendak menyanyi saat azan berkumandang.

“Saya perlu menghormati Maghrib, namun untuk puaskan juga hati mereka, saya berselawat yang saya kira amat sesuai pada waktu itu,” katanya yang tidak mahu peminat terus hampa.

Demi mengubat kedukaan itu, Mawi ingin sekali menghiburkan penduduk kampung dan peminatnya dalam satu konsert yang diadakan di padang kampungnya.

Konsert percuma AF3

Credit to: UM

Pelajar-pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) akan tampil menjayakan Konsert Re-Union di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 2 September ini.

``Ia sebagai tanda terima kasih kami buat semua peminat AF yang menyokong kami selama ini. Konsert ini diadakan percuma,'' kata Pengarah Program Astro, Zainir Aminullah ketika ditemui pada Malam Penghargaan Untuk Media, di Bora Ombak, Ampang Selangor baru-baru ini.

Malam penghargaan itu dianjurkan oleh Astro dengan kerjasama Maestro sebagai tanda terima kasih atas sokongan media terhadap program realiti AF3.

Berkonsepkan santai ala-ala Bali, lebih 200 wartawan hadir memeriahkan majlis yang turut dihadiri Ketua Operasi Maestro, Freddie Fernandez, cikgu tari dan koreografi Linda Jasmine dan pakar motivasi Dr. Azahari Othman.

Pada malam itu, 14 pelajar AF3 turut mengadakan persembahan istimewa dengan dendangan lagu yang pernah mereka sampaikan pada konsert mingguan AF3.

Tidak ketinggalan turut didendangkan pada malam yang diacarakan Nana AF1 serta Azlif (peserta Konsert Prelude AF3) ialah lagu paling popular AF, Menuju Puncak.

Menariknya, biar majlis malam itu adalah sebuah majlis tertutup tetapi masih ada peminat yang sanggup berdiri di tepi tembok restoran itu untuk melihat dengan dekat pelajar kesayangan masing-masing di samping menyaksikan gelagat dan persembahan bintang AF3.

Dan Mawi, Felix, Amylea, Elliza, Akma dan Reza sempat bertemu peminat dan bersalaman dengan mereka.

Sementara itu, juara AF3, Mawi atau Asmawi Ani tidak henti-henti meminta sokongan ikhlas daripada media untuk pelajar AF3.

``Buat pihak media dan para peminat semua, berilah sokongan bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada semua para pelajar AF3 kerana semuanya mempunyai bakat,'' pintanya ikhlas.

Album Salam Raya AF3 - Pengiran Muda Sufri Bolkiah sumbang tiga lagu


Credit to: UM

Oleh ABD. AZIZ ITAR


POPULARITI dan bakat para peserta Akademi Fantasia 3 (AF3) bukan sahaja mendapat perhatian golongan marhaen tetapi ia turut mencuri tumpuan di kalangan kerabat diraja.

Adinda Sultan Brunei iaitu Pengiran Muda Sufri Bolkiah, turut mengikuti perkembangan AF3 dan tertarik dengan bakat para peserta program realiti televisyen (TV) tersebut.

Faktor itu jugalah yang telah mendorong beliau mencipta tiga buah lagu khas untuk dinyanyikan oleh bekas-bekas pelajar AF3.

Tiga lagu gubahan Pengiran Muda Sufri Bolkiah itu akan dimuatkan menerusi album kompilasi berjudul Salam Raya AF3 yang akan menampilkan 12 bekas pelajar AF3.

Menurut penerbit Salam Raya AF3, Raja Mohd. Sham (Kusham) ini adalah kali pertama Pengiran Muda Sufri Bolkiah menyumbangkan lagu kepada bekas pelajar Akademi Fantasia.

``Saya difahamkan Pengiran Muda Sufri Bolkiah sudah mencipta tiga lagu yang berkonsepkan Hari Raya itu sejak Akademi Fantasia musim pertama lagi (AF1).

``Sementara lirik untuk ketiga-tiga lagu itu ditulis oleh Loloq. Saya belum dapat judul untuk ketiga-tiga lagu itu. Malah, penyanyinya pun belum ditentukan. Bagaimanapun, lagu-lagu itu akan dirakamkan untuk album kali ini.

``Pengiran Muda Sufri Bolkiah mula menyatakan hasratnya itu sewaktu bekas-bekas pelajar AF1 mengadakan konsert di Brunei tidak lama dulu,'' katanya sewaktu ditemui di Scream Studio, Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ketika pertemuan itu, Kusham sedang memberi garis panduan bagi tempo dan melodi lagu berjudul Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Al-Jawahir) yang akan dirakamkan semula oleh Mawi.

Jelas Kusham, album itu akan menampilkan 12 bekas pelajar AF3 iaitu Mawi, Felix, Amylea, Marsha, Yazer, Akma, Kefli, Fuad, Elliza, Idayu, Aidil dan Ekin.

Salam Raya AF3 menampilkan empat buah lagu baru dan 10 lagu lagi adalah lagu-lagu lama berkonsepkan Hari Raya yang akan dinyanyikan semula oleh bekas pelajar AF3 terbabit.

Sebuah lagu akan dinyanyikan oleh bekas para pelajar lelaki secara beramai-ramai dan sebuah lagu lagi pula akan dinyanyikan oleh para pelajar perempuan.

``Mawi misalnya akan merakamkan sebuah lagu baru ciptaan saya yang berjudul Syawal Telah Menjelma dan liriknya pula ditulis oleh isteri saya, Zaira,'' ujarnya.

Kata Kusham, dia dan pembantunya Muntaha Dardak tidak menghadapi masalah untuk merakamkan album itu kerana bekas-bekas pelajar AF3 itu termasuk Mawi mempunyai sedikit sebanyak pendidikan dalam bidang nyanyian.

``Biasanya setiap seorang bekas pelajar AF3 hanya mengambil masa kurang dua jam untuk merakamkan sebuah lagu.

``Kami tidak ada masalah kerana mereka sudah ada sedikit sebanyak pengetahuan dalam teknik-teknik vokal.

``Saya cuma beri sedikit garis panduan sahaja, manakala yang lain ikut kreativiti masing-masing,'' kata Kusham yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Salam Raya AF3 merupakan album berkonsepkan Hari Raya yang kedua terbitan Kusham di mana sebelum ini dia pernah menerbitkan album Salam Raya AF1, Khai (Dambaan Pilu) dan album kumpulan Bozz, Rezas, Najwan serta Qatrunada.

Scream Studio diasaskan oleh Kusham dan Muntaha (mempunyai diploma dalam bidang Seni Halus, UiTM) pada Mac 2003 dengan kos berjumlah RM80,000 dan studio mereka mempunyai kemudahan rakaman melebihi 24 track.

Sementara itu, menurut Eksekutif A&R Maestro Records, Othman Mahmood, Salam Raya AF3 dijangka berada di pasaran sebelum bulan Ramadan ini.

``Kami sasarkan Salam Raya AF3 akan berada di pasaran dua hari sebelum puasa tahun ini.

``Sebagai permulaan, kami akan mencetak dan mengedarkan album itu sebanyak 10,000 unit.

``Kalau boleh kami akan menyegerakan rakaman album ini. Sebab itu kami merancangkan kesemua bekas pelajar AF3 mesti menghabiskan rakaman vokal mereka selewat-lewatnya pada 27 Ogos ini,'' ujarnya.

Siti, Mawi pukau 300,000 pengunjung pelancaran Bulan Kemerdekaan

Credit to: UM

JOHOR BAHRU 18 Ogos - Penampilan penyanyi terkenal tanah air, Siti Nurhaliza dan juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, memukau lebih 300,000 pengunjung yang menyaksikan pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2005 di Teluk Danga di sini malam tadi.

Penampilan Siti dan Mawi sememangnya dinanti-nantikan oleh pengunjung yang menjerit-jerit namanya setiap kali pengacara mengumumkan artis yang keluar membuat persembahan.

Mawi yang menyanyikan tiga lagu pada persembahan itu, menerima tepukan gemuruh apabila muncul mendendangkan lagu Ghazal Untuk Rabiah bersama kumpulan Yayasan Warisan Johor.

Beliau kemudiannya berduet dengan Siti Nurhaliza untuk menyampaikan lagu Seroja yang dinyanyikannya pada malam konsert akhir AF3.

Gandingan mereka mendapat tepukan gemuruh selain sorakan peminat yang turut serta menyanyikan lagu tersebut.

Selepas itu, Mawi mendendangkan lagu ciptaan M. Nasir, Aduh Saliha yang turut dinyanyikan pada Konsert Akhir AF3.

Lagu ini turut dinyanyikan bersama peminat termasuk kanak-kanak kecil yang turut melaungkan perkataan World apabila melihat Mawi.

Ketika ditanya pengacara Mahadzir Lokman mengenai perasaan beliau apabila dapat menghiburkan peminat di negeri kelahirannya sendiri, Mawi berkata, beliau seronok dan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya di Johor.

``Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan dan semoga kita terus menuju kejayaan. Ucapan saya untuk belia, Belia Benci Dadah,'' katanya.

Kemunculan Siti Nurhaliza menyanyikan lagu khusus untuk sambutan kemerdekaan iaitu Zapin Kemerdekaan turut mendapat sambutan hangat.

Lagu lain yang dinyanyikan Siti ialah Nirmala dan Rindu. Artis lain yang turut mengadakan persembahan ialah Ahmad Jais, Bienda, Aishah, Andre Goh, Vince dan Reshmonu.

Persembahan malam tadi turut diserikan dengan percikan bunga api selama lebih 10 minit.

Thursday, August 18, 2005

Aura Mawi pengaruhi Pas Kelantan

Credit to: UM

Oleh Zulkiflee Bakar (Wartawan Utusan)


Program realiti TV merupakan salah satu rancangan hiburan yang paling banyak mendapat kritikan daripada pemimpin dan ahli-ahli Pas kerana ia dianggap satu program yang hanya melalaikan golongan belia dan remaja.

Bagaimanapun kehadiran Asmawi Ani atau Mawi dalam program itu seolah-olah mengubah pendirian parti tersebut apabila anak peneroka berkenaan yang muncul sebagai juara AF musim ketiga dijemput untuk membuat persembahan di Kelantan.

Keputusan kerajaan negeri pimpinan Pas menjemput Mawi bagi menjayakan Konsert Amal Tautan Kasih pada 30 September ini jelas membuktikan bahawa AF bukanlah program yang mempunyai keburukan semata-mata seperti mana digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya ia mampu melahirkan artis seperti Mawi yang merupakan seorang bekas johan tilawah al-Quran dan mempunyai latar belakang agama yang kukuh serta mampu menjadi artis contoh kepada golongan remaja.

Walaupun pendirian kerajaan Pas itu mungkin tidak begitu disenangi oleh sesetengah pihak tetapi hakikatnya ia membuktikan ketelusan Pas untuk mengakui bahawa perkara yang baik itu baik dan yang buruk itu buruk.

Kerajaan Pas melihat Mawi mampu membantu mereka mendekatkan golongan remaja dan belia kepada Islam.

Apa yang menarik, Utusan Malaysia difahamkan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri sudah `jatuh hati' kepada Mawi yang dianggapnya bukan daripada kelompok yang suka hanyut tetapi ``dia tahu harga diri dan tahu agamanya.''

Mawi dilihat oleh Nik Aziz sebagai mempunyai pendirian sendiri, tidak terpengaruh dengan artis-artis dari Eropah yang menggambarkan imej duniawi.

Walaupun mungkin ada pihak yang akan mempertikaikan pendirian Nik Aziz tetapi dalam masa yang sama mereka juga perlu melihat bahawa populariti Mawi melepasi sempadan sebarang fahaman politik.

Justeru Mawi dijemput ke Kelantan untuk mengadakan persembahan bersama-sama Kumpulan Hijjaz dalam satu konsert yang bakal diadakan di Padang Perdana, Kota Bharu.

Jemputan tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Pas bukanlah taksub menolak hiburan sebaliknya hanya membenarkan hiburan yang bersesuaian dengan Islam.

Sejak memerintah Kelantan pada tahun 1990, Pas amat tegas dalam soal persembahan hiburan terbuka ini. Pas mengharamkan persembahan oleh artis wanita tetapi tetap menggalakkan konsert nasyid terbuka yang melibatkan artis-artis lelaki.

Apatah lagi difahamkan, konsert amal berkenaan bertujuan bagi menghayati cara hidup yang lebih bermakna dan dalam keadaan nama Mawi menjadi kegilaan remaja, beliau selayaknya berada di atas pentas tersebut untuk sama-sama berdakwah.

Wednesday, August 17, 2005

Islamik, Patriotik

Credit to: HM - 17/8/2005

Oleh Ellyna Ali
elly@hmetro.com.my




POPULARITI yang diraih secara tiba-tiba juara Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3), Asmawi Ani, 24, atau Mawi, hingga menimbulkan gelombang ‘tsunami’ atau ‘fenomena world’ di kalangan peminatnya sungguh luar biasa.

Malah, belum pernah lagi situasi sedemikian dirasai juara AF1 dan AF2 terdahulu termasuk artis sedia ada yang sudah popular hari ini. Ada apa dengan Mawi? Barangkali, inilah pertanyaan yang masih membelenggu benak segelintir pihak yang masih tidak dapat mencari keistimewaan Mawi.

Namun, Mawi yang dianggap hero baru Melayu yang mempunyai gabungan imej Islamik dan sekular ini ternyata memiliki auranya tersendiri. Aura inilah yang membuatkan sebahagian masyarakat menyayangi dan meminatinya.

Bagi memberi peluang kepada masyarakat memdekati Mawi dengan lebih dekat dan mendalam lagi, Harian Metro sempat menemubual keluarga, saudara mara, jiran serta sahabat anak muda ini. Ikuti komen mereka:

ANI AHMAD, 65



SEKALIPUN sempat menemui Mawi pada konsert akhir AF3 serta di Hotel M Suite, bapa Mawi yang lebih dikenali sebagai Pak Atan di kalangan penduduk kampung mengakui belum puas bertentang mata dan berjumpa dengan anaknya itu.

“Malah, saya rasa sedih juga bila diberitahu dia tidak dapat bermalam di sini. Tapi, hendak buat macam mana. Keadaan sudah jadi macam ini. Asal dia dapat balik dan jenguk rumah ini pun cukuplah.

“Mawi memang menjadi harapan keluarga pakcik. Sejak kecil lagi, pakcik memang tidak pernah jentik dia. Pakcik tidak buat macam itu sebab pakcik lihat dia tidak begitu nakal.

“Pakcik tidak tahu apa istimewanya Mawi. Tapi, sepanjang yang pakcik ingat, Mawi lahir sewaktu Maghrib. Betul-betul sewaktu azan sedang dilaungkan,” katanya.

SARIANI@MOHD NOH ISMAIL, 95

DATUK saudara Mawi ini menjaga ibunya, Ramlah Sarlan, sejak dari kecil lagi dan dia juga tidak dapat mengingati Mawi sebagai salah seorang cucunya. Malah, dia juga sama sekali tidak tahu Mawi menyertai AF3 hinggalah berjaya mengukir kejayaan sebagai juara dalam pertandingan realiti itu.

Isterinya, Jamilah Ibrahim, 68, memberitahu, anak-anaknya terpaksa menunjukkan keratan akhbar mengenai kejayaan Mawi kepada orang tua itu.

“Bila dia dapat tahu perkara sebenar yang berlaku pada Mawi, dia rasa bangga dan sanggup datang ke sini (rumah Mawi) untuk berjumpa dengan cucunya itu sekalipun kurang sihat,” katanya.

ZAINAL HASHIM, 42

SEPUPU Mawi di sebelah bapanya yang bertugas sebagai pemandu van mengakui anak muda itu tidak pernah menunjukkan keinginannya menjadi penyanyi.

“Apa yang masyarakat di sini tahu dia lebih banyak memasuki pertandingan nasyid, berzanji dan mengaji al-Quran. Bila dia popular dan berjaya seperti sekarang ini, kita rasa bangga dan tumpang gembira.

“Walaupun bersepupu dengannya, saya tidaklah berapa rapat dengan Mawi. Apa yang saya tahu dia suka main catur dan dam. Kalau hendak tahu banyak perkara mengenai Mawi, tanyalah sahabat baiknya, Zainuddin.

“Kalau Mawi tidak ada di rumah, bapa dia mesti cari Mawi di rumah Zainuddin,” katanya.

ZAINUDDIN IBRAHIM, 41

WARIS peneroka di Felda Taib Andak ini mengakui Mawi seorang yang gemar bermain catur dan dam serta selalu berlawan dengannya dalam kedua-dua permainan itu.

“Selalunya dia yang kalah. Tapi, dia selalu tidak akan mengalah. Selagi tak menang dia memang tidak akan puas hati. Pernah kami main kedua-dua permainan ini hingga ke Subuh semata-mata kerana mahu menentukan siapa yang kalah dan siapa menang,” katanya.

Jelas Zainuddin lagi, Mawi juga seorang pemuda yang mempunyai minat untuk belajar dan hal ini terbukti sewaktu dia mula-mula membawa Mawi menghadiri kursus motivasi.

“Dari situlah kami mula bersahabat baik. Sepanjang mengenalinya, dia memang seorang yang istimewa. Jiwa Islam dia sangat kuat.

“Dia juga sering minta saya nasihatkannya jika berhadapan dengan apa jua masalah dan dia sering berkongsi cerita dengan saya,” katanya.

ZAKIAH ALI, 58

JIRAN yang membela Mawi dari usianya 18 bulan lagi ini memberitahu Mawi seorang yang tidak banyak kerenah sewaktu kecil.

“Senang sekali menjaganya. Dia juga tidak mudah bising. Oleh kerana saya tidak mempunyai anak lelaki, kehadiran Mawi di dalam keluarga saya benar-benar satu penyeri.

“Dia (Mawi) juga turut menjadi kesayangan kami sekeluarga. Namun, selepas kakak besar, Mawi tidak lagi berada di bawah jagaan saya. Kakaknya pula yang jaga dia.

“Namun, sekali-sekala dia datang ke rumah kami. Sebab dia rapat dengan anak saya. Mereka juga bagaikan adik-beradik. Bila sudah besar panjang, dia makin jarang datang. Mungkin juga sebab dia rasa malu.

“Bila dah popular, saya rasa terharu sangat. Selalu saya menangis bila tengok dia menyanyi di konsert AF3. Tidak tahu kenapa, tapi mungkin sebab terkenang waktu saya jaga dia masa kecil-kecil dulu,” katanya.

ALI MAZAT SALLEH, 35

KETUA Pemuda Felda Taib Andak ini memberitahu Mawi seorang pemuda yang selamba dan mesra kepada semua orang.

“Saya tidak berapa rapat dengan dia tapi dia memang rajin mengetuai kumpulan nasyid di kampung ini dulu.

“Sebagai Ketua Pemuda Umno di kampung ini sudah tentu saya mahu sangat-sangat kejayaan Mawi ini dijadikan contoh anak muda di sini.

“Slogan Belia Benci Dadah yang laungkan Mawi juga satu mesej penting yang perlu diberi perhatian.

“Apatah lagi bila Felda ini juga sangat sinonim dengan gejala dan masalah penagihan dadah.

“Saya harap pengaruh yang ada pada Mawi dapat membawa satu perubahan positif terhadap pemuda di kampung ini satu hari nanti,” katanya.

MAWI, SITI duet

Credit to: HM

Oleh Mohd Ramzi Sanny dan Zalifah Mohd Yatim
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Teluk Danga, di sini, akan menjadi medan luar biasa malam ini apabila juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi, 24, bergandingan dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Taruddin pada pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-48 dan kempen Kibar Jalur Gemilang.

Kedua-dua bintang popular itu yang kali pertama digandingkan akan turut membuat kejutan bagi menghiburkan peminat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Halimah Sadique, berkata persembahan artis dijangka bermula kira-kira jam 11 malam selepas majlis pelancaran sebelum diikuti dengan pertunjukan bunga api.

Beliau berkata, dalam persembahan gilang gemilang itu, Mawi dan Siti akan berduet dalam satu lagu yang bakal memberi kejutan kepada orang ramai.

Katanya, ini adalah kali pertama Mawi, anak Kampung Bahagia, Felda Taib Andak, Kulai, menyanyi di negerinya sendiri akan mendendangkan lagu Seroja (penyanyi asal S Effendi) dan dua lagi ciptaan sifunya M Nasir iaitu Ghazal Untuk Rabiah dan Aduh Saliha.

Menurutnya, penyanyi sensasi negara, Siti Nurhaliza pula akan mendendangkan lagu, Nirmala, Zapin Merdeka dan Lagu Rindu.

“Gandingan dua artis terkenal membuktikan negara ini mempunyai artis yang berkaliber yang mampu memeriahkan majlis gilang gemilang tanpa perlu mengundang artis luar negara.

“Ia sekali gus membangkitkan lagi suasana patriotik di samping menghiburkan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Raptai Penuh sambutan pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-48 dan kempen Kibar Jalur Gemilang, di sini semalam.

Kedua-dua artis itu termasuk penyanyi lain yang turut diundang membuat persembahan, hadir dalam raptai penuh semalam.

Halimah berkata, artis lain yang diundang ialah Ahmad Jais, Aishah, Andre Goh, Vince, Bienda, Rashmonu dan penyanyi Yayasan Warisan Johor, Wahida.

“Kami menjangka kira-kira 500,000 pengunjung akan membanjiri majlis gilang-gemilang ini,” katanya.

Dalam raptai penuh, semalam lapan kereta berhias berarak dari Bukit Timbalan menuju ke Teluk Danga selain 16 anggota pasukan berkuda, empat kenderaan panji tentera, enam kereta klasik, 148 motosikal, 48 kereta nasional dan 30 kenderaan pacuan empat roda.

Sejumlah 100 kapal turut terbabit dalam perarakan dari Jeti Jabatan Laut hingga ke Teluk Danga termasuk 26 kapal berhias dari seluruh negara serta 21 kapal pengiring oleh jabatan dan agensi kerajaan.

Manakala, sejumlah 1,480 pembawa Jalur Gemilang dan 1,480 bendera Johor turut mengikuti perarakan kereta berhias dari lapan daerah di negeri ini.

Mawi - Suka tengok lakonan Rosyam Nor

Credit to: UM
Oleh ABD. AZIZ ITAR


TERNYATA runtunan hati Mawi untuk menggenggam trofi juara Akademi Fantasia 3 (AF3) dan sekali gus bergelar penyanyi menjadi suatu kenyataan.

Perkara itu dapat dilihat apabila Mawi atau Asmawi Ani, 24, dipilih menjuarai AF3 yang berakhir pada 6 Ogos lalu.

Anak keturunan campuran Jawa dan Melayu ini, pernah mengetepikan tawaran menjadi bilal sebuah masjid di kampungnya di Felda Bahagia, Taib Andak, Kulai, Johor semata-mata kerana mahu menyertai program realiti televisyen tersebut.

Mawi mungkin boleh tersenyum lebar apabila percaturannya untuk memilih menyertai AF3 akhirnya membuahkan hasil.

Kemenangan Mawi mengungguli AF3 itu membolehkannya membolot hadiah termasuk sebuah kereta, kondominium, wang tunai, barangan elektrik dan pakej pelancongan yang secara keseluruhannya berjumlah RM327,854.

Mega sempat bertemu Mawi baru-baru ini untuk menyelami perasaan serta pengalaman pahit manisnya sebelum dan selepas menyertai AF3.

Jika tidak bergelar juara AF3, di manakah agaknya anda sekarang ini?

MAWI: Kalau tidak menjadi penyanyi, saya mungkin masih bekerja sebagai deejay di Restoran Bongsu Corner, Lapangan Terbang Senai, Johor. Saya bekerja di situ selama enam bulan sebelum menyertai AF3 pada bulan Jun lepas.

Apakah perasaan anda selepas bergelar juara AF3?

MAWI: Dua hari saya menangis selepas keluar dari AF3. Saya cuba tidur tetapi mata saya tidak boleh pejam. Ketika itu saya sedar bahawa Tuhan Maha Kaya. Hati saya berkata, ``Kau tunjuk Wi (Mawi), selama ini orang pandang kau macam mana (pandang rendah)''. Dulu saya dan keluarga saya pernah dapat musibah tetapi saya bersabar. Apa pun ini bukanlah rezeki saya seorang. Tetapi ini juga adalah rezeki ibu, bapa dan tunang saya, Ina (bertunang pada Februari lalu).

Bagaimana anda melihat diri anda selepas keluar dari AF3?

MAWI: Semasa berada di banglo AF3 lagi, saya selalu terfikir mengapa orang minat dengan saya. Sebelum ini, saya tidak pernah cerita tentang perkara itu kepada sesiapapun. Saya kaji dan fikirkan tentang perkara itu hinggalah ke akhir konsert AF3. Selepas AF3 berakhir, saya pun tengoklah Diari AF3. Saya sendiri suka tengok karakter mamat berkepala botak (Mawi) dalam program itu. Saya tidak sangka boleh buat orang ketawa. Dalam banyak-banyak karakter dalam Diari AF3 itu saya paling suka dengan mamat berkepala botak itu juga. Malah, semasa menonton semula konsert-konsert mingguan AF3 saya rasa sebak dan menangis.

Pada 23 Ogos ini, anda akan berduet dengan Siti Nurhaliza pada satu konsert, apa perasaan anda?

MAWI: Saya rasa terperanjat dan gembira. Mulanya saya tidak percaya kerana siapalah saya hendak berduet dengan Siti Nurhaliza. Dia kan diva. Setakat ini saya belum buat persediaan lagi. Mungkin kami akan berduet dalam sebuah lagu berjudul Pantun Budi.

Apa perancangan anda dengan hadiah kondominium dan kereta yang anda menangi selaku juara AF3?

MAWI: Saya belum ada apa-apa perancangan lagi. Kunci kereta itu pun belum dapat lagi. Sementara rumah (kondominium) itu pula biarlah ia `diperam' (simpan) dulu. Saya bercadang mahu ajak emak saya tinggal bersama saya (di kondominium) tetapi dia tidak mahu.

Sewaktu berada di AF3 media massa membuat pelbagai liputan tentang anda. Adakah anda berpuas hati dengan liputan-liputan tersebut?

MAWI: Ada juga berita itu yang membuatkan saya rasa marah. Antaranya ada berita yang mengatakan saya hafal 10 surah al-Quran. Macamlah saya hebat sangat. Saya cuma sempat khatam al-Quran dua kali sahaja.

Ceritakan pengalaman anda merakamkan lagu Aduh Saliha.

MAWI: Saya rakamkan lagu itu pada 13 Ogos lalu. Rakaman mengambil masa lapan jam. Itu adalah lagu pertama yang saya rakamkan. Ia akan dimuatkan dalam album pertama saya yang akan berada di pasaran Oktober ini.

Dengar cerita anda pernah memohon untuk menjadi bilal masjid, betul ke?

MAWI: Memang betul. Saya pernah dapat tawaran menjadi bilal di Masjid Jamek Nurul Saadah, Felda Taib Andak. Emak saya memang suka kalau saya jadi bilal masjid. Bagaimanapun, saya tolak tawaran itu kerana terpilih menyertai AF3.

Adakah anda rasa keputusan yang anda ambil itu betul?

MAWI: Saya rasa hati saya ketika itu lebih kepada AF. Saya memang mahu mencuba menyertai AF. Bagi saya, kalau saya tidak dapat jadi penyanyi, saya masih boleh menjadi bilal. Tetapi kalau saya memilih untuk menjadi bilal terlebih dahulu, saya mungkin susah hendak jadi penyanyi selepas itu.

Selepas menyanyi, adakah anda juga mahu mencuba nasib sebagai pelakon?

MAWI: Nantilah dulu. Buat masa ini, biarlah saya tumpu pada bidang nyanyian dulu. Kalau dapat peluang berlakon saya suka watak gangster (samseng). Saya suka Rosyam Nor. Saya suka lakonannya. Saya tengok filem Gangster dan Gerak Khas The Movie. Saya suka lakonan Rosyam dalam dua buah filem itu.

Siapakah yang anda pilih untuk bercuti bersama anda ke London dan Paris nanti?

MAWI: Setakat ini saya belum terfikir lagi tentang perkara itu. Passport pun tak ada. Jangankan London atau Paris, Singapura pun saya belum pernah sampai. Saya cuma dapat tengok Singapura, itu dari Stulang Laut (di Johor).

Apa nasihat anda pada peminat anda yang fanatik?

MAWI: Saya anggap mereka bukan peminat tetapi penyokong ataupun kawan. Saya rasa geli gunakan istilah peminat. Contohnya, saya geli kalau ada peminat lelaki minat saya. Apa pun saya harap mereka sokong saya sampai mati.

Siapakah penyanyi lain yang anda ingin jumpa atau berduet?

MAWI: Kalau boleh saya hendak jumpa atau berduet dengan Waheeda. Saya rasa dia (Waheeda) sesuai berduet dengan saya. Bagaimanapun setakat ini, saya belum pernah berjumpa Waheeda. Saya juga minat Yasin (Brothers) tetapi sampai sekarang saya juga belum pernah berjumpa dengannya.

Cita-cita asal anda sebelum menyertai AF3?

MAWI: Saya mahu jadi deejay radio macam Ismahalil Hamzah. Sampaikan saya terikut-ikut dengan gaya penyampaiannya. Antara kata-kata Ismahalil sewaktu ke udara di radio yang saya ingat ialah `tak Melayu hilang di dunia' dan `dari selatan membawa kawan, dari utara membawa saudara dari timur membawa makmur dan dari barat membawa berkat'. Saya suka dengan rancangan yang dikendalikannya macam rancangan Untuk Penagih yang khusus untuk penagih dadah. Saya juga suka dengan lagu-lagu rock yang disiarkannya macam lagu-lagu Ramli Sarip yang mempunyai unsur-unsur ketuhanan. Saya suka jadi deejay radio sebab saya mahu sampaikan mesej-mesej yang berguna kepada orang ramai.

Bagaimanakah anda melihat diri anda?

MAWI: Saya sebenarnya seorang yang pendiam. Tetapi sebab orang banyak bertanya pada saya itu sebab saya jadi bising (banyak bercakap). Bagi saya, karakter saya dalam Akademi Fantasia itu adalah diri saya yang sebenarnya. Walaupun pendiam tetapi saya juga boleh buat kelakar. Dalam masa yang sama saya juga seorang yang tegas dan boleh bertukar dua tiga watak dalam satu masa.

Akhir sekali, bagaimanakah anda melihat diri anda lima tahun yang akan datang?

MAWI: Saya belum dapat bayangkan sebab perjalanan saya sebagai penyanyi masih jauh. Kalau enam bulan dari sekarang saya mungkin penat sebab sibuk dengan pelbagai aktiviti.

Monday, August 15, 2005

Mawi ubah persepsi AF3

Credit to: MM

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Wajahnya yang redup, sikap malu-malu dan sedikit ``lurus bendul'' menjadikan dia istimewa pada malam itu. Satu Malaysia tiba-tiba jatuh cinta kepadanya.

Yang tua sayang sebagai anak atau `menantu impian' manakala yang muda menganggap dia idola baru. Tidak kurang gadis-gadis manis yang mengharap dambaannya meskipun tahu pemilik nama penuh Asmawi Ani, 24 tahun ini sudah mempunyai pilihan hati.

Kita berbicara tentang Mawi - juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) yang hadirnya bersama fenomena yang luar biasa.

Ketika AF3 berhadapan dengan kritikan pihak yang mempertikaikan ketelusan sebuah pertandingan berkonsepkan realiti, Mawi dianggap sebagai penyelamat. Imej warak bekas bilal dengan mesej propaganda `Belia Benci Dadah' yang dilaungkan sebelum persembahan di konsert akhir, menjadikan Mawi sebagai idola remaja yang seusia dengannya.

Meminjam kata-kata pelakon Adlin Aman Ramli, ``Mawi istimewa kerana dia membawa karakter orang susah, datang dari kampung dan mahukan kejayaan besar dalam hidup. Impian Mawi adalah impian semua orang susah.''

Justeru apabila dia dipilih sebagai juara AF3, Mawi lahir sebagai ikon baru kepada dunia hiburan.

Ketika industri hiburan mencari wira baru untuk diangkat, kehadiran Mawi sangat tepat dengan waktunya. Mawi diangkat sebagai juara AF3 pada Sabtu lalu di Stadium Malawati, Shah Alam meninggalkan jauh saingannya Felix, Amylea dan Marsha.

Peratusan undian Mawi sebanyak 58 peratus, sementara Felix di tempat kedua dengan 30 peratus, Amylea di tangga ketiga dengan 8 peratus undian dan Marsha paling bawah, 4 peratus.

Tetapi keunggulan Mawi bukan bermula ketika dia diumumkan sebagai juara. Kalau tidak jadi juara pun, dia sudah mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.

Ketika AF3 membuka tirainya, Mawi menyelit dengan kelainan apabila mempertaruhkan lagu nasyid - Intifada. Ini satu sejarah baru apabila lagu nasyid diangkat dalam sebuah rancangan realiti popular yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana peserta sebelum ini.

Tetapi dia tersingkir dalam konsert Prelude namun desakan peminat Mawi terlalu kuat sehingga dia dimasukkan semula ke dalam AF.

Bermula dari situ langkah Mawi gemilang. Meski dikritik hebat oleh pengkritik yang mengadili persembahannya dan rakan-rakan, Mawi terus mara dengan mencatatkan undi yang paling atas.

Makin kuat Mawi dikritik, makin terang jalan yang menanti di depannya dan makin buat orang Malaysia sayang kepadanya. Ketika sokongan kepada Mawi bertali arus, ketika itu barulah kita sedar rupa-rupanya dunia hiburan sedang mencari seorang wira baru. Siapa sangka anak peneroka Felda Taib Andak, Kulai Johor ini adalah orangnya.

Wira orang Melayu macam dalam filem-filem P. Ramlee datang daripada keluarga orang susah, tinggi ilmu agamanya, lemah lembut, sopan santun dan di dadanya ada keazaman yang cukup kuat untuk merobah perjalanan hidupnya.

Seperti wira-wira kita dalam cerita filem P. Ramlee, Mawi mempunyai persamaan itu dan tidak hairan kenapa dia kini berada dalam hati ribuan daripada kita.

* Mawi tunjuk jantan
Jika minggu-minggu awal dia dikritik hebat, terutamanya pada minggu di mana dia menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir dan Beautiful Maria dengan `meleweh', menjelang ke saat akhir Mawi menunjukkan kejantanannya.

Tiada lagi kritikan yang panjang lebar daripada pengkritik konsert akhir, Kudsia Kahar, Adlin Aman Ramli dan Syafinaz melainkan pujian semata-mata.

Mawi dan Amylea adalah dua peserta yang diberi pujian oleh pengkritik.

``Mawi, awak tak akan malu kalau pulang dengan hadiah besar malam ini,'' kata Syafinaz, memuji. Berbeza sama sekali dengan Felix dan Marsha yang pada awalnya mendapat pujian hebat tetapi dikritik semasa konsert akhir.

Apakah Felix dan Marsha selesa dengan puji-pujian yang banyak diberikan kepada mereka sebelum ini? Felix dan Marsha gagal dalam persembahan akhir mereka walaupun konsisten di minggu-minggu awal.

Felix melakukan beberapa kesilapan termasuk lupa lirik ketika menyanyikan lagu keduanya, Warkah Berlagu Rindu. Lagu ciptaan Adnan Abu Hassan ini pada satu tahap disampaikan oleh Felix dengan suara yang cukup `seksa' dan menjerit-jerit sehingga ditegur oleh Adlin.

``Saya tahu awak orang kreatif dan banyak idea spontan. Tetapi itu juga yang buat awak kurang berhati-hati semasa di pentas. Kalau awak menang pun bukan sebab persembahan malam ini.''

Syafinaz juga kecewa dengan persembahan Felix dan berkata, ``Tak perlu jerit tinggi-tinggi kalau tak sampai. Saya kecewa malam ini sebab Felix calon terbaik untuk menang.''

Sementara Marsha juga mengecewakan pengkritik. Kudsia memberi komen, ``Ini bukan persembahan terbaik awak.''

Untuk lagu kedua, Untuk Terakhir Kali juga Marsha gagal lagi termasuk lupa lirik dan gagal mengawal emosi. Banyak menganggap Mawi belajar daripada kesilapan.

Kritikan membuatkan Mawi bangkit dan mahu membuktikan sesuatu. Apatah lagi dengan sifu M. Nasir yang bijak mencungkil kelebihannya lalu menghadiahkan Aduh Saleha kepadanya di konsert akhir.

Sebati benar Mawi dengan Aduh Saleha hingga tak terasa lagu itu pertama kali didendangkan di depan ramai. Aduh Saleha tiba-tiba menjadi begitu intim dengan kita, dan Mawi wajar berterima kasih kepada M. Nasir kerana berjaya mencari `kunci' kekuatannya.


* Mana ada konspirasi?
Apabila Astro mengambil keputusan tidak menyiarkan peratusan undian di minggu terakhir kepada penonton, ada yang mengaitkannya dengan usaha untuk meleburkan pengaruh Mawi.

Sebelum Mawi diangkat sebagai juara, nyata tuduhan liar kepada pihak Astro yang kononnya cuba mewujudkan konspirasi menyingkirkan Mawi dan mengangkat Felix tidak benar sama sekali.

Teori konspirasi yang diwujudkan nyata menyimpang jauh kerana kebenarannya terserlah jua. Sebenarnya Astro tak kisah siapa pun yang menang, yang penting penonton mengundi.

Tindakan itu dilakukan oleh Astro untuk mencipta kejutan di kalangan penonton.

Semenjak Mawi unggul di tempat pertama pada minggu ketiga dan kemudiannya tidak menoleh lagi, Astro memikirkan cara untuk terus memberi suspen kepada penontonnya. Ini cara bijak Astro untuk mengekalkan penontonnya di depan televisyen.

* Aznil yang mendebarkan
Ketika kaki menapak ke pintu masuk Stadium Malawati Shah Alam, hampir seratus peratus kepercayaan saya dan kawan-kawan wartawan bahawa Mawi akan diumumkan sebagai juara AF3.

Bagaimanapun debaran kencang bertamu di dada. Semuanya gara-gara sikap nakal pengacara, Aznil Nawawi yang bijak memainkan emosi penonton.

Memang boleh luruh jantung bila mengenangkan semula `skrip' yang dilontarkan oleh Aznil di malam bersejarah itu.

Aznil telah mewujudkan unsur suspen sepanjang konsert akhir sehinggakan ada yang percaya, kedudukan Mawi bakal tergugat termasuklah saya sendiri. Beberapa kali Aznil mengingatkan kedudukan genting empat finalis AF3 sekali gus `memaksa' penonton terus mengundi peserta kesayangan mereka.

Aznil memang pakar dalam bab mengenakan penonton, tetapi kerana kepakarannya itu juga menjadikan acara ini tidak tawar hambar.

Layanan Aznil terhadap keempat-empat peserta akhir juga sama adil. Langsung tidak memberi sebarang bayangan kepada penonton siapakah yang bakal diumumkan sebagai juara.

Walaupun saya percaya Aznil sudah tahu mengenai keputusan yang menyebelahi Mawi sedari awal lagi, tetapi dia bijak memendam emosinya dan berlagak biasa, macam tak tahu.

Debaran yang sengaja diciptakan oleh Aznil berterusan walaupun selepas Mawi sudah menggenggam dua piala kemenangan melalui Persembahan dan Vokal Terbaik.

Pada ketika itu penonton menganggap mungkin rezeki Mawi hanya untuk dua anugerah berkenaan, manakala untuk juara akan menjadi milik Felix.

Ketika memegang tangan Felix untuk mengumumkan kedudukannya pun, Aznil masih lagi berteka-teki.

Sehinggalah ``tahniah Felix, anda naib juara,'' barulah seluruh Stadium Malawati kembali bergegar. Kali ini tepukan gemuruh berpanjangan dan sudah tentunya untuk wira baru yang diraikan - Mawi.

Mawi meriahkan konsert merdeka

Credit to: MM


PERSATUAN Karyawan Malaysia diberi kepercayaan untuk menganjurkan Konsert Merdeka KLCC sempena sambutan hari kemerdekaan negara ke-48.

Latar belakang persatuan berkenaan yang kukuh dan profesional dalam mengendalikan banyak acara sebelum ini menarik perhatian pihak penganjur untuk menyerahkan tugas pengendalian konsert berkenaan kepada Karyawan untuk tahun ini.

Karyawan sebelum ini pernah beberapa kali mengendalikan acara nasional termasuk dengan tujuan amal kepada artis-artis veteran.

Menurut Presiden Karyawan, Freddie Fernandez, acara sambutan hari kemerdekaan di KLCC kali ini akan diberi nafas baru.

Tumpuan utama Karyawan dalam Konsert Merdeka KLCC ini adalah dengan menyelitkan lebih banyak segmen yang ada kaitan ke arah memupuk perasaan sayangkan negara.

Perkara ini amat penting bagi menyampaikan mesej peribadi kepada kalangan generasi baru supaya menghargai nilai kemerdekaan yang telah diwariskan oleh generasi terdahulu.

``Kita bukan sahaja beri hiburan, tetapi lebih penting, memaknakan lagi kemerdekaan itu sendiri.

``Setiap tahun kita sambut 31 Ogos dengan penuh gemilang dan tahun ini kegemilangan itu kita teruskan tetapi dengan jiwa yang lebih terisi,'' kata Freddie.

Menurut Freddie lagi, justeru Karyawan memilih untuk menggabungkan artis baru dan lama untuk menyerikan acara yang mereka sifatkan sangat bermakna ini.

Karyawan juga akan memastikan acara hiburan yang dipersembahkan oleh setiap artis bukan hiburan kosong, jauh sekali berbentuk mempromosikan album rakaman mereka.

Setiap lagu yang dipilih mempunyai tema yang dekat dengan penghayatan orang ramai terhadap memaknakan kemerdekaan itu sendiri antaranya Malaysia Baru, Pang Yau, Hatinya Tak Tahan, Ayuh Juragan, Intifada, dan Joget Malaysia. Sudah pasti lagu Negaraku, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia akan bergegar pada konsert yang cukup gemilang ini.

Konsert yang akan berlangsung di KLCC selama hampir tiga jam ini diacarakan oleh pelakon nombor satu, Rosyam Nor dengan banyak artis popular yang diundang khas menyerikan acara ini.

Antara artis yang terlibat ialah Farah AF2, Roy, Helmi The Gimmick, Anuar Zain, Afdlin Shauki, Zaibo, Yusni Jaafar, Noraniza Idris, Leonard Tan, Zainal Abidin, Joey, Rahim Maarof dan Amy Search.

Juga tidak ketinggalan bintang baru yang makin bersinar dari Akademi Fantasia 3, Marsha dan Mawi.

Pengacara, Rosyam Nor juga dipertanggungjawabkan untuk mendeklamasikan sebuah puisi patriotik yang pasti akan menyentap perasaan setiap warga Malaysia yang menyaksikan acara berkenaan.

Impian bintang AF3


Credit to: - MM

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

KATALAH apa saja yang negatifnya mengenai rancangan realiti seperti Akademi Fantasia, yang pasti ia menyediakan lebih banyak ruang kepada bakat-bakat muda mencipta nama, bina kejayaan dalam bidang seni.

Siapa tidak mahu ketika usia di ambang remaja, kerjaya hebat menanti di depan mata dengan pendapatan yang fuh... mengalahkan seorang ketua pegawai eksekutif syarikat ternama? Tidak ada salahnya mereka menjadi penyanyi kalau kena cara membawanya.

Mawi, Felix, Amylea dan Marsha antara yang bakal berhadapan dengan cabaran membawa diri dalam kerjaya ini. Dalam masa tiga bulan, nama menjadi bualan, wajah menjadi intipan dan sebaik bebas dari Akademi Fantasia, mereka dikejar orang media, promoter dan mungkin produser filem untuk tumpang sekaki.

Sekelip mata mereka menjadi bintang. Tetapi tidak mahu tersadung dibuai populariti, seawalnya lagi empat bintang ini menanam prinsip sendiri.

Ia sebagai benteng pertahanan diri sebelum dilambung ombak populariti sebagai bintang. Mawi dan Amylea misalnya mempunyai sejarah hidup yang hampir sama.

Walaupun berbeza cara dan budaya dibesarkan, mereka adalah dua nama baru dalam dunia hiburan yang mempunyai tekad dalam merobah hidup keluarga.

* Mawi - doakan saya tidak berubah
``Saya masih Mawi yang lama,'' jujur saja kata-kata yang terbit dari bibir manisnya.

Saya renung jauh ke dalam matanya ketika dia menuturkan kata-kata itu dan dia tiba-tiba cuba berlawak jenaka.

``Betullah, saya masih Mawi. Tak berubah, harap kak doakan saya tak berubah sampai bila-bila,'' katanya.

Benar, saya sedang berhadapan dengannya, seorang yang dianggap wira baru dalam dunia hiburan. Dia adalah kesinambungan kepada nama seperti Vince dan Zahid, tetapi auranya berbeza sama sekali. Ada yang kata, Mawi budak baik sebab itu hari ini dia disayangi oleh banyak orang.

Ketika dia menerima sanjungan dan kata-kata pujian, dedah Mawi, dia berjanji kepada diri sendiri untuk tidak mudah lupa diri.

``Belum ada yang berubah pada diri saya sampai ke hari ini. Barangkali tanggungjawab sudah jadi lebih, sebab orang sudah makin kenal,'' katanya.

Bercakap soal tanggungjawab kata Mawi, yang paling ditakuti ialah bila orang meletakkan dia sebagai ikon baru dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

``Itu yang paling mencabar saya. Terbeban juga, tetapi saya akan jadi diri saya sendiri, doakan untuk saya,'' katanya.

Di sebalik ceria, tidak banyak yang tahu perjalanan hidup masa lalunya. Mawi, yang secara tiba-tiba menjadi idola baru bagi kalangan remaja bercerita bahawa apa yang menjadi miliknya hari ini sama sekali tidak akan membawa kealpaan kepadanya.

Berkongsi masa kecilnya, kata Mawi, dia sedari kecil lagi sudah merasa hidup dihina.

``Bila kita susah, tak ada duit memang orang tak suka. Sebab itu, kalau lepas jadi penyanyi pun ada orang yang masih hendak kutuk-kutuk, menghina saya sudah tak kisah.

``Buat apa ambil peduli sangat sebab sedari kecil pun saya sudah biasa menjadi hinaan orang lain,'' kata Mawi.

Bertemu mata dan berbual hampir setengah jam dengannya membenarkan tanggapan jutaan peminatnya mengenai keistimewaan seorang Mawi. Jika sebelum ini saya cuma sesekali mencuri pandang ketika dia muncul di kaca televisyen, kali ini saya menyaksikan sendiri bagaimana perilakunya yang sebenar.

Nyata dia bukan seorang yang suka berahsia. Tentang masa lalu dan dirinya ada juga yang diceritakan dan kata Mawi paling penting dia menjadi dirinya sendiri, tanpa menjadi orang lain. Harap-haraplah agar pendiriannya selamanya begini, tidak berubah.

Tetapi maaf, kala ditanya mengenai rahsia kesedihan keluarganya itu dengan lebih lanjut Mawi memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk berkongsi segala-galanya dengan peminat.

Cuma janji Mawi, akan sampai masanya pada suatu hari nanti dia ke depan dan berkongsi kisah sedih itu dengan orang lain sebagai pengajaran.

``Saya akan cerita, tapi bukan sekarang. Biarlah saya sendiri pendam kisah sedih itu sehingga sampai masa saya bersedia, saya akan kongsi dengan akak, dengan peminat,'' kata Mawi kepada saya.

Impiannya setelah bergelar bintang, kata Mawi dia mahu menghantar kedua-dua ibu bapanya ke tanah suci Mekah.

``Kalau boleh dengan emak dan bapa Ina (tunang) sekali saya hendak bawa. Tapi musim haji lambat lagi, jadi mungkin saya akan hantar mereka buat umrah dulu.

``Tapi saya kena sabar sebab masanya mungkin lambat lagi, saya pun kena kayuh perlahan-lahanlah, tak berani hendak laju-laju nanti lain jadinya,'' kata Mawi dengan nada ceria.

Perjalanan hidupnya selepas ini kata Mawi, biarlah ditentukan oleh Maestro Talent. Dia tidak mahu urusan kerjayanya dikendalikan oleh keluarga, kerana tahu mereka tidak berkemampuan dalam soal pengurusan kerjayanya.

``Keluarga saya tahu apa fasal seni. Jadi, baik serahkan kepada Maestro. Penting bagi saya ialah segala rezeki ini untuk emak dan abah dan tunaikan tanggungjawab kepada masyarakat. Ini tanggungjawab berat,'' kata Mawi.

* Amylea - kenang zaman susah
Antara mereka berempat, dia yang paling kecil. Tetapi diukur dari segi bicara, dia yang paling matang. Ramahnya tiba-tiba datang, kala diajak bicara tentang muzik dan bidang seni.

``Saya semangat hendak jadi orang seni sebab mahu ubah nasib keluarga,'' katanya. Hidup sedari kecil dalam keadaan sering berpindah-randah kerana keluarganya terdiri daripada ahli muzik dan penyanyi kelab, Amylea mengakui sukarnya untuk mencipta nama.

``Saya dibesarkan dengan dunia seni yang memeritkan. Saya sudah biasa tengok emak dan abah berbulan-bulan tak dapat kerja, tak ada duit hendak belanja bulanan sebab tak dapat kontrak.

``Jadi saya harap kejayaan sebagai pemenang tempat ketiga AF akan merobah kehidupan kami sekeluarga,'' kata juruhebah radio Langkawi.fm ini berkongsi kisah lukanya.

Akui Amylea, sebelum ini keluarganya tidak pernah berpeluang untuk mengumpul sebarang harta kerana berpendapatan tidak tetap.

``Justeru bila dapat ke AF, perkara pertama yang saya fikir ialah bantu keluarga. Bahagiakan mereka, jadi anak yang baik,'' katanya seperti berjanji kepada diri sendiri.

* Marsha - saya bukan penggoda
Imej penggoda yang dikaitkan dengan dirinya mahu dilupakan saja. Kata Marsha, demi menjaga perasaan keluarganya, dia pohon agar imej berkenaan tidak terus menjalar di dalam kehidupannya selepas ini.

Bagi Marsha, dia tidak mahu namanya terus dikaitkan dengan sikap penggoda seperti yang dianggap banyak orang, bimbang hati keluarganya terluka.

``Kebetulan saja lagu-lagu yang diberi kepada saya ada unsur seperti itu. Saya tak suka kalau benar-benar saya dianggap berperwatakan menggoda,'' kata Marsha.

Pernah air matanya menitis kala membaca komen-komen negatif tentang dirinya sebaik kaki melangkah keluar dari AF.

``Saya kecewa, menangis sebab orang melihat watak penggoda saya itu di sudut negatif. Kalau dari sudut positif, tak adalah saya hendak marah sangat,'' kata si pemilik kulit kuning langsat ini.

Mahu jadi penyanyi, kata Marsha awalnya keluarganya kurang memberi galakan kerana bimbang dia akan dihadapkan dengan pancaroba tidak bertepi.

``Tetapi saya mahu juga jadi penyanyi sebab minat, keluarga tidak lagi menghalang.

``Justeru bila berhadapan dengan soal macam ini saya cakap kepada diri sendiri, jangan cepat mengalah. Terus berjuang,'' katanya.

Kedukaan keduanya sudah tentu bila ada yang mengaitkan keupayaannya di AF3 kerana sandaran wajah jelita semata-mata, bukan bakat. Marsha menganggap dia tidak mendapat peluang seluas mungkin untuk memperlihatkan kebolehannya di AF.

``Sebab itu saya tak hairan kalau ada yang anggap saya bermodalkan wajah hingga kekal ke final. Di sudut lain, saya sebenarnya tahu bahawa saya boleh buat lebih baik dari itu dan saya akan buktikannya selepas ini bila sudah menjadi penyanyi profesional,'' katanya.

Dan tidak hairan sebaik melangkah keluar dari AF, dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa juga kata-kata yang tidak menyenangkan.

``Masa di Af semua cikgu sudah cakap apa yang perlu saya buat, apa yang tak boleh. Saya ikut sajalah sebab percaya ia adalah yang terbaik buat diri saya,'' kata si manis ini.

* Felix - bangga pemuda Dusun
Felix Agus mengakui banyak benda yang dia terpaksa korbankan ketika memilih untuk menjadi penyanyi.

Antaranya melupakan sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam kehidupannya seperti merokok dan soal negatif lainnya.

``Saya sudah buang tabiat merokok sejak setahun lalu. Lepas masuk AF, keazaman saya tinggalkan dunia rokok makin kuat, lain-lain perkara tidak baik juga saya sudah tinggalkan,'' katanya.

Apa pun kata Felix, dia berasa sangat berbangga dengan kemampuan dirinya selepas diumumkan sebagai naib juara AF3.

``Saya orang Kadazan Dusun, dan saya berbangga dengan kejayaan itu,'' katanya.

Ditanya mengenai kehebatan pemuda Kadazan Dusun sepertinya, kata Felix, ia lebih kepada semangat perjuangan mereka untuk meneruskan kehidupan.

``Pemuda Dusun bukan jenis yang cepat mengalah. Rajin turun ke ladang, usahakan sawah bendang dan saya juga macam mereka.

``Kami mudah bergaul dan boleh dibawa ke tengah dan ke tepi,'' katanya.

AF, kata Felix telah mendedahkannya kepada banyak perkara termasuklah cara bergaul yang lebih luas dan erti persahabatan.

``Di AF juga saya mengenali erti `rindu'. Tiga bulan di dalamnya, saya merindui keluarga dan sentiasa berazam untuk buat yang terbaik di konsert sebab tak mahu keluarga malu tengok persembahan buruk saya,'' katanya.

* Tentang Amylea

* Lepas keluar AF jadi tak kisah kepada televisyen dan telefon bimbit.

* Mahu kumpul duit sambung belajar dalam bidang muzik.

* Cita-cita besar mahu jadi konduktor muzik macam Sham Kamikazie.

* Mula bercinta masa umur 17 tahun, cinta monyet.

* Kalau dapat lagu rock, boleh jadi lupa diri sekejap.

* Berkawan baik dengan cucu Alfonso Suliano.

* Datuknya, A. Zainal adalah juara Bintang Radio, RTM tahun 1969.

* Tentang Mawi

* Tak pernah tengok AF1 dan AF2 sebab di rumahnya tak ada Astro.

* Dapat tawaran jadi bilal muda, sebelum ke AF.

* Minat Ramli Sarip dan juruhebah Isma Halil Hamzah. ``Pegangan agama mereka kukuh, walaupun jadi artis.''

* Masuk AF sebab hendak jadi juruhebah radio macam Isma Halil.

* Orang pertama hendak dipeluk masa diumum juara ialah ayahnya tetapi tidak kesampaian.

* Tak akan jual kereta Suzuki Swift yang dimenangi sebagai hadiah juara.

* Lebih selesa panggil peminat `sahabat Mawi', ``tak tahulah peminat-peminat ni''.

* Tidur pukul 6.30 pagi pada malam kejuaraannya.

* Hampir pengsan bila diumumkan sebagai juara. ``Kalau saya tak menangis malam tu, saya memang akan pengsan sebab darah sudah naik ke kepala, sebak sangat.''

* Suka campur dengan `mat rempit' tapi tak pernah `merempit'.

* Tentang Marsha

* Pernah jadi penyanyi di gereja semenjak usia tujuh tahun lagi.

* Kalau disuruh pilih antara Aznil, Fahrin Ahmad dan Adlin Aman Ramli, dia pilih Aznil sebagai pasangannya.

* Tak boleh mengenakan sebarang perhiasan seperti rantai dan anting-anting sebab menghormati larangan agamanya.

* Cinta pertama masa umur 14 tahun.

* Komen pengkritik yang paling diingati ialah Syafinaz.

* Sudah dapat agak Mawi akan jadi juara AF3. Tangguhkan pelajaran di Kolej Yayasan Sabah dan lupakan tawaran belajar muzik ke India kerana AF.

* Tentang Felix

* Bangga dengan gelaran Kadazan Dusun.

* Tak pernah jejak kaki ke KLCC sebelum ditawarkan ke AF.

* Hairan bila ada yang kata dia duda.

* Akui ramai teman wanita, tetapi bukan kekasih.

* Suka buat jenaka tak kira masa.

Misteri Mawi

Credit to: MM


``Tunggulah! Satu hari saya akan ceritakan. Tapi saya kena dapat izin daripada keluarga saya dulu. Abah, emak dan adik beradik yang lain, saya kena tanya dulu.''

Begitu kata Asmawi Ani atau Mawi, si juara Akademi Fantasia 3 (AF3) ini ketika beberapa soalan peribadinya Kak Tim tanyakan. Anak Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini Kak Tim temui ketika dia datang ke pejabat Mega, Rabu lalu.

Santai bersama seketika, bersembang beberapa soalan peribadi, Kak Tim dapat melihat beberapa kali mata Mawi kemerahan menahan kesedihan.

Hati anak muda berusia 24 tahun ini rupanya mudah tersentuh tatkala Kak Tim tanyakan, ``Mawi kata, masuk AF3 sebab mahu ubah kehidupan keluarga Mawi. Kehidupan yang bagaimana Mawi ingin ubah? Kak Tim dah tengok beberapa media yang siarkan gambar rumah Mawi. Tidaklah daif sangat kehidupan keluarga Mawi.''

Buat seketika, Kak Tim melihat Mawi merenung jauh. Beberapa saat kemudian, katanya, ``Ada benda lain yang saya maksudkan. Inilah yang saya tak dapat katakan sekarang. Saya perlu minta izin keluarga.''

``Saya nak tolong emak dan abah. Tapi orang tak faham apa yang saya rasa dengan pengalaman keluarga saya sebelum ini, berhadapan dengan bermacam musibah. Ada yang pandang rendah keluarga saya. Satu hari nanti saya akan ceritakan pengalaman itu untuk dijadikan contoh satu Malaysia. Benda tu bukan datang daripada saya tapi keluarga saya.''

Lalu Kak Tim beralih soalan. Kali ini tentang adik beradik Mawi yang dikatakan, tiga orang telah meninggal dunia. Khabarnya dua orang abang dan seorang kakak.

``Sakit apa dan berapa umur mereka waktu meninggal tu?'' Tanya Kak Tim pada Mawi. Dan saat ini, Kak Tim melihat mata Mawi merah. Menahan kesedihan mungkin. Pun begitu, dia cuba tersenyum sebelum berbicara, ``Nanti saya akan ceritakan. Tapi bukan sekarang. Tunggu selepas mendapat izin keluarga.

``Itu sebab saya takut sekarang bila terlalu ramai menaruh harapan yang tinggi kepada saya. Lepas diumumkan juara, dua malam saya menangis. Saya takut. Saya bukan manusia sempurna.''

Begitu antara bual bicara Kak Tim dengan Mawi petang itu.

Kak Tim kira, ada secebis kedukaan dalam hidup anak muda ini. Ada yang terguris dihatinya dan belum mampu diungkapkannya ketika ini.

Namun mengenalinya sejenak, Kak Tim kira Kak Tim dapat mengagak, Mawi seorang pemuda yang tabah dan kuat semangat. Dan ada kejujuran dalam bicaranya.

Sebelum menyertai AF3, enam bulan bekerja sebagai deejay di Restoran Bongsu Corner, Lapangan Terbang Senai, Johor, kata Mawi, dia kini merindui teman-temannya.

``Kalau saya tidak masuk AF3, petang begini kami main sepak takraw,'' cerita Mawi.

KAK TIM: Terharu tatkala Mawi bertanya pada Kak Tim, ``Orang terima ke saya jadi penyanyi?''

Mawi & Amylea saling mengagumi





Credit to: HIP-BM

Oleh Suzan Ahmad Foto Zaharin Hayon


Kedua-dua mereka hanya berkawan dan saling bantu-membantu sewaktu belajar di Akademi Fantasia

LEMAS, rimas dan pening jadinya apabila finalis Akademi Fantasia 3 (AF3) bertandang ke Balai Berita, Bangsar minggu lalu. Ya... Mawi dan Amylea akhirnya buat pertama kali, menjejakkan kaki ke Studio Bintang Popular.

Lemas dan rimas itu terasa kerana sukar untuk membuat sesi fotografi dan mendapatkan bahan cerita muka depan kali ini kerana terganggu dek ramai peminat di Balai Berita yang sudah awal-awal lagi menghidu kedatangan mereka. Ada saja menyelit untuk bergambar, mengambil tandatangan dan bersalaman.

Hai, begitulah adatnya apabila orang baru mendapat lesen bergelar artis popular. Masih segar dan masih hijau, Mawi serta Amylea ibarat baru lepas dari berpantang selepas hampir tiga bulan dikuarantin dalam banglo AF.

Sempat ditanya Mawi, adakah kerana terkejut besar dengan kejayaannya, Mawi sampai terlupa mengucapkan terima kasih kepada keluarganya sewaktu di pentas kemenangan pada konsert terakhir 6 Ogos lalu?

“Ooo tidak sama sekali. Serius, ketika nama saya diumumkan sebagai juara, lampu pentas jadi terang sangat, penonton pun saya dah tak nampak dan terus jadi blur. Saya tak percaya, betul ke ni? Aku bermimpi ke? Entah apa yang saya cakap pun saya dah tak ingat - silap hari bulan boleh tumbang! Syukurnya saya dalam hati, Allah SWT saja yang tahu,” ujar pemuda berwajah pandang tak jemu ini.

Mawi mengakui, ayah dan ibunya adalah insan pertama yang dicari selepas dibebaskan dari AF3 selain terus menghubungi tunangnya, Nor Diana Mohd Naim, 21.

“Saya tetap kenang jasa ayah dan ibu. Saya tak pernah lupa asal-usul dan keturunan saya. Keluarga adalah perkara utama dalam hidup saya dan kerana untuk membantu merekalah saya masuk AF3,” kata Mawi.

Ditanya pula pandangan peribadinya terhadap rakannya, Amylea Azizan, 19, Mawi berkata: “Amylea ni memang maju orangnya. Dia bijak dan cepat tangkap apa saja pelajaran di akademi. Saya memang hormat gila pada Amylea dan saya tak akan lupa sikapnya yang memang tak kedekut ilmu.

Dialah juga yang mengajar saya macam mana hendak menari twist!” kata Mawi lalu terus menunjukkan gerak tari itu.

Mawi sememangnya kelakar dan bersahaja! Selain itu, Mawi turut kagum kerana Amylea memiliki semangat juang yang tinggi walaupun tubuhnya kecil molek saja.

Melihatkan Amylea pula, gadis petite kelahiran Alor Star, Kedah ini jelas seorang yang ceria, tegas dan profesional.

Memang tidak padan dengan usianya itu tetapi mungkin pengalaman serta pendedahan awal ketika bertugas sebagai deejay sambilan di Langkawi dan menyanyi di lounge hotel membuatkan Amylea lekas matang.

“Seronok sangat dapat keluar dari AF3 tapi pada masa sama, saya rasa macam tak nak keluar pun ada.

Saya rindu sangat dengan semua tenaga pengajar dan kawan-kawan lain. Tak puas lagi berguru dengan cikgu kami itu. Apa yang saya dapat timba di sana boleh diibarat sebesar kuman. Ini kerana seseorang itu perlu sekurang-kurangnya tiga tahun belajar untuk melengkapkan pengajian vokal,” ujarnya yang teringin melanjutkan pelajaran di International College of Music (Icom).

Apa yang pasti, Amylea tidak pernah berasa sunyi sepanjang di AF. Kali pertama juga dia mempelajari hakikat bahawa kadangkala manusia tidak perlukan TV, radio dan begitu juga telefon mudah alih.

“Kami semua macam adik beradik. Walaupun jadual latihan ketat tapi kami cukup tenang. Sekarang selepas keluar dari AF, saya rasa tidak lagi janggal kalau tidak menonton TV.

Hiburan tiba-tiba jadi macam tak penting lagi buat saya malah kadang-kadang suruh orang tutup TV lagi,” kata Amylea sambil membiarkan wajahnya disolek cantik.

Rasa iri hati terhadap kejayaan Mawi?

“Langsung tak ada. Malah kawan yang lain pun cakap macam tu. Hmm.... padan juga dengan muka Mawi. Yalah, perhatian semua diberikan pada Mawi, jadi kami yang lain dapatlah rileks sikit,” seloroh Amylea.

Ditanya pendapat peribadinya mengenai Mawi, Amylea berkata: “Mawi ni memang budak yang terang hati. Dia cepat faham dan rajin belajar dalam kelas. Tapi dia sebenarnya tak sedar yang mimik muka dan lenggok badannya itu boleh buat orang lain tergelak. Dia memang lawak tapi kadang-kadang boleh jadi serius sangat!” kata Amylea yang kerap diusik Mawi ketika bergambar.

INFO ASMAWI BIN ANI@MAWI


Usia: 24 tahun

Status: Bertunang

Asal: Felda Bahagia,
Kampung Taib Andak,Kulai, Johor

Gelaran: Tsumawi dan Rabmawi

Apa yang anda tidak tahu mengenai Mawi:
1- Kuat tidur! Pantang ada peluang.
2- Suka sangat asam pedas masakan ibu, memang World!
3- Saiz pinggang 32 (jeans) dan saiz kasut 7.
4- Kerja pertama guru fardhu ain dengan gaji sekitar RM300-RM400.
5- Nama panggilan lain - Botak, Awie, Mawik dan Ustaz.
6- Cinta monyet pertama ketika dalam Tingkatan 2!


INFO AMYLEA BTE AZIZAN@AMYLEA


Usia: 19 tahun

Status: Bujang

Asal: Langkawi, Kedah

Gelaran: Amazing Amylea

Apa yang anda tidak tahu mengenai Amylea:
1- Kuat makan!
2- Tak suka membaca, biasanya ibu yang akan baca dan buat kesimpulan untuk Amylea.
3- Saiz pinggang (jeans) 26.
4- Nama panggilan lain - Mel.
5- Kerja pertama ialah sebagai hos radio Langkawi FM.
6- Masih belum ada teman lelaki istimewa.

Mawimania melanda - ribuan peminat berpesta!

Credit to: HIP - BM


Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed




SUASANA meriah di pintu masuk stadium.

Dek penangan Mawi dan tiga lagi finalis AF3, semua tiket menyaksikan konsert berkenaan habis dijual hingga pihak media sendiri terpaksa berkongsi tempat bersama peminat yang merayu untuk turut sama memasuki Stadium Malawati, Shah Alam

IA bukannya final Piala Malaysia atau kejohanan Piala Thomas tetapi pertandingan akhir sebuah pertandingan nyanyian bercorak program realiti. Ribuan peminat datang dengan semangat berkobar-kobar untuk menyokong idola masing-masing dan ramai juga membawa sepanduk serta kain rentang pelbagai rupa.

Semuanya kerana Mawi, Felix, Amylea dan Marsha. Itulah empat finalis akhir yang bertanding dalam Akademi Fantasia 3 (AF3) yang sudah pun berakhir dengan penuh gempak.



ADA saja yang dijual sebelum konsert akhir bermula.

Sekalipun secara perbandingan, konsert kelapan sebenarnya lebih mantap berbanding yang terakhir, ia tetap menjadi satu kenang-kenangan abadi kerana pada hari itulah peminat melihat air mata mengalir mencurah-curah pada wajah telus Asmawi Ani atau nama popularnya Mawi.

Sekalipun di luar stadium suasana jerebu mula melanda Lembah Klang, ia sama sekali tidak pernah melemahkan sokongan ribuan peminat setia jejaka kebanggaan Kulai, Johor itu untuk terus berkampung dan berpesta sejak awal petang. Bukan saja peminat biasa, kelihatan juga kelibat bekas pengacara TV3, Ras Adiba Radzi yang datang berkerusi roda. Duduk tidak jauh dari pentas, Ras Adiba kelihatan sibuk menghantar SMS dan mengundi siapa lagi kalau bukan si botak Mawi! Entah apa agaknya 'ilmu' yang dipakai Mawi sampaikan semua orang mahu menjadi sebahagian daripada dirinya itu.

Namun penyokong Felix, Amylea dan Marsha juga tidak kurang hebatnya dan yang penting, semua datang dan pulang dengan selamat.

Walaupun fenomena AF3 mencetuskan perang SMS dan perang chatting di kaca TV Astro, tidak ada pula yang cedera kerana bergaduh. Jelas masing-masing sudah matang. Seperti biasa sorak yang menggegarkan stadium diberikan kepada Mawi oleh penyokongnya dari Kulai serta ahli kelabnya sendiri. Mereka biasanya duduk di tingkat belakang dalam stadium itu dan bersorak seperti menonton kejohanan bola sepak dan badminton.



KECIL-KECIL pun dah minat Mawi tapi
jangan lupa pergi mengaji tau.

Difahamkan, dek penangan AF3, semua tiket menyaksikan konsert berkenaan habis dijual hingga pihak media sendiri terpaksa berkongsi tempat bersama peminat yang merayu untuk turut sama memasuki stadium terbabit. Namun bagi memenuhi keperluan mereka yang tidak dapat masuk, pihak Astro menyediakan layar besar yang ditempatkan di empat penjuru stadium berkenaan.

Turut kelihatan kain rentang terpanjang sepanjang lebih 30 meter yang tercatat perkataan Over The Top untuk 'Lelaki Melayu Terakhir' itu. Apa yang menarik, ia turut menyenaraikan kesemua lagu nyanyian Mawi sepanjang menyertai AF3.

Dengan karnival sampingan yang dianjurkan di perkarangan stadium, ia menambahkan lagi kemeriahan acara kemuncak itu. Peniaga pula tersenyum lebar kerana AF menjadi medan baru kepada mereka untuk berniaga daripada makanan hinggalah produk pakaian dan cenderahati setiap minggu.

Inilah kesan positif AF kerana ia mampu menjadi ruang untuk menjana peningkatan ekonomi terutama di kalangan peniaga kecil. Namun mereka sedar keuntungan sebegitu hanya datang secara bermusim.

Berbalik kepada peminat, ramai sanggup menunggu sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk mendapat peluang bergambar dengan empat rakan popular itu selepas mereka selesai menjalani rakaman Imbasan AF3 bersama Aznil Nawawi.

Sekalipun fenomena Mawi World! dilihat begitu hebat tetap hakikat sebenar, jumlah peratusan undian yang diterima Astro untuk musim ini kurang berbanding musim lalu. Ini satu kejutan kerana Mawi lebih digilai berbanding Zahid atau Vince.

Pengarah Program Astro, Zainir Aminullah, berkata konsert akhir AF3 menerima jumlah undian SMS sebanyak 1.7 juta manakala jumlah keseluruhan undian AF3 adalah kira-kira 10 juta. Ini berkurangan kalau dibandingkan dengan AF2 kerana jumlah keseluruhan undian AF2 ialah 15 juta.

KALAU dah rezeki
awak, tak kemana...

“Memang penurunan undian ketara antara AF3 dan AF2 kerana faktor Mawi. Sokongan penonton terhadap Mawi begitu kuat sehingga ramai penonton berputus asa untuk terus menghantar undian kepada pelajar lain kerana undian Mawi sentiasa terlalu tinggi.

“Bagaimanapun peratusan penonton untuk Astro meningkat kepada 46 peratus dan sebahagian besar daripadanya menonton AF,” katanya pada sidang media tengah malam selepas konsert final itu selesai.

Zainir berkata, pihaknya tidak menganggap itu satu kerugian kerana undian menjadi perkara kedua. Yang utama, AF memperkuatkan kedudukan Astro di mata pelanggan apabila mencatat peningkatan langganan.

Secara keseluruhan, AF mampu menjadi program tahunan yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan masyarakat dan pada masa yang sama, membuktikan penonton mempunyai kuasa untuk 'mencipta' artis pujaan mereka yang memiliki X Factor. Semoga Mawi dan rakan-rakanya terus bertahan.

Aduh Saliha

Credit to: HIP - BM

Penyanyi: Mawi

Mana rayuanku
Hendak aku sampaikan
Rindu berahiku
Pada kasih yang jauh.......
Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

Mana penggantimu
Hendak aku dakapkan
Dendam asmaraku
Pada cinta yang luruh
Luruh bukan daun dan hujan
Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandarkan percaya
Tak mungkin terpadam cahaya
Cintamu... bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan.....

Aduh
Mahkota terhempas
Barulah ku sedar
Yang ku sangkakan intan
Oh........hanyalah kaca
Sesudah berdarah
Barulah ku sedar
Jiwaku tercalar
Sakitnya bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri menderita seksa
Racun hidupku Saliha
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi
Dalam hidupku Saliha
Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib....
Dalam gelita Saliha


Lagu: M.Nasir
Lirik: Loloq
Penyanyi: Mawi



Lirik Aduh Saliha dicipta jam 3.30 pagi

Komen Loloq

“LIRIK lagu ini memang kena dengan Mawi. Memang sengaja saya buatkan lirik yang masuk dengan aura dan personalitinya.

Sekarang, barulah saya faham kenapa peminat terutama orang Melayu memuja Mawi. Dia memang acceptionally good. Dia buat penonton rasa cukup dekat di hati mereka. Bukan saja dari segi nyanyian tetapi juga penampilan diri.

“Ilham untuk mengarang lagu ini tiba jam 3.30 pagi. Memandangkan Mawi nampak macam budak baik-baik, jadi Saliha adalah nama yang sesuai untuk melambangkan kasihnya terhadap seorang wanita. Lagu ini siap pada jam 6 pagi dan tepat jam 8 pagi, ia sedia dihantar kepada pihak Astro.

“Sham Kamikaze pula membuat susunan muzik mengikut garis panduan daripada M Nasir dan saya sendiri. Untuk seorang yang bukan profesional seperti Mawi, keupayaannya membawakan lagu ini dengan baik amat saya kagumi.

“Apa yang membimbangkan saya ialah pada awalnya, bukan takut dia lupa lirik tetapi mampukah dia membawa lagu itu dengan baik kerana dari segi melodi dan lirik yang agak berat, terutama bahagian terakhir pada lagu itu. Namun Mawi nyata hebat dan berjaya dengan tugasnya pada malam final tempoh hari.”


INFO MENARIK

Pertama kalinya lagu ini diperdengarkan oleh penyanyi asalnya, Asmawi Ani atau Mawi - juara Akademi Fantasia 3 AF3), - ialah di Stadium Tertutup, Melawati Shah Alam Selangor, pada 6 Ogos lalu.

Ia juga lagu pertama yang dicipta M Nasir, Pengetua AF3 bersama Loloq untuk Mawi.

Lagu ini berkonsepkan World Music sesuai dengan genre pilihan Mawi.


10.7 juta SMS AF3

Credit to: HM

Oleh Nor Akmar Samudin

FENOMENA Asmawi Ani atau Mawi, 24 mencetus pelbagai kesan kepada Akademi Fantasia (AF), penonton dan juga jumlah peratusan undian yang diterima Astro untuk musim ini apabila jumlahnya menurun berbanding musim kedua.

Pengarah Program Astro, Zainir Aminullah berkata, konsert akhir AF3 menerima jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) 1.7 juta manakala jumlah keseluruhan undian AF3, 10.7 juta.

Katanya, dari segi perbandingan undian antara AF2 dan AF3, jumlah keseluruhan undian AF3 ialah 10.7 juta dan AF2 pula 15 juta.

“Secara keseluruhan, AF2 mendapat 20 juta SMS termasuk menerusi saluran @15 dan peraduan yang dianjurkan.

“Memang ada penurunan undian yang ketara antara AF3 dan AF2 kerana faktor Mawi. Sokongan penonton terhadap Mawi begitu kuat sehingga jumlah undian untuknya sentiasa jauh ke depan pada setiap minggu.

“Berdasarkan kaji selidik dan maklum balas penonton, mereka berputus asa tidak mahu menghantar undian kepada pelajar lain kerana undian Mawi terlalu tinggi.
“Bagaimanapun peratusan penonton untuk semua program Astro meningkat kepada 46 peratus dan sebahagian besar daripadanya menonton AF.

Harga untuk setiap penghantaran SMS tidak berubah dari tahun lalu termasuk 15 sen harga penghantaran biasa dan 50 sen lagi harga premium,” katanya.

Tambahnya lagi, penurunan undi bukan satu kerugian malah jumlah undian adalah perkara kedua. Pihaknya lebih mementingkan adakah dengan kewujudan program realiti TV seperti AF membuatkan Astro lagi menarik dan memperkuatkan kedudukan Astro di kalangan pelanggan baru.

“Menepati kehendak sasaran, pada tahun lalu Astro berjaya menambah 300,000 pelanggan baru. Fokus utama kami bagi memastikan program Astro mampu menjadi pelaburan untuk mendapatkan lebih pelanggan,” katanya.

Komennya mengenai Anugerah Vokal dan Persembahan Terbaik tidak membawa apa-apa pengaruh cuma untuk menjadikan program itu tambah menarik. Pencarian vokal dan persembahan terbaik juga dibuat menerusi undian SMS kerana selama ini itulah format AF iaitu memberi kuasa 100 peratus kepada penonton.

“Kami tidak mahu menamakan anugerah itu vokal dan persembahan popular sebaliknya memilih ‘terbaik’ demi mengelakkan konflik dengan gelaran juara.

“Ketika mengaplikasikan AF dari program asal, La Academia terbitan TV Azteca, Mexico, kami diberi sedikit kelonggaran dari segi masuk keluar pelajar. Jumlah pelajar hanya cara penentuan pemenang mematuhi format asal,” katanya.Ada juga yang mempersoalkan pengagihan lagu yang seakan tidak adil bila mana naib juara, Felix mendapat lagu yang agar sukar susunan melodinya iaitu Kuda Ku Lari yang berentak rock.

Bagaimanapun juara AF3, Mawi mendapat lagu yang menjadi santapan hariannya berkonsepkan muzik sejagat ciptaan M Nasir berjudul Aduh Saliha.

“Dalam pembahagian lagu tiada pilih kasih dan kami menerima banyak lagu. M Nasir bukan saja pengetua AF3 malah dia adalah komposer. Kami meneliti semua lagu dan berikan kepada pelajar yang sesuai,” katanya.

Selain bertujuan mencari bakat baru dalam bidang seni, Astro juga tidak melupakan tanggungjawab sosialnya apabila Astro dan Maxis masing-masing bersetuju menyumbangkan RM300,000 dan RM100,000 untuk tujuan pembangunan industri hiburan tempatan dan kerja amal.

Kata Zainir lagi, jika dihalusi AF membawa bersama nilai positif dan adab ketimuran seperti yang diinginkan kerajaan. Kerana AF juga sebuah keluarga bersatu menonton program itu bersama-sama.

“AF bukan pertandingan nyanyian semata-mata tetapi pelajar diberi peluang mempelajari pelbagai cabang seni dan dari sini kita gilap bakat mereka yang cenderung menjadi pelakon, pengacara televisyen dan penyampai radio,” katanya.

Sunday, August 14, 2005

Jerebu di hati Mawi

Credit to: BH

Oleh ABIE ABDULLAH dan SHAKILAWATI ABD RAHMAN


SIAPA Asmawi (Mawi) Ani tiga bulan lalu? Namun hari ini, seantero negara melaungkan nama Mawi. Bukan sekadar juara Akademi Fantasia 3 (AF3), malah disebut sebagai idola atau ikon remaja.

Takut, katanya. Bual pertamanya pada sidang media selepas konsert final minggu lalu. Mawi bimbang masyarakat meletakkan harapan terlalu tinggi kepadanya.

“Saya takut,” ulangnya sekali lagi dalam pertemuan khas dengan Metro Ahad, Rabu lalu.

“Namun saya akan cuba bawa sebaik mungkin,” kata Mawi yang masih terkejut dengan sambutan masyarakat terhadapnya.

Dalam menanggung bebanan baru dalam hidupnya, anak kelahiran Felda Taib Andak ini terus menjalankan aktiviti seni sejak seminggu lalu selepas keluar dari AF3 bersama tiga rakannya — Felix, Amylea dan Marsha.

Masih terlalu baru untuk mengerti kerana populariti Mawi sangat drastik. Bukan saja untuk dibandingkan dengan artis baru, malah fenomena yang tercipta dek tsumawi mengalahkan juara AF sebelum ini.

Hari pertama dan kedua, dia bagaikan dalam mimpi. Apakah dia masih di AF3 atau kembali bebas.

Termangu-mangu mencari kebenaran dengan membaca akhbar setiap pagi. Ya, dia bukan lagi bermimpi.

“Kalau mereka tidak merasainya, mereka tidak tahu pengalaman ini. Saya tidak pernah terfikir untuk ada di sini. Siapalah saya! Saya terlalu kecil.

“Ketika Aznil (Nawawi) mengumumkan nama saya sebagai pemenang vokal, pandangan saya mula kabur dan darah menyirap. Takut. Selepas itu diumumkan pemenang persembahan terbaik, saya lagi takut.

“Saya tidak boleh kata apa ketika nama saya sekali lagi diumumkan sebagai juara AF3,” katanya yang mengakui terkejut dengan hidup barunya.

Apabila disentuh mengenai tunangannya, Nur Diana (Ina), Mawi bagai cuba menguatkan diri untuk berbicara soal itu.

Mawi sudah mengagak tunangnya akan dikaitkan dengan kejayaannya. Pun begitu, lelaki berusia 24 tahun ini cukup terbuka dan mengakui ikatan itu.

Malah, apa dipaparkan media mengenai Ina, Mawi anggap itu sebagai rezeki tunangnya.

“Saya tidak boleh anggap itu sebagai negatif sebab akan negatiflah jadinya. Setiap kejadian seharusnya ada nilai positif untuk kita lebih selesa ke depan.

“Sebenarnya ini rezeki kami, rezeki saya selepas bertunang dengan Ina. Sehingga hari ini, saya belum kesempatan bertemunya. Hanya melalui telefon.

“Ina dan maknya banyak menangis, mengenangkan kesusahan yang kami lalui selama ini. Musibah demi musibah hingga hari ini,” katanya.

Perbualan kami tiba-tiba terhenti apabila Mawi terdiam. Mungkin cuba mengumpul kekuatan untuk meneruskan temu bual.

Lama juga menanti dan tidak semena-mena, matanya merah dan air jernih mengalir ke batang hidung mancungnya.

Air jernih itu bagaikan tidak tertahan. Sebak melihat Mawi yang cuba ditenangkan wakil Maestro, Freddie Fernandez dan Aman Ali.

Tengah hari itu Mawi tidak lagi berselindung, meluah segala terbuku di hati sejak bergelar juara.

Tekanan bukan sedikit dihadapi. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mawi cuba berkata-kata, tetapi masih tersekat. Puas dilapnya air mata dengan tisu putih yang dihulur Aman.

“Saya tidak pernah terfikir benda ini semua, tetapi Tuhan mahu tunjukkan. Tuhan Maha Kaya mahu tunjukkan orang yang selama ini dengki dengan saya, dengan keluarga saya. Kami banyak bersabar. Segala musibah yang datang, saya masih sabar.

“Keluarga kena hina, tetapi apa yang saya buat hari ini adalah untuk mereka, untuk mak dan abah.

“Saya dengar cerita, ramai orang datang ke rumah saya di Taib Andak. Sudahlah mak saya sakit, nak basuh baju pun tak sempat. Orang tua, apalah mereka tahu. Saya kasihan mereka,” laju pula dia melepaskan kata-kata selaju air mata yang belum terhenti.

Suasana temu bual itu menjadi sepi. Tiada soalan, tetapi menunggu jawapan daripada Mawi. Freddie dan Aman terus memberi semangat dan perangsang. Menjadi tanggungjawab mereka di Maestro membentuk penghibur.

Tiba-tiba Mawi bersuara lagi. Mengulang semula apa yang dikatakannya.

“Apa-apa musibah, saya sabar melaluinya. Cuma saya takut orang meletakkan harapan terlalu tinggi, tinggi sangat. Walhal saya masih sama, Mawi yang dulu.

“Sekarang orang sanjung saya tetapi kalau silap sedikit, akan buruk dan jatuhkan,” katanya yang masih tidak menahan sebak.

Peminat Yasin dan Waheeda ini ternyata kecewa dengan penerbitan majalah mengenainya. Kecewa kerana segala rahsia diri dan keluarga menjadi bahan jualan. Malah, ada juga cerita tidak betul dijual, sedangkan diri sendiri tidak mendapat apa-apa.

“Mereka buat majalah Mawi, jual RM8 cetak sehingga 80,000 keping. Lepas itu, buat baju Mawi dan jual RM25. Adakah itu harga maruah diri saya?” katanya sambil memekup muka.

Memang nadanya benar-benar kecewa, tetapi ditabahkan hati. Ini baru permulaan untuknya. Tidak sekelumit pun sesalan bertakhta di hati kerana menyertai AF3. Sebaliknya, akademi seni itu mengubah hidupnya dan mengajarnya meniti realiti kehidupan baru yang lebih terjamin.

“Niat saya masuk AF3 adalah untuk membantu keluarga yang selama ini hidup susah.

“Saya temui pelajaran baru di sini. Saya belajar mengenali manusia yang boleh dibuat kawan atau mereka yang suka ambil kesempatan,” katanya.

Bukan mudah untuk anak muda ini berdepan keseorangan dengan realiti industri seni. Mawi memerlukan panduan untuk menuju puncak sebenar.

Kalau Mawi pernah meminta nasihat Siti Nurhaliza bagaimana berdepan sorakan penonton, seharusnya Mawi juga mempelajari sesuatu daripada diva itu bagaimana menangani kerenah industri hiburan sebenar.


Aduh Saliha - Mawi

Mana rayuan ku
Hendak aku sampaikan
Rindu berahiku
Pada kasih yang jauh...
Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

Mana penggantimu
Hendak aku dakapkan
Dendam asmaraku
Pada cinta yang luruh
Luruh bukan daun dan hujan
Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandarkan percaya
Tak mungkin terpadam cahaya
Cintamu... bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan...

Aduh
Mahkota terhempas
Barulah ku sedar
Intan yang ku sangkakan
Oh... hanyalah kaca

Sesudah berdarah
Barulah ku sedar
Jiwaku tercalar
Sakitnya bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri menderita seksa
Racun hidupku Saliha
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi
Dalam hidupku Saliha
Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib...
Dalam gelita Saliha


Lagu: M Nasir
Lirik: Loloq

Galeri Cover Mawi Geng AF3
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Mangga Oktober 2005
Image hosted by Photobucket.com
Mawi Jantung Hatiku
 
 
:: Apa Yang Menarik ::
Image hosted by Photobucket.com

Credit to : EON

Image hosted by Photobucket.com

Credit to: Langit Merah

Image hosted by Photobucket.comMawi..... Yang Tercinta

Aduh Saliha
 

 
 




MAWI AF3:
... TRIBUTE TO
ASMAWI BIN ANI,
KULAI, JOHOR.

Bagi mereka yang sentiasa mencari-cari seseorang yang ada aura inlah dia Asmawi bin Ani. "Dah lama dah orang macam Mawi tak ada (dalam industri hiburan tanah air)" ungkapan Mamat Khalid seorang Pengarah Filem semasa menutup perbualannya di HOLive Astro Ria 14 Ogos 2005.

  • << Home



  •  
     


      Kata Anda




    Kata Mawi

    " World world jugak, akhirat jangan lupa... "
    " Saya percaya kepada rezeki Allah... "
    " BELIA BENCI DADAH "
    "Cuma satu yang saya pinta, ‘jika saya terlupa tolonglah ingatkan saya, jika saya terjatuh tolonglah bangunkan saya, kalau saya tertidur tolonglah kejutkan saya dan kalau saya mati tolonglah kuburkan saya."



    Previous Posts



    Archives



    Links


    AF3


    Bintang AF
    © Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations

    ::NICE::rar::