|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Wednesday, August 17, 2005
MAWI, SITI duet Credit to: HM
Oleh Mohd Ramzi Sanny dan Zalifah Mohd Yatim am@hmetro.com.my JOHOR BAHRU: Teluk Danga, di sini, akan menjadi medan luar biasa malam ini apabila juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi, 24, bergandingan dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Taruddin pada pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-48 dan kempen Kibar Jalur Gemilang. Kedua-dua bintang popular itu yang kali pertama digandingkan akan turut membuat kejutan bagi menghiburkan peminat. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Halimah Sadique, berkata persembahan artis dijangka bermula kira-kira jam 11 malam selepas majlis pelancaran sebelum diikuti dengan pertunjukan bunga api. Beliau berkata, dalam persembahan gilang gemilang itu, Mawi dan Siti akan berduet dalam satu lagu yang bakal memberi kejutan kepada orang ramai. Katanya, ini adalah kali pertama Mawi, anak Kampung Bahagia, Felda Taib Andak, Kulai, menyanyi di negerinya sendiri akan mendendangkan lagu Seroja (penyanyi asal S Effendi) dan dua lagi ciptaan sifunya M Nasir iaitu Ghazal Untuk Rabiah dan Aduh Saliha. Menurutnya, penyanyi sensasi negara, Siti Nurhaliza pula akan mendendangkan lagu, Nirmala, Zapin Merdeka dan Lagu Rindu. “Gandingan dua artis terkenal membuktikan negara ini mempunyai artis yang berkaliber yang mampu memeriahkan majlis gilang gemilang tanpa perlu mengundang artis luar negara. “Ia sekali gus membangkitkan lagi suasana patriotik di samping menghiburkan orang ramai,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Raptai Penuh sambutan pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-48 dan kempen Kibar Jalur Gemilang, di sini semalam. Kedua-dua artis itu termasuk penyanyi lain yang turut diundang membuat persembahan, hadir dalam raptai penuh semalam. Halimah berkata, artis lain yang diundang ialah Ahmad Jais, Aishah, Andre Goh, Vince, Bienda, Rashmonu dan penyanyi Yayasan Warisan Johor, Wahida. “Kami menjangka kira-kira 500,000 pengunjung akan membanjiri majlis gilang-gemilang ini,” katanya. Dalam raptai penuh, semalam lapan kereta berhias berarak dari Bukit Timbalan menuju ke Teluk Danga selain 16 anggota pasukan berkuda, empat kenderaan panji tentera, enam kereta klasik, 148 motosikal, 48 kereta nasional dan 30 kenderaan pacuan empat roda. Sejumlah 100 kapal turut terbabit dalam perarakan dari Jeti Jabatan Laut hingga ke Teluk Danga termasuk 26 kapal berhias dari seluruh negara serta 21 kapal pengiring oleh jabatan dan agensi kerajaan. Manakala, sejumlah 1,480 pembawa Jalur Gemilang dan 1,480 bendera Johor turut mengikuti perarakan kereta berhias dari lapan daerah di negeri ini. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |