|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Wednesday, August 17, 2005
Islamik, Patriotik Credit to: HM - 17/8/2005
Oleh Ellyna Ali elly@hmetro.com.my POPULARITI yang diraih secara tiba-tiba juara Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3), Asmawi Ani, 24, atau Mawi, hingga menimbulkan gelombang ‘tsunami’ atau ‘fenomena world’ di kalangan peminatnya sungguh luar biasa. Malah, belum pernah lagi situasi sedemikian dirasai juara AF1 dan AF2 terdahulu termasuk artis sedia ada yang sudah popular hari ini. Ada apa dengan Mawi? Barangkali, inilah pertanyaan yang masih membelenggu benak segelintir pihak yang masih tidak dapat mencari keistimewaan Mawi. Namun, Mawi yang dianggap hero baru Melayu yang mempunyai gabungan imej Islamik dan sekular ini ternyata memiliki auranya tersendiri. Aura inilah yang membuatkan sebahagian masyarakat menyayangi dan meminatinya. Bagi memberi peluang kepada masyarakat memdekati Mawi dengan lebih dekat dan mendalam lagi, Harian Metro sempat menemubual keluarga, saudara mara, jiran serta sahabat anak muda ini. Ikuti komen mereka: ANI AHMAD, 65 SEKALIPUN sempat menemui Mawi pada konsert akhir AF3 serta di Hotel M Suite, bapa Mawi yang lebih dikenali sebagai Pak Atan di kalangan penduduk kampung mengakui belum puas bertentang mata dan berjumpa dengan anaknya itu. “Malah, saya rasa sedih juga bila diberitahu dia tidak dapat bermalam di sini. Tapi, hendak buat macam mana. Keadaan sudah jadi macam ini. Asal dia dapat balik dan jenguk rumah ini pun cukuplah. “Mawi memang menjadi harapan keluarga pakcik. Sejak kecil lagi, pakcik memang tidak pernah jentik dia. Pakcik tidak buat macam itu sebab pakcik lihat dia tidak begitu nakal. “Pakcik tidak tahu apa istimewanya Mawi. Tapi, sepanjang yang pakcik ingat, Mawi lahir sewaktu Maghrib. Betul-betul sewaktu azan sedang dilaungkan,” katanya. SARIANI@MOHD NOH ISMAIL, 95 DATUK saudara Mawi ini menjaga ibunya, Ramlah Sarlan, sejak dari kecil lagi dan dia juga tidak dapat mengingati Mawi sebagai salah seorang cucunya. Malah, dia juga sama sekali tidak tahu Mawi menyertai AF3 hinggalah berjaya mengukir kejayaan sebagai juara dalam pertandingan realiti itu. Isterinya, Jamilah Ibrahim, 68, memberitahu, anak-anaknya terpaksa menunjukkan keratan akhbar mengenai kejayaan Mawi kepada orang tua itu. “Bila dia dapat tahu perkara sebenar yang berlaku pada Mawi, dia rasa bangga dan sanggup datang ke sini (rumah Mawi) untuk berjumpa dengan cucunya itu sekalipun kurang sihat,” katanya. ZAINAL HASHIM, 42 SEPUPU Mawi di sebelah bapanya yang bertugas sebagai pemandu van mengakui anak muda itu tidak pernah menunjukkan keinginannya menjadi penyanyi. “Apa yang masyarakat di sini tahu dia lebih banyak memasuki pertandingan nasyid, berzanji dan mengaji al-Quran. Bila dia popular dan berjaya seperti sekarang ini, kita rasa bangga dan tumpang gembira. “Walaupun bersepupu dengannya, saya tidaklah berapa rapat dengan Mawi. Apa yang saya tahu dia suka main catur dan dam. Kalau hendak tahu banyak perkara mengenai Mawi, tanyalah sahabat baiknya, Zainuddin. “Kalau Mawi tidak ada di rumah, bapa dia mesti cari Mawi di rumah Zainuddin,” katanya. ZAINUDDIN IBRAHIM, 41 WARIS peneroka di Felda Taib Andak ini mengakui Mawi seorang yang gemar bermain catur dan dam serta selalu berlawan dengannya dalam kedua-dua permainan itu. “Selalunya dia yang kalah. Tapi, dia selalu tidak akan mengalah. Selagi tak menang dia memang tidak akan puas hati. Pernah kami main kedua-dua permainan ini hingga ke Subuh semata-mata kerana mahu menentukan siapa yang kalah dan siapa menang,” katanya. Jelas Zainuddin lagi, Mawi juga seorang pemuda yang mempunyai minat untuk belajar dan hal ini terbukti sewaktu dia mula-mula membawa Mawi menghadiri kursus motivasi. “Dari situlah kami mula bersahabat baik. Sepanjang mengenalinya, dia memang seorang yang istimewa. Jiwa Islam dia sangat kuat. “Dia juga sering minta saya nasihatkannya jika berhadapan dengan apa jua masalah dan dia sering berkongsi cerita dengan saya,” katanya. ZAKIAH ALI, 58 JIRAN yang membela Mawi dari usianya 18 bulan lagi ini memberitahu Mawi seorang yang tidak banyak kerenah sewaktu kecil. “Senang sekali menjaganya. Dia juga tidak mudah bising. Oleh kerana saya tidak mempunyai anak lelaki, kehadiran Mawi di dalam keluarga saya benar-benar satu penyeri. “Dia (Mawi) juga turut menjadi kesayangan kami sekeluarga. Namun, selepas kakak besar, Mawi tidak lagi berada di bawah jagaan saya. Kakaknya pula yang jaga dia. “Namun, sekali-sekala dia datang ke rumah kami. Sebab dia rapat dengan anak saya. Mereka juga bagaikan adik-beradik. Bila sudah besar panjang, dia makin jarang datang. Mungkin juga sebab dia rasa malu. “Bila dah popular, saya rasa terharu sangat. Selalu saya menangis bila tengok dia menyanyi di konsert AF3. Tidak tahu kenapa, tapi mungkin sebab terkenang waktu saya jaga dia masa kecil-kecil dulu,” katanya. ALI MAZAT SALLEH, 35 KETUA Pemuda Felda Taib Andak ini memberitahu Mawi seorang pemuda yang selamba dan mesra kepada semua orang. “Saya tidak berapa rapat dengan dia tapi dia memang rajin mengetuai kumpulan nasyid di kampung ini dulu. “Sebagai Ketua Pemuda Umno di kampung ini sudah tentu saya mahu sangat-sangat kejayaan Mawi ini dijadikan contoh anak muda di sini. “Slogan Belia Benci Dadah yang laungkan Mawi juga satu mesej penting yang perlu diberi perhatian. “Apatah lagi bila Felda ini juga sangat sinonim dengan gejala dan masalah penagihan dadah. “Saya harap pengaruh yang ada pada Mawi dapat membawa satu perubahan positif terhadap pemuda di kampung ini satu hari nanti,” katanya. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |