|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Monday, August 15, 2005
10.7 juta SMS AF3
Credit to: HM
Oleh Nor Akmar Samudin
FENOMENA Asmawi Ani atau Mawi, 24 mencetus pelbagai kesan kepada Akademi Fantasia (AF), penonton dan juga jumlah peratusan undian yang diterima Astro untuk musim ini apabila jumlahnya menurun berbanding musim kedua. Pengarah Program Astro, Zainir Aminullah berkata, konsert akhir AF3 menerima jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) 1.7 juta manakala jumlah keseluruhan undian AF3, 10.7 juta. Katanya, dari segi perbandingan undian antara AF2 dan AF3, jumlah keseluruhan undian AF3 ialah 10.7 juta dan AF2 pula 15 juta. “Secara keseluruhan, AF2 mendapat 20 juta SMS termasuk menerusi saluran @15 dan peraduan yang dianjurkan. “Memang ada penurunan undian yang ketara antara AF3 dan AF2 kerana faktor Mawi. Sokongan penonton terhadap Mawi begitu kuat sehingga jumlah undian untuknya sentiasa jauh ke depan pada setiap minggu. “Berdasarkan kaji selidik dan maklum balas penonton, mereka berputus asa tidak mahu menghantar undian kepada pelajar lain kerana undian Mawi terlalu tinggi. “Bagaimanapun peratusan penonton untuk semua program Astro meningkat kepada 46 peratus dan sebahagian besar daripadanya menonton AF. Harga untuk setiap penghantaran SMS tidak berubah dari tahun lalu termasuk 15 sen harga penghantaran biasa dan 50 sen lagi harga premium,” katanya. Tambahnya lagi, penurunan undi bukan satu kerugian malah jumlah undian adalah perkara kedua. Pihaknya lebih mementingkan adakah dengan kewujudan program realiti TV seperti AF membuatkan Astro lagi menarik dan memperkuatkan kedudukan Astro di kalangan pelanggan baru. “Menepati kehendak sasaran, pada tahun lalu Astro berjaya menambah 300,000 pelanggan baru. Fokus utama kami bagi memastikan program Astro mampu menjadi pelaburan untuk mendapatkan lebih pelanggan,” katanya. Komennya mengenai Anugerah Vokal dan Persembahan Terbaik tidak membawa apa-apa pengaruh cuma untuk menjadikan program itu tambah menarik. Pencarian vokal dan persembahan terbaik juga dibuat menerusi undian SMS kerana selama ini itulah format AF iaitu memberi kuasa 100 peratus kepada penonton. “Kami tidak mahu menamakan anugerah itu vokal dan persembahan popular sebaliknya memilih ‘terbaik’ demi mengelakkan konflik dengan gelaran juara. “Ketika mengaplikasikan AF dari program asal, La Academia terbitan TV Azteca, Mexico, kami diberi sedikit kelonggaran dari segi masuk keluar pelajar. Jumlah pelajar hanya cara penentuan pemenang mematuhi format asal,” katanya.Ada juga yang mempersoalkan pengagihan lagu yang seakan tidak adil bila mana naib juara, Felix mendapat lagu yang agar sukar susunan melodinya iaitu Kuda Ku Lari yang berentak rock. Bagaimanapun juara AF3, Mawi mendapat lagu yang menjadi santapan hariannya berkonsepkan muzik sejagat ciptaan M Nasir berjudul Aduh Saliha. “Dalam pembahagian lagu tiada pilih kasih dan kami menerima banyak lagu. M Nasir bukan saja pengetua AF3 malah dia adalah komposer. Kami meneliti semua lagu dan berikan kepada pelajar yang sesuai,” katanya. Selain bertujuan mencari bakat baru dalam bidang seni, Astro juga tidak melupakan tanggungjawab sosialnya apabila Astro dan Maxis masing-masing bersetuju menyumbangkan RM300,000 dan RM100,000 untuk tujuan pembangunan industri hiburan tempatan dan kerja amal. Kata Zainir lagi, jika dihalusi AF membawa bersama nilai positif dan adab ketimuran seperti yang diinginkan kerajaan. Kerana AF juga sebuah keluarga bersatu menonton program itu bersama-sama. “AF bukan pertandingan nyanyian semata-mata tetapi pelajar diberi peluang mempelajari pelbagai cabang seni dan dari sini kita gilap bakat mereka yang cenderung menjadi pelakon, pengacara televisyen dan penyampai radio,” katanya. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |