|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Monday, August 15, 2005
Mawimania melanda - ribuan peminat berpesta! Credit to: HIP - BM
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed SUASANA meriah di pintu masuk stadium. Dek penangan Mawi dan tiga lagi finalis AF3, semua tiket menyaksikan konsert berkenaan habis dijual hingga pihak media sendiri terpaksa berkongsi tempat bersama peminat yang merayu untuk turut sama memasuki Stadium Malawati, Shah Alam IA bukannya final Piala Malaysia atau kejohanan Piala Thomas tetapi pertandingan akhir sebuah pertandingan nyanyian bercorak program realiti. Ribuan peminat datang dengan semangat berkobar-kobar untuk menyokong idola masing-masing dan ramai juga membawa sepanduk serta kain rentang pelbagai rupa. Semuanya kerana Mawi, Felix, Amylea dan Marsha. Itulah empat finalis akhir yang bertanding dalam Akademi Fantasia 3 (AF3) yang sudah pun berakhir dengan penuh gempak. ADA saja yang dijual sebelum konsert akhir bermula. Sekalipun secara perbandingan, konsert kelapan sebenarnya lebih mantap berbanding yang terakhir, ia tetap menjadi satu kenang-kenangan abadi kerana pada hari itulah peminat melihat air mata mengalir mencurah-curah pada wajah telus Asmawi Ani atau nama popularnya Mawi. Sekalipun di luar stadium suasana jerebu mula melanda Lembah Klang, ia sama sekali tidak pernah melemahkan sokongan ribuan peminat setia jejaka kebanggaan Kulai, Johor itu untuk terus berkampung dan berpesta sejak awal petang. Bukan saja peminat biasa, kelihatan juga kelibat bekas pengacara TV3, Ras Adiba Radzi yang datang berkerusi roda. Duduk tidak jauh dari pentas, Ras Adiba kelihatan sibuk menghantar SMS dan mengundi siapa lagi kalau bukan si botak Mawi! Entah apa agaknya 'ilmu' yang dipakai Mawi sampaikan semua orang mahu menjadi sebahagian daripada dirinya itu. Namun penyokong Felix, Amylea dan Marsha juga tidak kurang hebatnya dan yang penting, semua datang dan pulang dengan selamat. Walaupun fenomena AF3 mencetuskan perang SMS dan perang chatting di kaca TV Astro, tidak ada pula yang cedera kerana bergaduh. Jelas masing-masing sudah matang. Seperti biasa sorak yang menggegarkan stadium diberikan kepada Mawi oleh penyokongnya dari Kulai serta ahli kelabnya sendiri. Mereka biasanya duduk di tingkat belakang dalam stadium itu dan bersorak seperti menonton kejohanan bola sepak dan badminton. KECIL-KECIL pun dah minat Mawi tapi jangan lupa pergi mengaji tau. Difahamkan, dek penangan AF3, semua tiket menyaksikan konsert berkenaan habis dijual hingga pihak media sendiri terpaksa berkongsi tempat bersama peminat yang merayu untuk turut sama memasuki stadium terbabit. Namun bagi memenuhi keperluan mereka yang tidak dapat masuk, pihak Astro menyediakan layar besar yang ditempatkan di empat penjuru stadium berkenaan. Turut kelihatan kain rentang terpanjang sepanjang lebih 30 meter yang tercatat perkataan Over The Top untuk 'Lelaki Melayu Terakhir' itu. Apa yang menarik, ia turut menyenaraikan kesemua lagu nyanyian Mawi sepanjang menyertai AF3. Dengan karnival sampingan yang dianjurkan di perkarangan stadium, ia menambahkan lagi kemeriahan acara kemuncak itu. Peniaga pula tersenyum lebar kerana AF menjadi medan baru kepada mereka untuk berniaga daripada makanan hinggalah produk pakaian dan cenderahati setiap minggu. Inilah kesan positif AF kerana ia mampu menjadi ruang untuk menjana peningkatan ekonomi terutama di kalangan peniaga kecil. Namun mereka sedar keuntungan sebegitu hanya datang secara bermusim. Berbalik kepada peminat, ramai sanggup menunggu sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk mendapat peluang bergambar dengan empat rakan popular itu selepas mereka selesai menjalani rakaman Imbasan AF3 bersama Aznil Nawawi. Sekalipun fenomena Mawi World! dilihat begitu hebat tetap hakikat sebenar, jumlah peratusan undian yang diterima Astro untuk musim ini kurang berbanding musim lalu. Ini satu kejutan kerana Mawi lebih digilai berbanding Zahid atau Vince. Pengarah Program Astro, Zainir Aminullah, berkata konsert akhir AF3 menerima jumlah undian SMS sebanyak 1.7 juta manakala jumlah keseluruhan undian AF3 adalah kira-kira 10 juta. Ini berkurangan kalau dibandingkan dengan AF2 kerana jumlah keseluruhan undian AF2 ialah 15 juta. KALAU dah rezeki awak, tak kemana... “Memang penurunan undian ketara antara AF3 dan AF2 kerana faktor Mawi. Sokongan penonton terhadap Mawi begitu kuat sehingga ramai penonton berputus asa untuk terus menghantar undian kepada pelajar lain kerana undian Mawi sentiasa terlalu tinggi. “Bagaimanapun peratusan penonton untuk Astro meningkat kepada 46 peratus dan sebahagian besar daripadanya menonton AF,” katanya pada sidang media tengah malam selepas konsert final itu selesai. Zainir berkata, pihaknya tidak menganggap itu satu kerugian kerana undian menjadi perkara kedua. Yang utama, AF memperkuatkan kedudukan Astro di mata pelanggan apabila mencatat peningkatan langganan. Secara keseluruhan, AF mampu menjadi program tahunan yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan masyarakat dan pada masa yang sama, membuktikan penonton mempunyai kuasa untuk 'mencipta' artis pujaan mereka yang memiliki X Factor. Semoga Mawi dan rakan-rakanya terus bertahan. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| © Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||