|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Monday, August 15, 2005
Mawi & Amylea saling mengagumi Kedua-dua mereka hanya berkawan dan saling bantu-membantu sewaktu belajar di Akademi Fantasia LEMAS, rimas dan pening jadinya apabila finalis Akademi Fantasia 3 (AF3) bertandang ke Balai Berita, Bangsar minggu lalu. Ya... Mawi dan Amylea akhirnya buat pertama kali, menjejakkan kaki ke Studio Bintang Popular. Lemas dan rimas itu terasa kerana sukar untuk membuat sesi fotografi dan mendapatkan bahan cerita muka depan kali ini kerana terganggu dek ramai peminat di Balai Berita yang sudah awal-awal lagi menghidu kedatangan mereka. Ada saja menyelit untuk bergambar, mengambil tandatangan dan bersalaman. Hai, begitulah adatnya apabila orang baru mendapat lesen bergelar artis popular. Masih segar dan masih hijau, Mawi serta Amylea ibarat baru lepas dari berpantang selepas hampir tiga bulan dikuarantin dalam banglo AF. Sempat ditanya Mawi, adakah kerana terkejut besar dengan kejayaannya, Mawi sampai terlupa mengucapkan terima kasih kepada keluarganya sewaktu di pentas kemenangan pada konsert terakhir 6 Ogos lalu? “Ooo tidak sama sekali. Serius, ketika nama saya diumumkan sebagai juara, lampu pentas jadi terang sangat, penonton pun saya dah tak nampak dan terus jadi blur. Saya tak percaya, betul ke ni? Aku bermimpi ke? Entah apa yang saya cakap pun saya dah tak ingat - silap hari bulan boleh tumbang! Syukurnya saya dalam hati, Allah SWT saja yang tahu,” ujar pemuda berwajah pandang tak jemu ini. Mawi mengakui, ayah dan ibunya adalah insan pertama yang dicari selepas dibebaskan dari AF3 selain terus menghubungi tunangnya, Nor Diana Mohd Naim, 21. “Saya tetap kenang jasa ayah dan ibu. Saya tak pernah lupa asal-usul dan keturunan saya. Keluarga adalah perkara utama dalam hidup saya dan kerana untuk membantu merekalah saya masuk AF3,” kata Mawi. Ditanya pula pandangan peribadinya terhadap rakannya, Amylea Azizan, 19, Mawi berkata: “Amylea ni memang maju orangnya. Dia bijak dan cepat tangkap apa saja pelajaran di akademi. Saya memang hormat gila pada Amylea dan saya tak akan lupa sikapnya yang memang tak kedekut ilmu. Dialah juga yang mengajar saya macam mana hendak menari twist!” kata Mawi lalu terus menunjukkan gerak tari itu. Mawi sememangnya kelakar dan bersahaja! Selain itu, Mawi turut kagum kerana Amylea memiliki semangat juang yang tinggi walaupun tubuhnya kecil molek saja. Melihatkan Amylea pula, gadis petite kelahiran Alor Star, Kedah ini jelas seorang yang ceria, tegas dan profesional. Memang tidak padan dengan usianya itu tetapi mungkin pengalaman serta pendedahan awal ketika bertugas sebagai deejay sambilan di Langkawi dan menyanyi di lounge hotel membuatkan Amylea lekas matang. “Seronok sangat dapat keluar dari AF3 tapi pada masa sama, saya rasa macam tak nak keluar pun ada. Saya rindu sangat dengan semua tenaga pengajar dan kawan-kawan lain. Tak puas lagi berguru dengan cikgu kami itu. Apa yang saya dapat timba di sana boleh diibarat sebesar kuman. Ini kerana seseorang itu perlu sekurang-kurangnya tiga tahun belajar untuk melengkapkan pengajian vokal,” ujarnya yang teringin melanjutkan pelajaran di International College of Music (Icom). Apa yang pasti, Amylea tidak pernah berasa sunyi sepanjang di AF. Kali pertama juga dia mempelajari hakikat bahawa kadangkala manusia tidak perlukan TV, radio dan begitu juga telefon mudah alih. “Kami semua macam adik beradik. Walaupun jadual latihan ketat tapi kami cukup tenang. Sekarang selepas keluar dari AF, saya rasa tidak lagi janggal kalau tidak menonton TV. Hiburan tiba-tiba jadi macam tak penting lagi buat saya malah kadang-kadang suruh orang tutup TV lagi,” kata Amylea sambil membiarkan wajahnya disolek cantik. Rasa iri hati terhadap kejayaan Mawi? “Langsung tak ada. Malah kawan yang lain pun cakap macam tu. Hmm.... padan juga dengan muka Mawi. Yalah, perhatian semua diberikan pada Mawi, jadi kami yang lain dapatlah rileks sikit,” seloroh Amylea. Ditanya pendapat peribadinya mengenai Mawi, Amylea berkata: “Mawi ni memang budak yang terang hati. Dia cepat faham dan rajin belajar dalam kelas. Tapi dia sebenarnya tak sedar yang mimik muka dan lenggok badannya itu boleh buat orang lain tergelak. Dia memang lawak tapi kadang-kadang boleh jadi serius sangat!” kata Amylea yang kerap diusik Mawi ketika bergambar. INFO ASMAWI BIN ANI@MAWI Usia: 24 tahun Status: Bertunang Asal: Felda Bahagia, Kampung Taib Andak,Kulai, Johor Gelaran: Tsumawi dan Rabmawi Apa yang anda tidak tahu mengenai Mawi: 1- Kuat tidur! Pantang ada peluang. 2- Suka sangat asam pedas masakan ibu, memang World! 3- Saiz pinggang 32 (jeans) dan saiz kasut 7. 4- Kerja pertama guru fardhu ain dengan gaji sekitar RM300-RM400. 5- Nama panggilan lain - Botak, Awie, Mawik dan Ustaz. 6- Cinta monyet pertama ketika dalam Tingkatan 2! INFO AMYLEA BTE AZIZAN@AMYLEA Usia: 19 tahun Status: Bujang Asal: Langkawi, Kedah Gelaran: Amazing Amylea Apa yang anda tidak tahu mengenai Amylea: 1- Kuat makan! 2- Tak suka membaca, biasanya ibu yang akan baca dan buat kesimpulan untuk Amylea. 3- Saiz pinggang (jeans) 26. 4- Nama panggilan lain - Mel. 5- Kerja pertama ialah sebagai hos radio Langkawi FM. 6- Masih belum ada teman lelaki istimewa. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |