|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Monday, October 24, 2005
Edisi Nasional: Mawi jual kuih raya Credit to: HM - 24/10/2005 Oleh Norazura Wahid am@hmetro.com.my JOHOR BAHRU: Pengunjung bazar Ramadan di Plaza Angsana, di sini, yang sibuk berbelanja untuk persiapan Aidilfitri, terkejut dengan kemunculan penyanyi popular, Asmawi Ani atau lebih dikenali Mawi di gerai milik keluarganya di bazar itu, kelmarin. Perniagaan yang diusahakan keluarga Mawi tidak menang tangan menerima kunjungan peminat yang tidak mahu ketinggalan mendapatkan kuih istimewa yang dijual di bazar Ramadan di pasar raya itu. Menurut kakaknya, Rashidah Ani, 34, kehadiran Mawi untuk menghargai peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya termasuklah gerai yang dibuka sejak awal Ramadan lalu. “Kami sekeluarga turut terkejut dengan kehadiran Mawi yang tidak dirancang kerana dia ingin melihat sendiri kesetiaan serta sokongan peminat terhadap gerai milik keluarganya itu yang tidak pernah lengang dengan pengunjung,” katanya. Dalam pertemuan singkat kira-kira 45 minit itu, Mawi sempat meluangkan masa beramah mesra bersama peminat sebagai tanda terima kasih di atas sokongan yang diberikan kepada gerai milik keluarganya itu. Sementara itu, Rashidah berkata, pelbagai kuih dijual di gerai berkenaan termasuk kuih raya kegemaran Mawi yang dihasilkan dari kampung kelahiran penyanyi berkenaan. Gerai itu menawarkan pelbagai jenis kuih termasuk Suji Aduh Saliha, Coklat Gajus Mawi, Biskut Badam Mawi dan pelbagai lagi dengan harga berpatutan, selain kad raya Mawi yang habis dijual pada hari itu. “Sejak gerai ini dibuka, kami tidak menang tangan melayan permintaan peminat dan mereka tidak ketinggalan mendapatkan kad raya Mawi yang dikeluarkan secara terhad,” katanya. Rashidah berkata, ada pelanggannya rakyat negara jiran membeli secara borong untuk persiapan hari raya ini. Menurut seorang pembeli, Melissa Masor, 28, sebelum ini dia tidak menyangka gerai yang penuh dengan poster dan menggunakan nama penyanyi berkenaan itu adalah milik Mawi kerana banyak peniaga menggunakan taktik berkenaan untuk melariskan jualan. “Saya terharu kerana Mawi sendiri turun padang untuk menghargai peminatnya,” katanya yang apabila melihat Mawi melayan peminat di gerai berkenaan. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |