|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Friday, October 21, 2005
Mawi balas ucapan Aidilfitri secara online Credit to: BH 21/10/2005
Oleh Zainuri Misfar TERBARU: Mawi berjanji membalas sebanyak mungkin ucapan SMS daripada peminat. Peminat Mawi yang tidak sempat mengirimkan kad raya kepadanya boleh menghantar SMS SEKIRANYA bernasib baik, mereka yang menghantar pesanan SMS paling kreatif berpeluang memenangi pakej melancong ke Syria selama enam hari. Mawi akan menjawab terus SMS sekiranya ada masa yang terluang. Sebaliknya, setiap pesanan SMS kepada Mawi akan dibalas dengan ucapan pantun yang sudah diatur menerusi komputer. Sebanyak 30 pantun disediakan yang semuanya dipilih Mawi. Bakat baru yang diangkat dari Akademi Fantasia 3 (AF3) kini mengumpulkan 40,000 peminat. Menurut Mawi, setakat ini dia sudah menerima lebih 700 kad raya yang dihantar ke rumah keluarga di kampungnya di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. “Jumlah kad raya itu tidak termasuk yang dihantar ke Maestro. Untuk SMS secara online ni, saya akan jawab mengikut cara saya. Sebenarnya tidak perlulah formal sangat. Boleh secara kawan-kawan atau bergurau. “Ini bergantung kepada siapa dan cara mereka hantar SMS ini,” kata Mawi pada majlis pelancaran khas menjawab SMS live menerusi talian istimewa (online) di Hotel Istana, baru-baru ini. Portal SMS khas untuk peminat Mawi itu dibangunkan oleh Airocom Technology Berhad dengan kerjasama Kelab Sahabat Mawi Malaysia (Mawi FC). Pesanan SMS paling kreatif pula akan menerima hadiah istimewa iaitu pakej pelancongan bernilai RM40,000 sumbangan Pearl of the Orient Travel & Tours (POTO). CUBA: Mawi membalas ucapan peminat sambil diperhatikan Mohd Fauzi. Menurut Mawi, menerusi SMS seperti itu, dia mampu membaca dan membalas setiap pesanan yang dikirimkan kepadanya sebanyak yang boleh berbanding kad raya. “Di kampung saja saya ada menerima 500 hingga 600 kad ucapan. Ini tidak termasuk yang dihantar ke Maestro. Saya cuba membaca semuanya. Tapi memang tidak mampu nak balas semuanya. Terlalu banyak...,” katanya. Naib Presiden Sokongan Bisnes Airocom Technology, Mohd Fauzi Jamaudin, berkata pihaknya memberi kata laluan kepada Mawi untuk membolehkan anak muda itu membalas SMS daripada peminatnya pada bila-bila masa saja. “Mawi sendiri akan memilih SMS paling kreatif dan seterusnya layak menang hadiah utama itu. SMS ini akan dibuka sehingga 30 November depan,” katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif POTO, Ab Rahman Mohd Ali, berkata selain Syria, pihaknya menyediakan hadiah berbentuk pakej melancong ke Beijing, Bangkok, Bali, Vietnam, Phuket, Jakarta dan Hong Kong. “Kami bercadang hendak membawa Mawi ke Syria kerana di situlah tempat kelahiran banyak Nabi kita. Dengan membawa Mawi ke sana, kita mungkin dapat membantu dia mengurangkan tekanan yang dihadapi sekarang,” katanya. Dalam pada itu, Presiden Penaja Mawi FC, Mohd Izam Musa, berkata usaha memperkenalkan portal SMS ini bagi memudahkan peminat dan penyanyi ini berinteraksi. “Sebahagian daripada kutipan SMS ini kita salurkan kepada pertubuhan kebajikan,” katanya. Turut hadir Naib Presiden Pembangunan Sistem & Teknologi, Airocom Technology Berhad, Hamzah Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Maestro, Freddie Fernandes. Berminat? Untuk menghantar ucapan hari raya kepada Mawi menerusi SMS, peminatnya perlu menjadi ahli terlebih dulu dengan taip MAWI<>DAFTAR<>Kad Pengenalan<>Nama Penuh dan hantar pada nombor 32456. Peminat perlu memberikan nama penuh dan nombor kad pengenalan kerana penganjur turut menyediakan hadiah menarik, dengan hadiah utamanya melancong bersama Mawi ke Syria. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |