|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Tuesday, October 18, 2005
Mawi laris jadi duta produk Credit to: UM - 18/10/2005 Oleh: ABD. AZIZ ITAR DARI kiri: Simon Wong, Richard Yeow, Mawi dan Freddie Fernandez pada majlis menandatangani kontrak Mawi sebagai duta Canon di Kuala Lumpur baru-baru ini. -------------------------------------------------------------------------------- ASMAWI Ani atau Mawi menjadi tumpuan masyarakat dan buruan para peminat fanatiknya selepas muncul juara Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 6 Ogos lalu. Setelah dua bulan bergelar juara AF3, kehangatan populariti yang diraih anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini nampaknya belum juga reda. Sebaliknya, Mawi terus menjadi buruan para peminatnya termasuk pelbagai syarikat yang berminat mahu menjadikannya sebagai duta produk keluaran mereka. Sabtu lalu, Mawi buat pertama kalinya menerima tawaran sebagai duta bagi produk video dan kamera digital MVX 1Si keluaran Canon Marketing (M) Sdn. Bhd. Menurut Mawi, itu adalah kali pertama dia dilantik sebagai duta bagi sebuah produk dan sekali gus menjadi model produk tersebut. "Selain dipilih menjadi duta Canon, saya juga akan mempromosikan produk mereka dalam aktiviti-aktiviti seni yang akan saya adakan nanti. "Selain Canon, ada banyak lagi syarikat lain yang sudahpun menawarkan kepada saya menjadi duta produk mereka,'' katanya sewaktu ditemui selepas menandatangi kontrak selama setahun dengan syarikat pengeluar video, kamera digital dan barangan elektronik tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Canon Marketing (M) Sdn. Bhd., Richard Yeow dan Pengurus Kanan Pemasarannya, Simon Wong. Artis syarikat rakaman Maestro Records ini memang laris dan menjadi buruan banyak syarikat yang mahu menjadikannya sebagai duta mereka. Ketua Pegawai Operasi Maestro Records, Freddie Fernandez berkata, sehingga hujung tahun ini sahaja Mawi sudahpun menerima enam tawaran sebagai duta pelbagai produk. "Setakat ini, Mawi sudahpun bersetuju untuk menjadi duta bagi enam lagi produk daripada pelbagai jenis. Antaranya, produk barangan kosmetik, makanan dan kereta. "Kami (Maestro Records) akan umumkan perlantikan Mawi sebagai duta bagi semua produk itu satu demi satu. "Bagaimanapun, kami akan berbincang terlebih dulu dengan Mawi sebelum dia menerima sesuatu tawaran,'' ujar Freddie. Dalam pada itu, kesibukan Mawi sebagai duta produk tidak menghalangnya untuk terus aktif dalam bidang nyanyian yang telah menjulang namanya itu. Kata Mawi, dalam hal itu dia menyerahkan kepada pihak Maestro Records untuk menguruskan segala jadual harian sebagai penyanyi. "Saya tidak ada masalah kerana semua jadual harian saya sudahpun dirancang oleh Maestro Records. Saya memang sibuk setiap hari. "Kesibukan menyanyi dan menjadi duta produk menyebabkan saya terpaksa menolak tawaran berlakon daripada Tayangan Unggul Sdn. Bhd. "Walau bagaimanapun, saya memang minat berlakon. Insya-Allah, tahun depan kalau masa mengizinkan saya mahu berlakon filem,'' jelas Mawi. Populariti yang diraih oleh Mawi menyebabkan jejaka berusia 24 tahun ini sering menjadi asakan para peminat walau di mana juga dia berada. Namun Mawi menafikan dia terpaksa menggunakan khidmat beberapa pengawal peribadi bagi menangani masalah tersebut. "Saya tidak ada bodyguard. Kalau adapun bodyguard, ia bukannya secara tetap tetapi untuk majlis dan persembahan tertentu sahaja. "Semua itu untuk tujuan keselamatan. Adakalanya pihak penganjur yang menyediakan bodyguard untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,'' katanya. Kata Mawi, selain bermarhaban, dia juga telah dijemput untuk berqasidah pada satu majlis yang akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 21 Oktober ini. "Saya akan berqasidah sebelum majlis berbuka puasa di sana (Masjid Wilayah Persekutuan). Majlis itu anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia,'' ujar Mawi. Bercakap tentang album pula, kata Mawi album solonya yang berjudul Aduh Saliha dijangka akan berada di pasaran pada 25 Oktober ini. Lapan buah lagu termasuk Aduh Saliha dimuatkan dalam album yang menampilkan beberapa komposer terkenal dengan pelbagai rentak lagu. "Semua lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah lagu-lagu baru. Pelbagai konsep lagu diselitkan dalam album ini antaranya pop, ago go dan world music. "Kebanyakkan lagu berkisar tentang ketuhanan. Antara komposer yang terbabit menjayakan album ini ialah Fauzi Marzuki, Yasin dan Ajai,'' kata Mawi lagi. Antara lagu yang dimuatkan menerusi album Aduh Saliha berjudul Cinta Hakiki, Kurnia Tuhan, Berbalas-balas, Kian, Lagu Jiwa Lagu Cinta dan Di Pintu Mu. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |