|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Friday, October 21, 2005
MAWI terima ribuan SMS RAYA Credit to: HM 21/10/2005
Oleh Yooga Rani Murugiah SUDAH menjadi tradisi acap kali kedatangan Aidilfitri, artis tanah air menjadi orang pertama dihujani pelbagai ucapan salam raya. Kalau dulu, layanan kad raya menjadi ucapan pengganti diri, kini dengan transformasi dan peredaran zaman teknologi, kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) lebih popular dan memudahkan. Bagi juara Akademi Fantasia musim ke-3, Asmawi Ani atau Mawi sendiri yang kini begitu popular turut tidak terlepas diburu peminat kesayangannya. Menariknya, sambutan lebaran buat Mawi kali ini meriah dan bermakna kerana peminat bukan saja menghantar rasa kasih sayang kepada idola seni mereka menerusi kad raya malah penyanyi lelaki kegilaan ramai itu turut menerima ribuan SMS. Sebagai anak seni baru, inilah kali pertama Mawi menerima begitu banyak ucapan SMS raya daripada peminat seluruh tanah air menerusi online Ucapan Selamat Hari Raya Mawi yang bermula 14 Oktober hingga 30 November depan. “Sememangnya saya terharu dan rasa bertuah kerana selepas melihat satu persatu ucapan mesra raya diiringi pantun berbalas memberi kesedaran kepada saya betapa banyak peminat menyayangi dan teruja dengan saya. “Walaupun tahun ini khususnya pada Ramadan al-Mubarak ini, saya terus diburu kesibukan memenuhi undangan qasidah dan marhaban sehingga tiada masa untuk diri saya sendiri, saya masih membalas ucapan raya mereka,” katanya ketika melancarkan SMS Raya Online anjuran Kelab Sahabat Mawi Malaysia (MAWIFC). SMS Raya Online ini diwujudkan dengan kerjasama syarikat yang menyediakan perisian dan perkhidmatan SMS, Airocom Technology Berhad dan agensi pelancongan Pearl of The Orient Sdn Bhd bagi membolehkan peminat Mawi menghantar ucapan raya. Mawi yang memperuntukkan masa sehari saja pada 18 Oktober lalu untuk membalas SMS peminat secara online, berkata purata dalam sehari dia menerima kira-kira 700 SMS dan jumlah itu kian bertambah dari hari ke hari. Menurutnya, selain SMS secara online, Mawi juga menerima lebih 500 kad raya yang dihantar ke kampung halamannya di Felda Taib Andak, Kulai dan jumlah itu tidak termasuk kad yang diterima pihak Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro). Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez berkata, memandangkan ucapan SMS raya online meningkat begitu mendadak dan dengan kesibukan Mawi menghadiri aktiviti, bintang AF3 itu cuma mampu membalas apa yang terdaya saja. Katanya, bagi SMS yang tidak dapat dibalas oleh Mawi sendiri, sistem secara automatik akan membalas ucapan peminat bagi pihak Mawi dengan pantun raya. Untuk tujuan itu, Mawi sendiri sudah memilih 30 pantun bersesuaian ucapan raya. Freddie berkata, peminat boleh menghantar seberapa banyak ucapan SMS yang dimahukan dan bagi SMS menarik dan paling kreatif dipilih Mawi akan berpeluang melancong ke Syria bersama penyanyi kesayangan mereka pada Aidilfitri, tahun depan. Menurut program yang bertujuan mengumpul dana bagi aktiviti ahli selain menyumbang kepada rumah kebajikan, sembilan pemenang yang terpilih menghantar SMS paling banyak juga berpeluang memenangi pakej pelancongan antaranya ke Beijing, Jakarta, Vietnam, Hong Kong, Bali dan Bangkok. Peminat perlu mendaftar untuk mengikuti program ini sebelum menghantar ucapan SMS raya kepada Mawi. Mereka cuma perlu menekan nama Mawi daftar_nombor kad pengenalan_nama peminat dan hantar ke nombor 32456. Jelas Freddie, kos untuk mendaftar RM2.50 dan sebanyak RM1 dikenakan untuk penghantaran ucapan SMS. Kesemua hasil akan dikongsi bersama Airocom dan sebahagian lagi disumbangkan ke Rumah Anak-Anak Cacat Batang Kali Hulu Selangor. Dalam perkembangan terbaru album solonya, Mawi sudah pun merakamkan suara bagi lapan lagu setakat ini. Lima daripada lagu itu adalah ciptaan M Nasir termasuk Aduh Saliha, Perempuan, Lagu Jiwa Lagu Cinta dan Di Pintumu. Apa yang menarik Lagu Jiwa Lagu Cinta yang berkonsep a go go turut menggandingkan Mawi secara duet bersama M Nasir sendiri. Lagu lain yang sudah dihasilkan setakat ini ialah Cinta Hakiki dan Kurniaan Tuhan daripada Yasin dan Kian (Fauzi Marzuki). |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |