|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Monday, October 17, 2005
Giliran Perempuan pula Credit to: MA - 16/10/2005
SECARA purata, penjualan cakera padat (CD) dan kaset album tempatan dicatat pada kadar 10 peratus hingga 25 peratus. Ramai berpendapat situasi ini berlaku kerana jurang perbezaan harga yang tinggi di antara kaset dan CD. Bagaimanapun, Maestro Records bersama Zezz Entertainment mengorak langkah berani dalam meletakkan harga CD pada tahap murah, RM21 dan kaset RM16.80. Pengarah Urusan Zezz Entertainment, Mohd Firhad Amat, berkata pengorbanan dan percaturan berisiko tinggi ini ternyata membawa hasil apabila penjualan CD album Best Of Mawi World mencecah 100,000 unit berbanding kaset, 70,000 unit. “Ini menandakan tahap penjualan CD meningkat ke tahap 60 peratus berbanding kaset 40 peratus. Ini fenomena baru cetusan produk yang di kehendaki penggemar muzik yang ditawarkan pada tahap harga murah. “Keseluruhan penjualan 170,000 unit ini menjadikan album Best Of Mawi World sebagai album ketiga paling laris dalam sejarah industri muzik tempatan untuk kategori artis lelaki solo tempatan. “Tempat kedua dipegang M Nasir melalui album Canggung Mendonan iaitu 185,000 unit, dan tempat pertama masih kekal disandang Awie dengan album Tragedi Oktober yang mencapai tahap tertinggi 220,000 unit,” kata Firhad. Kerancakan penjualan dan permintaan peminat memberi inisiatif kepada dua syarikat ini untuk menerbitkan album demi album bekas graduan Akademi Fantasia 3 (AF3). Jumaat ini pula bakal menyaksikan album solo Mawi pertama, Aduh Saliha di pasaran yang mengandungi lapan lagu hasil karya M Nasir, Fauzi Marzuki, Ajai dan Yasin. Menerusi lagu Cinta Hakiki, Yasin meneruskan usaha memperkenalkan elemen Arab dengan arus perdana pop Melayu melalui penyampaian Mawi yang menyayat hati pendengar. Ajai pula menambah elemen muzik sejagat melalui Kurniaan Tuhan. “Fauzi menampilkan dua lagu, iaitu Berbalas-balas dan Kian. Elemen joget diterapkan bersama irama pop untuk Berbalas-balas, manakala Kian mengimbau kembali kehebatan dan kesyahduan lagu evergreen Fauzi sebelum ini, iaitu Kekasih Awal Dan Akhir. “Penyampaian Mawi untuk kedua-dua lagu ini membuktikan beliau penyanyi ‘versatile’ yang bakal mewarnai dunia muzik tempatan dan bukan sekadar bertahan untuk satu atau dua album,” katanya. Firhad berkata, selain single pertama Aduh Saliha, M Nasir menyumbang tiga lagi lagu — Perempuan, Lagu Jiwa Lagu Cinta dan Di Pintumu. Konsep elemen Arab dan pop tradisional Melayu diketengahkan di dalam Perempuan dan balada untuk Di Pintumu. Manakala Lagu Jiwa Lagu Cinta pula membawa konsep pop a-go-go. Lagu Aduh Saliha menduduki tangga teratas di setiap carta seluruh tanah air dan meneruskan fenomena Mawi di corong radio. Yang memberangsangkan ialah keupayaan lagu itu menduduki carta nombor satu Muzik Muzik TV3 pada minggu pertama dicalonkan 5 Oktober lalu. Dalam pada itu, Firhad memberitahu, album Salam Raya — Akademi Fantasia 3 yang memuatkan 14 lagu hari raya juga mendapat sambutan baik. Tempahan hari pertama mencecah 18,000 unit (10,000 kaset dan 8,000 CD). “Ternyata Mawi membuktikan keupayaan beliau dalam mewarnai industri muzik tempatan dengan bakat dan potensi sebagai penyanyi, penghibur dan ikon untuk penggemar seni suara. “Kejayaan album Mawi menjadi pemangkin untuk menghidupkan kembali industri muzik untuk diberi perhatian kembali oleh penggemar seni suara,” katanya. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |