|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Friday, October 14, 2005
Seri Paduka undang Mawi berbuka Credit to: HM
Oleh Ellyna Ali elly@hmetro.com.my MELALUI pelbagai aktiviti serta kegiatan seni yang masih berterusan sepanjang Ramadan ini, memanglah agak mustahil bagi juara Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, 24, untuk berehat secukupnya. Apakan tidak, selain sibuk menjayakan pembikinan album solonya, dia juga turut terbabit dengan penggambaran iklan, rakaman program raya untuk Astro serta sesi fotografi raya bersama pihak media. Pada masa sama, dia juga perlu memenuhi undangan majlis berbuka puasa dan membuat persembahan. Itu tidak dicampur lagi dengan aktiviti bertadarus serta marhaban. Umpamanya, pada 20 Oktober ini, Mawi terbabit dengan aktiviti qasidah di Masjid Jamek Al-Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang dan pada hari berikutnya dia diundang pula untuk berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Usah ditanya dari mana anak peneroka Felda Taib Andak ini memperolehi kudrat serta keupayaan untuk melakukan semua kegiatan seni itu tanpa henti-henti. Mawi juga tidak punya jawapannya. Namun, anak muda yang digilai ramai ini mengakui dia terpaksa mengambil vitamin untuk mengekalkan tahap kesihatan yang berpanjangan. Selain itu, pihak pengurusannya, Maestro Talent, turut memastikan dia turut mendapat tidur secukupnya selama tujuh jam sehari bagi memastikan artis naungan mereka itu tidak sakit. Ada ketika terbit rasa simpati terhadap anak muda ini apabila melihat wajahnya yang sering kepenatan serta tidak bermaya setiap kali menyudahkan sesuatu persembahan. Namun, itulah harga yang terpaksa dibayar Mawi sesudah popular sebagai juara AF3 dan selepas mengharungi perjalanan sebagai anak seni dalam tempoh cukup singkat iaitu hanya tiga bulan saja. Bagi Mawi sendiri, dia menganggap segala apa yang diterimanya itu satu cabaran serta dugaan buat dirinya. “Sebenarnya, apa yang saya terima ini hanyalah satu dugaan yang kecil. Namun, saya akui bukan senang untuk memuaskan hati orang. “Itu satu cabaran utama sebagai anak seni. Menerima kritikan juga satu cabaran kerana ada kalanya ia tidak begitu memihak kepada kita. “Malah, pujian juga bagi saya ada cabarannya terutama pujian yang terlalu melambung tinggi. “Silap-silap ia boleh memudaratkan diri sendiri apabila sifat riak sudah mulai menguasai jiwa dan pemikiran,” katanya yang ditemui di majlis Berbuka Puasa Bersama Mawi Hotlink di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur, malam semalam. Di sebaliknya, Mawi mengakui berasa rindu dengan suasana dulu sewaktu belum bergelar artis kerana mampu melakukan ibadat sunat sepanjang Ramadan. “Namun, dalam keadaan sekarang pun, saya masih lagi boleh seimbangkan di antara ibadat dan kegiatan seni. “Cuma tidak perlulah tanya sama ada saya buat sembahyang Tarawih atau tidak. Biarlah itu menjadi urusan di antara saya dan Tuhan,” katanya. Menceritakan mengenai perancangan rayanya, Mawi berkata, dia akan mula bercuti pada 27 Oktober ini dan pulang ke kampung untuk bersama-sama dengan kedua-dua ibu bapanya. Dia diberikan cuti 10 hari menghabiskan masa di kampung halamannya, namun tempoh itu mungkin terpaksa dikurangkan kerana dia perlu menyambung semula kegiatan seninya yang lain. Namun, dia mengakui agak gentar untuk memikirkan sambutan yang bakal diberikan peminat menjelang raya nanti. “Memang saya sudah fikir pasti ada orang yang akan bertumpu di rumah saya nanti. “Saya pun tidak tahu hendak buat macam mana untuk menangani keadaan serta situasi seperti itu nanti. Pening kepala saya apabila memikirkan hal ini. “Mungkin caranya ialah dengan membuat rumah terbuka pada hari raya ketiga. Lokasi yang sesuai untuk mengadakan rumah terbuka ini ialah di Dewan Felda Taib Andak atau di padang awam,” katanya. Dalam Majlis Berbuka Bersama Mawi Hotlink, Mawi membawakan tiga lagu iaitu Pergi Takkan Kembali, Intifada dan Nourel Ein. Bersama lagu Pergi Takkan Kembali dan Intifada, Mawi mengundang kumpulan nasyid Brothers untuk menyanyi bersamanya. Malah, Mawi turut membuktikan dia mampu membawakan lagu Brothers dengan baik apabila mendendangkan lagu Teman Sejati secara spontan dengan iringan vokal harmoni kumpulan nasyid itu sendiri. Manakala menerusi lagu Nourel Ein pula Mawi mengundang tiga adik kecil mengiringinya bersama. Brothers yang menjadi pembuka tirai majlis itu turut membawakan tiga lagu iaitu Nur Iman serta Ahlan Ya Ramadan dan Gema Mubarak yang dipetik dari album mini mereka. Dalam majlis itu, Mawi bersama Penasihat Maxis, Datuk Ahmad Talib dan Ketua Pemasaran Pra Bayar, Chee Loo Fun, turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 42 anak yatim. Semua anak yatim ini dihimpunkan dari Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr Ismail, Asrama Darul Falah Perkim (ASDAF), Rumah Asrama Damai dan Pertubuhan Anak Yatim Islam Daerah Sabak Bernam. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |