|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Wednesday, October 05, 2005
Roti Sardin selera berbuka Credit to: HM
Oleh Ellyna Ali KEDATANGAN Ramadan bagi juara Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, 24, tahun ini pasti sedikit berbeza dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Masakan tidak, inilah kali pertama anak kepada peneroka Felda Taib Andak, Kulai Johor ini menyambut Ramadan sebagai anak seni. Namun, jika ditanyakan kepada Mawi sendiri, tiada apa yang berbeza dengan Ramadan yang dilaluinya dulu dan sekarang. “Serius, saya memang tidak rasakan apa-apa. Kecuali terikat dengan pelbagai aktiviti seni sepanjang bulan ini,” jawabnya. Jejaka yang menjadi fenomena hampir seluruh masyarakat Malaysia ini juga tidak janggal berjauhan dengan keluarga untuk menyambut Ramadan di perantauan. “Ini bukan kali pertama saya menyambut Ramadan tanpa keluarga. Sebelum ini pun saya sudah biasa melalui keadaan ini. “Pun begitu, saya memang ingin sekali kerap pulang ke kampung sepanjang bulan mulia ini untuk berbuka puasa bersama kedua ibu bapa. “Tengoklah macam mana, jika ada masa terluang saya cuba curi masa pulang berjumpa mereka nanti,” katanya. Mawi juga berkata kalau boleh dia ingin sekali berbuka puasa pada hari pertama Ramadan bersama kedua ibu bapanya. Sayangnya, dia tidak berpeluang berbuat demikian kerana terikat dengan program raya terbitan Astro Ria di Langkawi, Kedah. “Namun, saya tidak berseorangan di sini. Sebaliknya, turut disertai semua rakan AF3 yang lain. Program raya ini memang membabitkan penyertaan kami semua,” katanya. Ditanya sama ada dia akan meluangkan masa bertemu tunangnya, Ina dan bakal keluarga mentuanya, Mawi secara ringkas memberitahu: “Saya masih belum memikirkan mengenai perkara itu lagi.” Di kesempatan ini, Harian Metro cuba mengorek pandangan serta pengertiannya terhadap Ramadan, apa yang sering dilakukannya pada bulan mulia ini dan kenangan menyambut puasa. PENGERTIAN RAMADAN BAGI saya Ramadan adalah bulan yang sangat mulia kerana ia dapat menahan segala nafsu dan perbuatan kita untuk berpuasa. Bulan ini juga turut menguji tahap keimanan dan kesabaran kita dalam menghadapi apa juga ujian, cabaran dan dugaan yang didatangkan Allah kepada kita. Ramadan juga turut memberikan banyak pahala menerusi amal ibadat yang dilakukan umat Islam. Kita seharusnya tidak sahaja menghayati Ramadan semata-mata tetapi mengamalkan ibadatnya. PERKARA SERING DILAKUKAN DULU, sewaktu di Felda, memang saya mengikuti sembahyang Tarawih serta bertadarus di masjid. Tahun ini, mungkin agak sukar berbuat demikian di masjid yang sama. Namun, kegiatan seni yang harus saya lalui sepanjang Ramadan ini turut membabitkan sembahyang Tarawih serta marhaban. Setidak-tidaknya, amalan ini masih tetap berterusan sekalipun saya sudah bergelar anak seni sekarang ini. Sebagaimana orang lain, saya juga punya juadah kegemaran saya sendiri iaitu roti sardin. Sardin memang kegemaran saya dan lebih enak jika roti sardin dapat dinikmati bersama air soya. KENANGAN PUASA SEMUA orang pernah ponteng puasa. Hal itu juga tidak terkecuali sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Apabila mandi saya turut minum sama air paip. Ibu bapa saya memang tidak tahu perkara ini. Jika mereka tahu pasti mereka marah. Setiap kali mengenangkan perkara ini, saya pasti tertawa sendiri dan ia juga selalu mengingatkan saya supaya untuk terus berpuasa penuh setiap tahun. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |