|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Monday, September 12, 2005
MAWI ANUGERAH ILAHI-Datuk Abu Hassan Din Credit to: MawiFC.Com
Ulama terkemuka, Datuk Haji Abu Hassan Din Al Hafiz menyifatkan kemunculan MAwi, bintang AF sebagai satu anugerah dari Allah SWT kepada Ummah yang kepingin hiburan dari personaliti yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Menurutnya, sejak kebelakangan ini masyarakat sering memandang serong dan mengaitkan golongan artis dengan gejala yang kurang sihat, justeru itu, kemunculan Mawi sedikit sebayak mengubah tanggapan negatif tersebut. "Latar belakang agamanya yang kuat dan imej sederhana yang dibawanya boleh dijadikan contoh terbaik bukan sahaja kepada artis-artis remaja bahkan kepada golongan belia di negara ini," kata Abu Hassan kepada Warta Perdana. Beliau yang juga Pegawai Agama Istana Negara menambah, MAwi yang berlatarbelakangkan agama pernah menjuarai tilawah Al-Quran, guru Quran dan mendapat tawaran menjadi bilal muda MAsjid NEgeri Johor BAhru boleh mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia hiburan tanah air. "MAwi boleh memainkan pernan memperbetulkan keadaan belia kita yang terbabit dengan najis dadah dan slogannya 'Belia Benci Dadah' hendaklah dilaungkan selalu bagi mengingatkan belia akan bahaya dadah itu. Inilah masanya bagi MAwi mengajak semua golongan belia kembali ke pangkal jalan setelah mereka kian hanyut dengan kesenangan dan kesenorokan yang bersifat sementara", ujarnya. Dalam pada itu Abu HAssan juga berharap Mawi dapat mengekalkan identitinya dan imejnya yang sederhana agar masyarakat terus menyanjung tinggi penampilannya. "Saya melihat MAwi sebagai seorang artis yang mempunyai unsur-unsur positif dan amat merendah diri kerana setiap kali membuat persembahan dia awal-awal lagi telah berpesan kepada para peminatnya agara tidak terlalu taksub memujanya kerana dia juga seorang manusia biasa yang ada banyak kelemahan dan tidak ada kelebihan pada dirinya. Harapan saya agar Mawi juga terus kekalkan sikap merendah diri dan jangan mudah tergoda dengan glamor serta pujian peminat kerana dikhuatiri boleh menghancurkan bakat dan anugerah yang Allah berikan kepadanya," kata Abu Hassan lagi. Sementara itu beliau juga melahirkan hasratnya untuk berjumpa empat mata dengan Mawi untuk memberi kata-kata semangat dan nasihat padanya agar dapat dijadikan pedoman dalam menghadapi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Oleh Zuraidah Abdul Halim - Mingguan Perdana |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |