|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Thursday, September 08, 2005
Pelancaran MAWIFC Credit to: UM - 8 Sept 2005
Oleh KHADIJAH IBRAHIM Biarpun keletihan, Mawi tetap meluangkan masa memenuhi jemputan peminatnya menghadiri majlis Malam Seribu Kenangan. Majlis yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini, dianjurkan oleh ahli Kelab Sahabat Mawi Malaysia (MAWIFC) sempena pelancaran kelab tersebut serta website mawifc (www.mawifc.net). Dihadiri 1,200 peminatnya, kelab tersebut dianggotai oleh 30,000 ahli dan dinaungi oleh Puteri Sultan Johor, Tunku Mona Najihah Sultan Iskandar. ``Kalau saya lalai, tolong kejutkan, kalau saya jatuh tolong bangunkan dan kalau saya mati tolong kebumikan,'' begitu ucapan penuh makna Mawi pada Malam Seribu Kenangan itu. Difahamkan juga Mawi telah pun menjalani uji bakat untuk filem yang bakal diterbitkan oleh Tayangan Unggul. Mensyukuri perubahan hidupnya kini, kata Mawi: ``Saya amat terharu sangat kerana dengan keizinan abah dan emak, saya berada di tahap ini sekarang.'' Memeriahkan majlis, beberapa artis turut hadir. Asri Rabbani sempat berduet dengan Mawi menyanyikan lagu Intifada/Pergi Tak Kembali, Yassin (Mimpi Laila) dan Nash (Di Halaman Rindu). Lain-lain artis yang hadir ialah Waheeda dan Keifli. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |