<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/13557585?origin\x3dhttp://mawiaf3.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>





 
Image hosted by Photobucket.com
 

REZEKI MAWI

1Album

Album Solo

1) Mawi....Yang Tercinta

Image hosted by Photobucket.com

Komposer:
a) M. Nasir
b) Fauzi Marzuki
c) Ajai
d) Yassin

Lagu:
 

Album Kompilasi

1) Koleksi Lagu Terbaik Konsert AF3 - Best of Mawi World

Image hosted by Photobucket.com
 
2) Koleksi Lagu Terbaik Konsert AF3 - MTV Karoake
 
3) Salam Raya AF3

Ku Pohon Restu Ayah Bonda - MAWI

Image hosted by Photobucket.com

Lain-lain Album

1Anugerah

Akademi Fantasia

AF3: 6/8/2005
1) Juara AF3
2) Vokal Pilihan AF3
3) Persembahan Terbaik Konsert Akhir AF3

Anugerah Era (AE)

AE05: 17/9/2005
1) Artis Pilihan SMS DiGi

AE06
   

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP)

ABPBH 2005
1) Bintang Paling Popular 2005
2) Penyanyi Lelaki Paling Popular
3) Artis Baru Lelaki Popular

ABPBH 2006
1) Bintang Paling Popular 2006
2) Penyanyi Lelaki Paling Popular
   

Anugerah Industri Muzik (AIM)

AIM2006
   

Anugerah Planet Muzik (APM)

APM2006
   

Anugerah Sri Angkasa (ASA)

ASA2006
   

Anugerah Juara Lagu (AJL)

AJL 20 - 2005
1) Separuh Akhir
(
15/11/2005)
  Lagu: Aduh Saliha
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Loloq
Kategori: Etnik Kreatif dan Irama Malaysia
Layak ke Final
 
2) Akhir
(5/1/2006)
  Lagu: Aduh Saliha
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Loloq
Kategori: Etnik Kreatif dan Irama Malaysia
Juara Kategori Etnik Kreatif
Persembahan Terbaik
 
AJL 21 - 2006
   

Anugerah Hizt 1

Hitz1 2005 
1) Pusingan Ke-6
Lagu: Aduh Saliha
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Loloq
Juara Pusingan Ke6
Layak Ke Final
 
2) Akhir: 20/1/06
Lagu: Aduh Saliha
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Loloq
Lagu Paling Popular
 
Hitz1 2006
   
1Penghargaan
1) Anugerah Khas Generasi Peneroka Felda Cemerlang untuk Tokoh Kesenian 2005
-
Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Peneroka Felda Malaysia dan Penyerahan Anugerah Khas Kepada Generasi Peneroka Cemerlang
1Duta
1) Duta Biofeld (2005)
- FELDA Berhad
2) Duta Jenama Canon (Okt 2005)
- Canon Marketing
3) Duta Edaran Otomobil Nasional (EON)
(Okt 2005)
- EON Berhad
4) Duta M.Mobile
(Okt 2005)
- Telefon Bimbit Malaysia yang pertama
5) Duta Power Root
(2006)
1Iklan
1) Hotlink
2) Mamee

Image hosted by Photobucket.com

Credit to:
Image hosted by Photobucket.com

2 Oktober 2005
9 Oktober 2005
16 Oktober 2005
23 Oktober 2005
30 Oktober 2005
6 November 2005
13 November 2005
20 November 2005
27 November 2005
4 Disember 2005
11 Disember 2005
18 Disember 2005
25 Disember 2005
1 Januari 2006
8 Januari 2006
15 Januari 2006
22 Januari 2006
29 Januari 2006
 

 

"Kalau saya tidur, tolong kejutkan saya.
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya.
Kalau saya mati, tolong kuburkan saya"

:: World Inspirations ::

 

:: World Inspirations ::  

Wednesday, October 05, 2005

'Dugaan paling hebat adalah pujian'

Credit to: BH

Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Mawi - sekelip mata hidupnya berubah. Dulu tiada siapa yang mempedulikan anak muda ini. Dia hanya menjadi milik keluarga dan mereka yang terdekat di hatinya.

HARI ini Mawi bukan lagi Mawi yang dulu. Sudah popular. Dia dijulang, diangkat tinggi oleh peminat hanya kerana bakat yang dimilikinya. Bertuah Mawi, dia ditatang peminat supaya tidak mendadak jatuh.

Begitu hebat aura yang dimiliki seorang bintang bernama Mawi ini. Popularitinya membibitkan cemburu artis senior. Siapa tidak cemburu apabila sabaN hari berita mengenai bintang dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor terbentang di dada akhbar?

Mawi tidak menggenggam ijazah, tetapi populariti mengundangnya menjejakkan kaki ke gedung ilmu. Dia bercerita, berkongsi panjang pengalaman sedihnya menyaksikan saudara terdekat menghembus nafas terakhir angkara musuh yang merosakkan itu.

Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang menjadi saksi anak muda yang mencetus fenomena itu berbicara mengenai dadah menerusi program, Mawi@UPM: Katakan Tidak Kepada Dadah.

Agrh... Setakat mana pengetahuan Mawi untuk berdebat mengenai topik berat seperti itu? Barangkali itu pertanyaan yang bermain di benak fikiran sebahagian besar pembaca. Pertanyaan sama juga berlegar sepanjang perjalanan penulis ke UPM, awal minggu lalu.

Tetapi, apabila mula bersuara dia bukan Mawi yang seperti dilihat saban malam ketika Akademi Fantasia 3 (AF3) berlangsung. Jangan terlalu pantas menghukum. Baca dulu, lihat Mawi berbicara mengenai kehidupan barunya, dadah serta membongkar sejarah pahit yang pernah menimpa keluarganya.

Hip: Bagaimana rasanya dapat menjejakkan kaki ke UPM?

Mawi: Macam-macam perasaan, maklum saya tidak pernah masuk mana-mana universiti sebelum ini. Ini pengalaman pertama, rasa ‘gayat’ sikit. Sepanjang perjalanan ke sini, saya berdebar-debar. Tertanya-tanya sendiri kenapa saya yang dipilih, siapalah saya untuk bercakap di depan mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi.

Hip: Pernah bercita-cita untuk memasuki universiti?

Mawi: Tanyalah kepada semua, pasti jawapannya adalah iya. Tetapi, saya reda dengan ketentuan Tuhan. Tak ada rezeki saya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi. Saya kena realistik, tidak semua yang dicita-cita akan menjadi kenyataan. Mungkin bukan rezeki saya untuk belajar di universiti, tetapi hari ini dapat juga saya menjejak kaki ke universiti.

Hip: Apa perasaan dapat berdiri, berkongsi pengalaman dengan penuntut di sini?

Mawi: Masa masuk dewan tadi saya terkejut, UPM tak ada pelajar lelaki ke? Semua yang datang adalah pelajar wanita dan kebanyakannya bertudung. Tetapi, pengalaman ini sangat bermakna kepada saya.

Hip: Daripada mana datang idea Belia Benci Dadah yang Mawi laungkan pada konsert akhir AF3?

Mawi: Idea ini datangnya dari Astro. Saya sebenarnya rasa bertuah kerana dapat membantu menjayakan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat. Usaha membanteras dadah adalah tanggungjawab semua. Dadah bukan saja dibenci golongan belia, tetapi semua peringkat umur. Terlalu banyak keburukan dan kemusnahan apabila seseorang itu bersahabat dengan dadah.

Hip: Mawi rasa layak untuk berbicara mengenai topik ini?

Mawi: Apalah yang ada pada Mawi? rasanya saya bukan orang yang layak untuk berkata-kata di sini. Pada mulanya, saya tertanya-tanya juga kenapa saya yang dipilih. Tetapi, saya sedia menerima tawaran ini kerana ia untuk kebaikan.

Hip: Mawi yakin pengaruh yang Mawi ada dapat membawa manfaat?

Mawi: Kerana itu saya selalu mengingatkan diri. Saya juga punya tanggungjawab kepada masyarakat. Saya cuba melakukan apa yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Saya tidak nampak kalau ada yang berkata populariti saya digunakan. Mawi ini popular ke?

Hip: Siapa yang mendorong Mawi sedia berkongsi pengalaman mengenai dadah dengan penuntut di sini?

Mawi: Semuanya didorong oleh perasaan tanggungjawab dan kerelaan hati sendiri. Saya dibesarkan di kawasan Felda. Tekanan dan kesempitan hidup, serta tipisnya iman mengheret kepada penularan gejala negatif. Saya tidak nafikan ramai budak Felda yang terjebak dengan dadah. Saya sendiri pernah lihat depan mata, orang menyuntik dadah. Ia cukup membuat saya takut.

Hip: Boleh ceritakan pengalaman yang Mawi lalui itu?

Mawi: Saudara terdekat saya pernah terbabit dengan dadah. Berkali dia berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu tetapi semuanya tidak terlaksana. Apabila tidak mendapat bekalan dadah, badannya menggigil. Pernah dulu selama tiga hari, dia merengkok di rumah, menggigil kerana tiada bekalan. Memang kasihan tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya meminta dia supaya bertahan.

Hip: Apa yang berlaku seterusnya?

Mawi: Selama tiga hari, bermacam-macam perkara yang berlaku. Dia bercakap seorang diri, melaungkan azan, mengaji dan ada masanya berzanji. Pernah dia minta tolong saya memicit badan dan memijak belakang. Tetapi, baru saja saya meletakkan sebelah kaki di atas badannya, dia sudah meraung. Menjerit kesakitan, saya yang cuba membantu pula kena marah. Dalam tiga hari itu, saya lihat dia merangkak mendapatkan emak dan abah untuk memohon maaf. Betapa mulianya hati ibu dan bapa, biarpun anak itu mengecewakan harapan tidak secebis pun ada dendam di hati mereka. Genap seminggu, dia pergi menghadap Ilahi.

Hip: Siapa saudara terdekat itu?

Mawi: Cukup jika saya katakan saudara terdekat. Saudara yang tinggal sebumbung dengan saya.

Hip: Pernah Mawi dipengaruhi dengan benda itu?

Mawi: Ketika bersekolah, saya pernah ditawarkan oleh kawan-kawan dengan sejenis pil khayal. Katanya, boleh membuat kita melayan seronok. Tetapi bukan keseronokan yang dapat, menyusahkan ada. Dalam hati saya berkata, ini tidak boleh. Sudah gila ini.

Hip: Apa yang Mawi belajar daripada pengalaman itu?

Mawi: Jangan menghina mereka ini. Bukan kehendak mereka untuk menjadi penagih dadah. Apa yang Tuhan jadikan, memang sudah ditentukan. Saya begitu sedih kerana mereka, orang yang tidak bersalah seperti keluarga menjadi mangsa hinaan dan cercaan. Tiada ibu bapa yang mahu anak mereka begitu. Mereka juga tidak mahu dihina. Pinta saya, jangan dibenci atau dihina mereka. Tiada siapa tahu nasib masing-masing, mungkin di sisi Tuhan mereka lebih mulia daripada kita yang tidak menagih ini.

Hip: Sedia bekerjasama dengan agensi atau badan berkaitan untuk membanteras masalah ini?

Mawi: Kalau sesuai, masa mengizinkan saya bersedia. Mungkin saya tidak banyak ilmu, tetapi dengan pengalaman yang sedikit ini saya sedia berkongsi.

Hip: Mawi selesa diberi perhatian? Lihat saja hari ini, lebih 3,000 hadir kerana Mawi.

Mawi: Niat awal saya menyertai AF3 hanya untuk kembangkan bakat. Mulanya, saya tidak berminat langsung untuk menyertai uji bakat. Saya ini hanya pemuda kampung. Kalau saya tidak sabar, mungkin saya tidak akan menjadi Mawi yang anda lihat hari ini. Tidak sangka di AF3, ungkapan ‘World’ menjadi ikutan. Saya terkejut, terharu sangat kerana diterima ramai. Macam tidak percaya, ketika mengadakan persembahan di Brunei, baru-baru ini, ada nenek berusia 80 dan 75 tahun datang membawa hadiah. Saya terharu. Kerana itu, saya tidak mahu anggap mereka yang menaikkan saya sebagai peminat. Sebaliknya, mereka semua adalah sahabat.

Hip: Hidup sebagai anak seni banyak dugaan. Bagaimana Mawi melihat dugaan itu?

Mawi: Dugaan paling kuat ialah pujian. Saya cukup bimbang dengan pujian. Kerana itu saya selalu berkata, sekiranya saya jatuh tolong bangunkan, kalau saya mati tolong kebumikan. Saya berada di sini kerana sokongan semua orang. Kerana sahabat yang tidak pernah jemu melihat Mawi berjaya.

Hip: Sudah mampu mengatasi rasa tertekan?

Mawi: Mungkin ramai tidak tahu saya pernah dua hari menangis. Saya kenang, fikir semula apa yang saya lalui. Rupanya tidak mudah menjadi anak seni. Sekarang baru saya tahu. Mula dulu saya rasa cukup membebankan. Terlalu tinggi harapan yang diberikan, membuat saya takut dan menangis. Proses untuk menerima perubahan itu saja memakan masa. Lebih seminggu baru saya dapat menyesuaikan diri. Bidang seni kalau tak kuat, boleh jadi gila dibuatnya.

Hip: Apabila populariti Mawi turut dipolitikkan, bagaimana Mawi menerima situasi itu?

Mawi: Saya hanya penyanyi, menghibur yang mencari makan dengan cara ini. Saya menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan. Tiada niat lain!


Post a Comment


Galeri Cover Mawi Geng AF3
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Mangga Oktober 2005
Image hosted by Photobucket.com
Mawi Jantung Hatiku
 
 
:: Apa Yang Menarik ::
Image hosted by Photobucket.com

Credit to : EON

Image hosted by Photobucket.com

Credit to: Langit Merah

Image hosted by Photobucket.comMawi..... Yang Tercinta

Aduh Saliha
 

 
 




MAWI AF3:
... TRIBUTE TO
ASMAWI BIN ANI,
KULAI, JOHOR.

Bagi mereka yang sentiasa mencari-cari seseorang yang ada aura inlah dia Asmawi bin Ani. "Dah lama dah orang macam Mawi tak ada (dalam industri hiburan tanah air)" ungkapan Mamat Khalid seorang Pengarah Filem semasa menutup perbualannya di HOLive Astro Ria 14 Ogos 2005.

  • << Home



  •  
     


      Kata Anda




    Kata Mawi

    " World world jugak, akhirat jangan lupa... "
    " Saya percaya kepada rezeki Allah... "
    " BELIA BENCI DADAH "
    "Cuma satu yang saya pinta, ‘jika saya terlupa tolonglah ingatkan saya, jika saya terjatuh tolonglah bangunkan saya, kalau saya tertidur tolonglah kejutkan saya dan kalau saya mati tolonglah kuburkan saya."



    Previous Posts



    Archives



    Links


    AF3


    Bintang AF
    © Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations

    ::NICE::rar::