|
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya. Kalau saya mati, tolong kuburkan saya" :: World Inspirations :: Monday, November 07, 2005
Edisi Nasional : Mawi, Felda Taib Andak sama popular Credit to: HM - 7/11/2005
Oleh Mohd Ramzi Sanny ASMAWI Ani atau Mawi, anak kelahiran Kampung Bahagia Felda Taib Andak, Kulai kini menjadi satu nama besar di negara kita. Beliau muncul sebagai bintang yang sekelip mata menjadi idola dan pujaan jutaan peminatnya. Mawi kini bukan lagi orang biasa tetapi kehidupannya bertukar sebagai seorang artis yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Beliau kini bukan saja milik keluarganya bahkan milik masyarakat khususnya peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaannya. Kejayaan yang diraih anak Felda ini dalam Akademi Fantasia 3 (AF3) bagaikan mimpi. Tiada siapa menduga dia menjadi bintang terkenal dan kini menjadi artis paling popular. Justeru, sebagai tanda terima kasihnya kepada penyokong dan peminat, beliau mengadakan rumah terbuka di tanah kelahirannya di Felda Taib Andak, Sabtu lalu. Lantaran kepopularan Mawi, Felda Taib Andak yang sudah diterokai lebih 50 tahun lalu turut mendapat tempiasnya. Nama Felda Taib Andak yang pernah menerima kunjungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail kini turut popular di seluruh tanah air. Manakan tidak, semata-mata kerana Mawi ribuan peminat dari seluruh negara sudah bertandang ke Felda itu. Sejak Mawi menjuarai AF3, rumah keluarga Mawi sering dikunjungi peminatnya. Ribuan peminat menyerbu ke kenduri kesyukuran kejayaan Mawi pada 15 Ogos lalu. Begitu juga yang terbaru pada hari raya ketiga Sabtu lalu, sekali lagi Felda Taib Andak dibanjiri manusia yang datang dari seluruh pelosok tanah air. Aura Mawi menggamit kehadiran peminat untuk bertandang ke kampung kelahirannya itu. Felda Taib Andak yang sebelum ini sunyi dan tenang, hanya sesekali dikaitkan dengan berita masalah sosial, kini bertukar menjadi tumpuan masyarakat kerana ia kampung Mawi. Maka Aidilfitri tahun 1426 Hijrah ini menyaksikan perubahan suasana menyambut hari raya di Felda berkenaan. Mulai tahun ini dan mungkin seterusnya pasti Felda Taib Andak menjadi tumpuan pada setiap kali Aidilfiri. Juga kerana Mawi. Peminat yang terlalu sayangkan Mawi sanggup datang dari jauh, berkorban masa dan wang ringgit berkunjung ke rumah penyanyi popular itu untuk melihat bagaimana keluarga Mawi berhari raya. Kawan dimaklumkan rakan setugas di RTM, Saipul Nizam Saimon yang juga jiran dan teman persekolahan Mawi, bahawa ramai peminat menyerbu rumah Mawi pada hari raya pertama. Bahkan ada yang hanya datang untuk melihat bumbung dan rumah Mawi sahaja sudah cukup memuaskan hati. Saipul berkongsi cerita dengan kawan betapa Aidilfitri di Felda Tain Andak tahun ini begitu meriah dan ceria. Katanya, Mawi tetap meneruskan tradisi bermarhaban bersama orang kampungnya dari rumah ke rumah bagi kawasan Peringkat D Felda itu selepas solat Aidilfitri. “Program marhaban menjadi lebih meriah kerana Mawi sudah menjadi orang terkenal. Justeru setiap kali persinggahan kami di satu-satu rumah akan mengambil masa lama sedikit kerana tuan rumah serta saudara-mara mahu bergambar dengan Mawi,” katanya turut gembira melihat lebih 15,000 peminat Mawi membanjiri kampungnya pada Sabtu lalu. Katanya, kesesakan lalu lintas yang berlaku pada majlis rumah terbuka Mawi kelmarin berlarutan sampai ke malam. Kenderaan keluar masuk ke Felda itu untuk berkongsi kegembiraan Syawal bersama penyanyi pujaan mereka. Cuma kawan berharap program raya besar-besaran yang pertama kali berlaku di Felda itu menjadi pengalaman dan pengajaran supaya penganjuran yang lebih baik serta lancar pada masa depan sekiranya benar program rumah terbuka dan kampung terbuka Aidilfitri Mawi itu menjadi acara tahunan. |
Kata Anda
Kata Mawi
Previous Posts
Archives
Links
AF3
Bintang AF
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
© Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations |
::NICE::rar:: |