<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/13557585?origin\x3dhttp://mawiaf3.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>





 
Image hosted by Photobucket.com
 

REZEKI MAWI

1Album

Album Solo

1) Mawi....Yang Tercinta

Image hosted by Photobucket.com

Komposer:
a) M. Nasir
b) Fauzi Marzuki
c) Ajai
d) Yassin

Lagu:
 

Album Kompilasi

1) Koleksi Lagu Terbaik Konsert AF3 - Best of Mawi World

Image hosted by Photobucket.com
 
2) Koleksi Lagu Terbaik Konsert AF3 - MTV Karoake
 
3) Salam Raya AF3

Ku Pohon Restu Ayah Bonda - MAWI

Image hosted by Photobucket.com

Lain-lain Album

1Anugerah

Akademi Fantasia

AF3: 6/8/2005
1) Juara AF3
2) Vokal Pilihan AF3
3) Persembahan Terbaik Konsert Akhir AF3

Anugerah Era (AE)

AE05: 17/9/2005
1) Artis Pilihan SMS DiGi

AE06
   

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP)

ABPBH 2005
1) Bintang Paling Popular 2005
2) Penyanyi Lelaki Paling Popular
3) Artis Baru Lelaki Popular

ABPBH 2006
1) Bintang Paling Popular 2006
2) Penyanyi Lelaki Paling Popular
   

Anugerah Industri Muzik (AIM)

AIM2006
   

Anugerah Planet Muzik (APM)

APM2006
   

Anugerah Sri Angkasa (ASA)

ASA2006
   

Anugerah Juara Lagu (AJL)

AJL 20 - 2005
1) Separuh Akhir
(
15/11/2005)
  Lagu: Aduh Saliha
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Loloq
Kategori: Etnik Kreatif dan Irama Malaysia
Layak ke Final
 
2) Akhir
(5/1/2006)
  Lagu: Aduh Saliha
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Loloq
Kategori: Etnik Kreatif dan Irama Malaysia
Juara Kategori Etnik Kreatif
Persembahan Terbaik
 
AJL 21 - 2006
   

Anugerah Hizt 1

Hitz1 2005 
1) Pusingan Ke-6
Lagu: Aduh Saliha
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Loloq
Juara Pusingan Ke6
Layak Ke Final
 
2) Akhir: 20/1/06
Lagu: Aduh Saliha
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: Loloq
Lagu Paling Popular
 
Hitz1 2006
   
1Penghargaan
1) Anugerah Khas Generasi Peneroka Felda Cemerlang untuk Tokoh Kesenian 2005
-
Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Peneroka Felda Malaysia dan Penyerahan Anugerah Khas Kepada Generasi Peneroka Cemerlang
1Duta
1) Duta Biofeld (2005)
- FELDA Berhad
2) Duta Jenama Canon (Okt 2005)
- Canon Marketing
3) Duta Edaran Otomobil Nasional (EON)
(Okt 2005)
- EON Berhad
4) Duta M.Mobile
(Okt 2005)
- Telefon Bimbit Malaysia yang pertama
5) Duta Power Root
(2006)
1Iklan
1) Hotlink
2) Mamee

Image hosted by Photobucket.com

Credit to:
Image hosted by Photobucket.com

2 Oktober 2005
9 Oktober 2005
16 Oktober 2005
23 Oktober 2005
30 Oktober 2005
6 November 2005
13 November 2005
20 November 2005
27 November 2005
4 Disember 2005
11 Disember 2005
18 Disember 2005
25 Disember 2005
1 Januari 2006
8 Januari 2006
15 Januari 2006
22 Januari 2006
29 Januari 2006
 

 

"Kalau saya tidur, tolong kejutkan saya.
Kalau saya jatuh, tolong bangunkan saya.
Kalau saya mati, tolong kuburkan saya"

:: World Inspirations ::

 

:: World Inspirations ::  

Wednesday, September 21, 2005

test

Credit to:

test

Tuesday, September 13, 2005

Edisi KL: Gaji Mawi terlalu peribadi

Credit to: Harian Metro - 13 September 2005

Oleh Zalifah Mohd Yatim, Rudy Imran Shamsudin dan Mohamad Hussin,
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Ini terlalu peribadi...biarlah saya saja yang tahu berapa jumlahnya, sekurang-kurangnya bayaran ini dapat membantu keluarga saya di Johor.

“Saya harap media dan peminat menghormati pendirian saya, ia terlalu peribadi untuk diberitahu kepada semua orang,” katanya Juara Akademi Fantasia 3, Mawi yang enggan mendedahkan jumlah gaji pertama yang diterimanya pada 7 September lalu daripada Maestro Talent & Management (Maestro).

Bagaimanapun, menurut sumber, jika dikira jumlah persembahan dan bayaran diterima secara purata RM6,000 selepas ditolak komisen, gaji bintang AF3 itu dalam masa dua minggu mencecah RM48,000.

Mawi berkata, beliau akan mengadakan kenduri kesyukuran di kampungnya selepas Aifilfitri bagi menghargai jasa dan pengorbanan penduduk kampung yang banyak memberi sokongan.

Katanya, gaji pertamanya itu hasil persembahan pentas selama setengah sebulan bermula 16 Ogos lalu.

“Sebahagian bayaran yang diperolehi akan diberikan kepada ibu dan bapa saya di Felda Taib Andak, Kulai, manakala selebihnya digunakan untuk membeli pakaian untuk membuat persembahan.

“Bakinya pula akan disimpan dalam bank untuk masa depan saya,” katanya yang dihubungi sejurus selepas pulang daripada membuat persembahan di Pulau Pinang, semalam.

Beliau berkata, Maestro membuat pembayaran gajinya setiap 7 haribulan dan jumlahnya bergantung pada bilangan persembahan.

“Kalau banyak undangan, insya-Allah banyak pulangan yang diterima terserah kepada pihak pengurusan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai gaji pertama Mawi itu, Ketua Pengarah Operasi Maestro, Freddie Fernandez menegaskan ia bukannya RM1,500 seperti yang diberitahu oleh bapanya, Ani Ahmad.

“Itu adalah elaun yang diterima Mawi ketika masih bergelar pelajar di akademi. Bukan Mawi saja yang menerima elaun sebanyak itu tetapi semua pelajar,” katanya yang menganggap jumlah didedahkan Ani sebagai melucukan.

Freddie berkata, Mawi banyak menerima undangan untuk mengadakan persembahan selepas keluar daripada AF.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan jumlahnya, sebaliknya hanya mengesahkan jika kegiatan seninya berjalan dengan lancar dalam masa setahun tidak mustahil dia boleh menjalani hidup dengan selesa.

“Lagipun jumlah gaji diterima Mawi hanya bermula 16 September lalu. Kiraan pendapatannya dibuat dalam tempoh hanya dua minggu.

“Dalam jangka masa itu Mawi hanya mempunyai lapan persembahan iaitu pada 16, 20, 22, 23 dan dua persembahan pada 27 dan 30 September,” katanya.

Laporan sebelum ini mengatakan Mawi menerima RM10,000 untuk satu persembahan juga dinafikan Freddie.

Ini kerana ada antara perjanjian dibuat awal sebelum Mawi bergelar juara AF3.

“Ada perjanjian dibuat sewaktu dia menyertai konsert prelude lagi. Sebagai bintang yang belum tentu lagi kejayaannya dalam rancangan itu, Maestro tidak meletak harga terlalu tinggi dan ada bayaran diterima jumlahnya setengah daripada apa yang dihebohkan,” katanya.

Beliau juga mahu semua pihak tidak menggembar-gemburkan isu Mawi menjadi seorang jutawan kerana bimbang memberikan tekanan kepada penyanyi itu.

“Saya harap semua orang menghormati Mawi dalam soal ini. Terlalu awal untuk pihak tertentu membuat perkiraan kerana ada antara bayaran belum diterima, terutama daripada jabatan kerajaan.

“Memang pendapatan Mawi jika hendak diikutkan lebih, namun bukan daripada persembahan pentas tetapi sebaliknya daripada perkara lain seperti royalti jualan album dan perjanjian tajaan pelbagai pihak.

“Perkiraan pendapatan artis di bawah syarikat pengurusan Maestro hanya boleh dibuat selepas enam bulan kegiatannya berlangsung,” katanya yang turut menegaskan bukan mudah untuk artis di Malaysia bergelar jutawan.

“Jika ada pun yang mencipta kejayaan seperti itu perlu mengambil masa lima hingga 10 tahun,” katanya.

Di Kulai, bapa Mawi menyatakan anaknya tidak pernah memberitahu bayaran yang diterimanya bagi setiap persembahan kecuali memaklumkan gajinya RM1,500 sebulan.

Menurutnya, Mawi tidak gemar bercerita mengenai pendapatan, termasuk mengenai rumah yang dimenangi kerana bagi Mawi penyertaan dalam AF3 bukan kerana harta tetapi minat.

Ani juga mengesahkan anaknya itu sudah memasukkan wang ke dalam akaun bank supaya beliau dan isteri boleh menunaikan haji.

Monday, September 12, 2005

MAWI ANUGERAH ILAHI-Datuk Abu Hassan Din

Credit to: MawiFC.Com

Ulama terkemuka, Datuk Haji Abu Hassan Din Al Hafiz menyifatkan kemunculan MAwi, bintang AF sebagai satu anugerah dari Allah SWT kepada Ummah yang kepingin hiburan dari personaliti yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.



Menurutnya, sejak kebelakangan ini masyarakat sering memandang serong dan mengaitkan golongan artis dengan gejala yang kurang sihat, justeru itu, kemunculan Mawi sedikit sebayak mengubah tanggapan negatif tersebut.



"Latar belakang agamanya yang kuat dan imej sederhana yang dibawanya boleh dijadikan contoh terbaik bukan sahaja kepada artis-artis remaja bahkan kepada golongan belia di negara ini," kata Abu Hassan kepada Warta Perdana.



Beliau yang juga Pegawai Agama Istana Negara menambah, MAwi yang berlatarbelakangkan agama pernah menjuarai tilawah Al-Quran, guru Quran dan mendapat tawaran menjadi bilal muda MAsjid NEgeri Johor BAhru boleh mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia hiburan tanah air.



"MAwi boleh memainkan pernan memperbetulkan keadaan belia kita yang terbabit dengan najis dadah dan slogannya 'Belia Benci Dadah' hendaklah dilaungkan selalu bagi mengingatkan belia akan bahaya dadah itu.



Inilah masanya bagi MAwi mengajak semua golongan belia kembali ke pangkal jalan setelah mereka kian hanyut dengan kesenangan dan kesenorokan yang bersifat sementara", ujarnya.



Dalam pada itu Abu HAssan juga berharap Mawi dapat mengekalkan identitinya dan imejnya yang sederhana agar masyarakat terus menyanjung tinggi penampilannya.



"Saya melihat MAwi sebagai seorang artis yang mempunyai unsur-unsur positif dan amat merendah diri kerana setiap kali membuat persembahan dia awal-awal lagi telah berpesan kepada para peminatnya agara tidak terlalu taksub memujanya kerana dia juga seorang manusia biasa yang ada banyak kelemahan dan tidak ada kelebihan pada dirinya.



Harapan saya agar Mawi juga terus kekalkan sikap merendah diri dan jangan mudah tergoda dengan glamor serta pujian peminat kerana dikhuatiri boleh menghancurkan bakat dan anugerah yang Allah berikan kepadanya," kata Abu Hassan lagi.



Sementara itu beliau juga melahirkan hasratnya untuk berjumpa empat mata dengan Mawi untuk memberi kata-kata semangat dan nasihat padanya agar dapat dijadikan pedoman dalam menghadapi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran.



Oleh Zuraidah Abdul Halim - Mingguan Perdana


Friday, September 09, 2005

Siti, Mawi panaskan pentas Hotlink

Credit to: BH - 9 Sept 2005


Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Apabila dua nama yang mencetuskan fenomena bersatu di sebuah pentas, tentu ia menjadi sebuah persembahan yang paling dinantikan

SITI Nurhaliza dan Mawi, kemunculan mereka dalam Hotlink On Tour - Fenomena Masa Kini bakal menyemarakkan dunia seni yang diserikan dengan kehadiran ramai bakat baru.



Bermula Lumut, Perak, Sabtu ini, dua artis yang akan membuat persembahan secara terbuka di 12 lokasi lain turut ditemani lima bintang yang mencipta nama menerusi Akademi Fantasia 3 (AF3) iaitu Felix, Amylea, Marsha, Kefli dan Yazer.

Konsert itu bertujuan memberi peluang kepada peminat, khususnya pelanggan Hotlink mendekati artis kesayangan mereka selain berinteraksi bersama idola menerusi acara menarik yang disediakan.

“Kami percaya muzik adalah platform yang baik untuk menyalurkan mesej dan mendekati pelanggan Hotlink terutama golongan belia yang mempunyai aspirasi ingin berjaya dalam kehidupan mereka.

“Hotlink ingin memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju untuk mencapai kejayaan serta merealisasikan impian dan aspirasi mereka,” kata Pengurus Besar dan Ketua Pemasaran Prabayar Maxis, Chee Loo Fun.

Chee yang ditemui pada sidang media, Hotlink On Tour - Fenomena Masa Kini di Hotel Pan Pacific Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini, berkata tidak mudah untuk seseorang individu itu mencapai tahap bintang.

Perjalanan panjang serta usaha gigih dan kesungguhan tidak berbelah bagi adalah kunci yang menjulang mereka ke tahap yang membanggakan.

“Kami berharap dengan membawa bintang kesayangan peminat menerusi konsert ini akan memberi inspirasi kepada golongan muda supaya berusaha mencapai kejayaan, sebagai mana yang dikecapi barisan idola itu,” katanya.

Hotlink On Tour disifatkan sebagai fenomena masa kini kerana mempersembahkan artis terhangat di Malaysia seperti Siti Nurhaliza, Z Chen, penyanyi Cina tempatan yang mencipta nama di Taiwan serta bintang AF3 yang sedang menyinari persada muzik.

Konsert bergerak Hotlink ini bukan sekadar menyediakan hiburan menerusi persembahan artis, juga memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti berinformasi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan syarikat telekomunikasi itu.

“Kebanyakan aktiviti yang dijalankan membolehkan pelanggan mengetahui lebih terperinci berkaitan perkhidmatan Hotlink seperti nada dering pemanggil, Active5, penghias skrin serta mencuba panggilan video menerusi teknologi 3G,” katanya.

Majlis yang sama juga menyaksikan Chee menyampai cek kemenangan kepada bintang AF3 atas kejayaan mereka dalam program realiti popular itu. Juara AF3, Mawi memperoleh wang tunai RM26,000, termasuk dua kemenangan bagi kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik, Felix (RM10,000 - tempat kedua), Amylea (RM5,000 - tempat ketiga), Marsha (RM4,000 - tempat keempat) dan Yazer (RM3,000 - tempat kelima).

INFO

Lokasi dan tarikh konsert


Lumut 10 September

Kuching 12-13 September

Kuala Lumpur 24 September

Sibu 5-6 November

Miri 1-2 Oktober

Kota Kinabalu 8-9 Oktober

Tawau 29-30 Oktober

Johor Bahru 12 November

Kota Bahru 17 November

Kuala Terengganu 18 November

Alor Star 26 November

FAKTA

Cara Mendapatkan Tiket Konsert Hotlink On Tour


Untuk ahli Kelab Hotlink: Tambah nilai RM30 untuk mendapatkan satu tiket, RM60 (dua tiket) dan RM90 (tiga tiket).


Untuk pelanggan Hotlink: Jadi ahli kelab dan tambah nilai minimum RM30.


Bukan pelanggan Hotlink: Dapatkan kit permulaan, menjadi ahli kelab Hotlink dan tambah nilai RM30.


Untuk keterangan lanjut, layari www.hotlink.com.my.

Mawi ke dunia filem

Credit to: UM - 9 Sept 2005


Oleh ABD. AZIZ ITAR


SELAMA ini para peminat menggagumi Mawi kerana karisma dan bakat yang dimilikinya dalam bidang nyanyian.

Juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu dikatakan menjadi ikon golongan remaja kerana keperibadiannya selain kekuatan vokalnya yang mampu memikat halwa telinga pendengar.

Selain menyanyi, para peminat juga tentu teringin melihat Mawi atau Asmawi Ani, 24, mempamerkan pula bakatnya dalam bidang lakonan.

Menyedari hakikat itu, syarikat Tayangan Unggul Sdn. Bhd., (TUSB) tidak teragak-agak memberi peluang kepada Mawi untuk memperkembangkan lagi bakat seninya itu.

Menurut Penerbit Eksekutif TUSB, Gayatri Su-Lin Pillai, pihaknya sudahpun menjalankan uji bakat ke atas Mawi pada minggu lalu.

``Mawi berjaya dalam uji bakat itu. Dia memang berminat untuk menceburi bidang lakonan. Kami dapati dia memang ada bakat berlakon.

``Mawi seorang yang bersahaja dan boleh menghayati watak yang diberikan sewaktu uji bakat itu diadakan.

``Uji bakat itu dijalankan oleh Penolong Pengarah, Jailani Abd. Ghani serta beberapa anggota kumpulan kreatif dalam TUSB termasuk Abdullah Affandi dan Noraini Ridhuan,'' katanya sewaktu ditemui selepas tayangan filem KL Menjerit 1 bersama ahli-ahli kelab peminat Shabox SuperStars di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selepas lulus dalam uji bakat itu bermakna laluan awal Mawi untuk mencipta nama dalam bidang lakonan akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi.

Jelas Gayatri, Mawi akan berlakon dalam sebuah filem terbitan TUSB selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini.

``Judul filem itu belum ada lagi tetapi kami akan menyediakan watak yang sesuai untuk Mawi.

``Sebagai permulaan, Mawi akan muncul sebagai pelakon pembantu tetapi kalau lakonannya mantap dan ada watak yang sesuai, Mawi juga boleh melakonkan watak utama dalam filem itu nanti.

``Kami juga sudah mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan Mawi, Maestro Talent bagi membenar-kannya berlakon dalam filem terbitan kami itu,'' ujarnya.

Kata Gayatri, Mawi akan berlakon dalam salah satu daripada tiga filem terbitan TUSB yang dijangka menjalani penggambarannya tidak lama lagi.

``Filem terbaru TUSB berjudul Zombie Di Kampung Pisang arahan Mamat Khalid akan menjalani penggambarannya pada hujung bulan ini.

``Selepas itu, dua lagi filem kami akan menyusul dan salah satunya mungkin akan diarahkan oleh Bade Hj. Azmi.

``Kami akan tawarkan Mawi berlakon dalam salah satu filem itu. Selain Mawi, kami juga turut menguji bakat bekas pelajar AF seperti Marsha (AF3), Adam (AF2) dan Pija (Mentor).

``Kami akan lihat kalau ada watak yang sesuai dengan mereka, kami akan serapkan mereka dalam filem-filem terbitan kami itu,'' katanya.

Tambah Gayatri lagi, TUSB biasanya mengadakan satu sesi uji bakat setiap tiga bulan sekali bagi mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam filem-filem terbitan mereka.

Sementara itu, Maestro Talent & Management Sdn. Bhd. (MTMSB) yang menguruskan aktiviti bekas-bekas pelajar Akademi Fantasia, mengesahkan juara AF3 iaitu Mawi telah menjalani uji bakat yang dianjurkan oleh TUSB tersebut.

Ketua Pengarah Operasi MTMSB, Freddie Fernandez berkata, ``Kami menyokong penuh kalau Mawi mahu jadi pelakon. Lagi banyak bidang yang diterokainya lebih bagus kerana itu bermakna rezekinya juga bertambah.

``Ini kerana, tugas kami di Maestro pun memang untuk mengembangkan bakat artis-artis yang bernaung di bawah syarikat ini termasuklah Mawi.

``Walaupun Mawi sibuk menerima undangan menyanyi, komitmennya dengan penaja dan juga rakaman album solonya tetapi kami akan cuba uruskan jadual Mawi,'' ujar Freddie sewaktu dihubungi.

Bagaimanapun, kata Freddie pihaknya belum menetapkan kadar bayaran kepada TUSB yang juga berminat mahu mengambil Mawi berlakon.

Thursday, September 08, 2005

Mawi - Selesa dengan Maestro

Credit to: UM - 8 Sept 2005

Oleh WANDA IDRIS


LIMA pelajar AF3 bersama replika cek kemenangan masing-masing; Mawi menerima RM26,000; Felix (RM10,000); Amylea (RM5,000); Marsya (RM4,000) dan Yazer (RM3,000). Turut kelihatan ialah Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Pra-Bayar Maxis, Chee Loo Fun (tengah) dan Siti Nurhaliza serta Kefli (kanan) dan Akma (tiga kiri).
--------------------------------------------------------------------------------

``SAYA tak kejar wang. Walaupun saya tahu wang itu penting tapi perjalanan karier saya masih jauh.

``Saya selesa dengan pihak pengurusan sekarang dan saya mahu mereka terus mengendalikan kerjaya seni saya.''

Demikian kata Mawi yang berada di bawah pengurusan Maestro Talent Sdn. Bhd., sejak menjuarai Akademi Fantasia 3 (AF3) dan menjadi rebutan banyak pihak.

Masakan tidak, populariti anak Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu bukan sekadar satu fenomena, lebih penting ia mampu membawa keuntungan yang besar kepada syarikat yang mengendalikan kerjayanya.

Lihat sahaja penjualan album Koleksi Lagu-Lagu Terbaik Konsert AF3 - Best of Mawi World yang terjual lebih 150,000 unit dalam masa seminggu di pasaran.

Malah ketika ini, Mawi dikatakan artis paling laris yang mendapat banyak tawaran persembahan di sana sini.

Terbaru, khabarnya ada yang sanggup menawarkan RM1 juta kepada pihak pengurusan Maestro semata-mata untuk `membeli' Mawi.

``Saya memang terkejut membaca berita mengenai perkara tersebut dan mengucapkan terima kasih banyak-banyak dengan tawaran itu.

``Tetapi saya selesa dengan Maestro. Walaupun letih tapi saya enjoy,'' tambahnya yang ditemui pada dua majlis berasingan di Shah Alam, Selangor, Isnin lalu.

Pada kedua-dua majlis itu Mawi menerima hadiah kemenangan sebagai juara AF3 iaitu kereta Suzuki Swift oleh DRB-Hicom dan wang tunai RM26,000 daripada Hotlink.

Mengakui terkejut dengan pelbagai tawaran hebat yang datang kepadanya, Mawi berkata, dia tidak pernah menjangkakan perkara itu akan terjadi pada dirinya.

``Tetapi sekarang saya sudah boleh terima kehidupan sebagai seorang artis,'' jelasnya.

Janji

BERCERITA tentang janjinya selepas menjuarai AF3, Mawi berkata. ``Apa yang pasti, janji saya untuk menghantar ibu bapa saya mengerjakan haji akan saya tunaikan.

``Buat masa ini sepupu saya sedang mengusahakan prosesnya. Insya-Allah, tahun depan saya akan hantar mereka.

``Saya mungkin tidak akan ikut sama tetapi saya akan meminta kakak saya pergi sekali untuk menjaga ibu saya.

``Selain itu saya juga berhajat untuk mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri nanti.

``Mungkin saya akan gunakan sebahagian wang yang saya menang itu untuk majlis yang akan saya adakan pada hari kedua atau ketiga Hari Raya itu.''

Mengenai kereta Suzuki Swift 1.5L Hatch bernilai RM82,203.50 berwarna hitam yang diterimanya, kata Mawi pula;

``Warna hitam adalah pilihan saya sendiri dan oleh kerana saya tidak mempunyai lesen, saya berhasrat untuk mengambilnya dalam masa terdekat ini.

``Saya pun tak tahu siapa yang akan menjadi orang pertama yang menaiki kereta itu. Mungkin keluarga saya, mungkin Felix... Tak kisahlah sesiapapun.''

Pelancaran MAWIFC

Credit to: UM - 8 Sept 2005

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

Biarpun keletihan, Mawi tetap meluangkan masa memenuhi jemputan peminatnya menghadiri majlis Malam Seribu Kenangan.

Majlis yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini, dianjurkan oleh ahli Kelab Sahabat Mawi Malaysia (MAWIFC) sempena pelancaran kelab tersebut serta website mawifc (www.mawifc.net).

Dihadiri 1,200 peminatnya, kelab tersebut dianggotai oleh 30,000 ahli dan dinaungi oleh Puteri Sultan Johor, Tunku Mona Najihah Sultan Iskandar.

``Kalau saya lalai, tolong kejutkan, kalau saya jatuh tolong bangunkan dan kalau saya mati tolong kebumikan,'' begitu ucapan penuh makna Mawi pada Malam Seribu Kenangan itu.

Difahamkan juga Mawi telah pun menjalani uji bakat untuk filem yang bakal diterbitkan oleh Tayangan Unggul.

Mensyukuri perubahan hidupnya kini, kata Mawi: ``Saya amat terharu sangat kerana dengan keizinan abah dan emak, saya berada di tahap ini sekarang.''

Memeriahkan majlis, beberapa artis turut hadir. Asri Rabbani sempat berduet dengan Mawi menyanyikan lagu Intifada/Pergi Tak Kembali, Yassin (Mimpi Laila) dan Nash (Di Halaman Rindu). Lain-lain artis yang hadir ialah Waheeda dan Keifli.

Galeri Cover Mawi Geng AF3
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Mangga Oktober 2005
Image hosted by Photobucket.com
Mawi Jantung Hatiku
 
 
:: Apa Yang Menarik ::
Image hosted by Photobucket.com

Credit to : EON

Image hosted by Photobucket.com

Credit to: Langit Merah

Image hosted by Photobucket.comMawi..... Yang Tercinta

Aduh Saliha
 

 
 




MAWI AF3:
... TRIBUTE TO
ASMAWI BIN ANI,
KULAI, JOHOR.

Bagi mereka yang sentiasa mencari-cari seseorang yang ada aura inlah dia Asmawi bin Ani. "Dah lama dah orang macam Mawi tak ada (dalam industri hiburan tanah air)" ungkapan Mamat Khalid seorang Pengarah Filem semasa menutup perbualannya di HOLive Astro Ria 14 Ogos 2005.

  • << Home



  •  
     


      Kata Anda




    Kata Mawi

    " World world jugak, akhirat jangan lupa... "
    " Saya percaya kepada rezeki Allah... "
    " BELIA BENCI DADAH "
    "Cuma satu yang saya pinta, ‘jika saya terlupa tolonglah ingatkan saya, jika saya terjatuh tolonglah bangunkan saya, kalau saya tertidur tolonglah kejutkan saya dan kalau saya mati tolonglah kuburkan saya."



    Previous Posts



    Archives



    Links


    AF3


    Bintang AF
    © Hak Cipta Terpelihara - 2005 - 2006 World Inspirations

    ::NICE::rar::